TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 9, 2012

AIR...AIR...AIR


Apabila bercakap tentang kemungkinan kekurangan air, ramai yang sukar untuk membayangkan kerana fakta bahawa 70% dari permukaan bumi adalah dilitupi oleh air. Bagaimanapun, bahagian air yang meliputi permukaan bumi itu hanyalah merupakan lapisan yang nipis sahaja berbanding dengan keseluruhan isipadu bumi.

Menurut US Geological Survey, sekiranya dikumpulkan keseluruhan air di bumi ini, ia hanya mampu membentuk sebutir bebola yang hanya bergaris pusat selebar 860 batu sahaja. Itu adalah keseluruhan jumlah air yang dicampur air masin dan air tawar! ....air masin mewakili 96% bahagian, maka untuk kegunaan kita cuma setakat 4% sahaja.

Bagaimanapun jumlah tersebut hanyalah mengambil kira air yang bertakung dipermukaan bumi sahaja dan tidak termasuk air yang terserap ke dalam tanah dan juga aliran serta takungan air yang terbentuk di bawah permukaan bumi.

Maka berjimatlah menggunakan air. Yang tak berkurang airnya walaupun berusia, cuma Nuar Berahim aje!!! Walau apapun, di mana sahaja, bila melambangkan titis air, warnanya tetap biru, bukannya hijau....kena ingat tu!



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI