TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 19, 2012

TIBA-TIBA JE PHAHROL PUJI ZIZAN!

Tetiba aje Phahrolrazi puji MBnya, DS Azizan. Pelik ke?...kalau orang lain mungkin pelik, tapi kalau orang PAS aku memang tak pelik. Sebab bab belit membelit ni dah memang kerja mereka terutama yang gilakan jawatan.

Pharol yang dah tersepit dengan usul yang dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya agar Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah dirombak semula, agaknya nampak bahawa usul tersebut merupakan tindakan untuk menyingkirkan dia dan juga Dr Ismail Salleh dari senarai kepimpinan PAS Kedah.

Phahrol terus mengatakan bahawa DPP Kedah telah didalangi oleh pihak ketiga tetapi tak berani pulak nak mengatakan yang pihak ketiga itu DS Zizan, sebaliknya Phahrol tetiba aje puji Zizan seolah-olah mintak nyawa. Ini kata-kata Phahrol yang aku petik dari MKini;
Menurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,”

Ini semua sebab jawatan. Maka tak heranlah kalau sikap mereka boleh berubah. Apa la sangat dengan si Phahrol tu, kalau Pok Nik yang boleh buat peta jalan ke syurga itupun kerana pakat-pakat nak ke Putrajaya boleh terkulai dengan Nuar Berahim dan Karpal Singh!!!


1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Sekali pukul dah TKO ke..ingatkan kuat sangat.

Pasni mengadu kat Nuar dengan Mat Sabu - Jawatankuasa Pemandu dah hilang stereng kot...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI