TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, April 25, 2012

RUMAH MAZLAN DISIMBAH CAT MERAH - PINJAM TAILONG KE?


Ini status FB Mazlan Aliman untuk hari ini;
Beranda dan kakilima pintu belakang rumah di simbah cat merah! (7 photos)
Saya dan isteri serta dua orang anak lelaki saya sampai di rumah sekitar 2.30 pagi ini daripada menghadiri ceramah di Kg Pt Pulai dlm kawasan Parit Sulong. Saya baru melelapkan mata sekitar setengah jam apabila isteri, Hatijah mengejutkan saya dengan bau minyak yang agak kuat. Seketika kemudian isteri yang tak sedap hati mencarinya di mana punca bau tersebut. Tidak lama kemudian, beliau memanggil2 saya; bau tersebut adalah cat merah(cat minyak)yang dipercayai disimbah sekitar jam 3.30 pagi.
Apa motif mereka yang melakukannya?
Untuk menakut-nakutkan saya dan ahli keluarga?
Demi Allah, saya tidak gentar. Meskipun saya sedar ini suatu ugutan dan ancaman; perjuangan untuk membela rakyat dan mendedahkan penyelewengan BN tetap diteruskan!
Insyaallah, saya akan buat laporan polis pagi ini.


Ingatkan puak PAS ni tak percaya kat polis, rupanya nak mengadu juga pada polis.

Tapi kenapa ya rumahnya disimbah dengan cat? Biasanya yang menyimbah cat merah ni cuma kerja tailong aje. Lebih musykil lagi ialah boleh depan belakang kena simbah cat. Apakah orang Felda Bukit Ramun dah menyampah sangat dengan Mazlan ni?

Setahu aku, di Felda Bukit Ramun ni, memang setiap malam ada orang berjaga dan membuat rondaan. Atau ini cuma provokasi Mazlan aje.  Maklum le dah ada angin-angin bahawa orang Bukit Ramun dan Felda sekitarnya nak berdemonstrasi dan berkhemah di hadapan rumahnya dalam waktu terdekat. Kalau jadi dia orang berdemonstrasi, maka terjejaslah persekolahan bebudak PASTI yang sekolahnya di sebelah rumah Mazlan. 

Ishhhh....tak terjangkau dek otak aku memandangkan aku mengenali hampir semua penduduk Felda Bukit Ramun, rasanya tak mungkin tergamak dia orang melakukannya. Apapun, biarlah polis yang menyiasatnya.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI