يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾ |
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (QS An-Nisa' : 59) |
Bila sesuatu arahan yang dikeluarkan beredar ke laman FB, maka sudah tentulah yang membocorkan arahan tersebut dan yang memberi maklumat tersebut ialah orang-orang yang mendapat arahan itu.
Kekecuhan tentang sepucuk surat arahan dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat yang meminta setiap masjid mewakilkan 5 orang jawatankuasanya termasuk iman, bilal dan noja untuk menghadiri majlis DS Najib di Batu Pahat sebenarnya tidak harus berlaku.
Berbalik kepada ayat dari Al Quran, surah An-Nisa' ayat 59 di atas, apa maknanya kepada Pak Imam-Pak Iman yang setiap minggu melaungkan dari mimbar ketika berkhutbah. Apakah tak masuk ke telinga jawatankuasa-jawatankuasa masjid yang mendengarnya?
Belajarlah mentaati orang-orang yang berkuasa terhadap kamu pada ketika ini. Nanti mungkin satu hari orang yang kamu suka pula berkuasa, mungkin perangai dan sikap kamu lebih buruk dari apa yang berlaku pada hari ini.
Apalah nilainya RM50 yang diarahkan itu. Siapakah yang memperjuangkan kenaikan elaun untuk imam, bilal dan noja surau? Kalau dulu berebut-rebut menolak untuk dilantik ke jawatan imam, bilal dan noja tetapi kini kerana jawatan tersebut yang dah berimbuhan, boleh jadi bermasam muka dan berpuak-puak dalam satu kampung.
Sebenarnya bukan surat tersebut yang berbaur politik, tetapi jawatankuasa masjid yang berpolitik. Jawatankuasa masjid yang tak tahu menghormati pemimpin dan orang yang berkuasa pada sesuatu masa. Ini jelas, kerana terdapat sesetengah imam yang tidak mahu membaca doa Sultan selepas solat Jumaat, walaupun ianya arahan dari ketua mereka!
Pejabat Agama perlu lebih berhati-hati di masa hadapan dalam melantik imam dan bilal. Apapun anutan fahaman politik mereka, tidak mengapa tetapi biarlah yang tahu menghormati pemimpin dan orang-orang yang berkuasa pada sesuatu masa itu. Kalau UMNO perintah, belajarlah taat kepada UMNO dan begitu jugalah kalau PAS yang perintah, taatlah kepada pemimpin PAS.
Mana-mana imam, bilal dan noja yang berasa tak puas hati dengan arahan ketua mereka dan tidak boleh mentaati pemimpin mereka pada masa ini, eloklah letak jawatan. Ramai lagi yang berkebolehan, lebih-lebih lagi sekarang jawatan imam, bilal dan noja masjid sudah berimbuhan.
Tukang spin kat SINI
No comments:
Post a Comment