Bila Datuk Ahmad Maslan mengumumkan bahawa pada 2009 hingga 2010, keuntungan FGVH berjumlah RM203 juta di dalam negara dan RM366 juta di luar negara, Salahuddin Ayob dan kuncu-kuncunya yang selama ini tetap dengan pendirian bahawa penyenaraian FGVH hanya untuk menjual peneroka Felda, rupanya kesasau juga.
Din Pudu cuma memberikan Mat Maslan 3 hari sahaja untuk memberikan butiran keuntungan tersebut. Kalau selama ini Din Pudu dan kuncu-kuncunya mengatakan apa yang dikatakan tentang FGVH semuanya pembohongan, tetiba bila cakap soal ada untung, terus pulak berminat nak tau. Sah juak-juak PAS semuanya mata duitan.
Mungkin Din mintak 3 hari tu sebab nak pastikan bahawa FGVH memang benar-benar untung. Kalau untung, Din Pudupun nak tumpang sekaki juga. Mazlan Alimanpun nak tumpang juga. Risau juga mereka, kalau betul FGVH memang membuat keuntungan, tetiba kuncu-kuncu mereka tertinggal keretapi dan tak dapat merasainya.
Aku rasa elok Tok Mat Maslan tak perlu layan permintaan mereka ni. Biar Din pergi jumpa Mazlan Aliman dan buat kira-kira dengan membilang lidi sawit, samada untung atau rugi. Depa ingat berniaga kat pasaran saham ni serupa macam tadah kantung kat ceramah agaknya!
No comments:
Post a Comment