TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, May 16, 2012

BAIK LU BLAH CEPAT....


Tak banyak nak aku pesan kat mamat-mamat ni. Nasihat aku, baik ko orang blah cepat. Cari kerja lain. Jangan nanti sampai dah bankrap dan tak mampu nak bayar gaji korang, sampai anak bini korang tak makan, baru nak cari kerja lain, dah tak guna. 


Itu pesan aku kat pengurus-pengurus kanan Felda yang percaya bahawa penyenaraian FGVB akan gagal. Kalau dah yakin akan gagal, buat apa lu tunggu lagi kat syarikat Felda tu, cepat blah dan cari tuan baru.

Kalau ikut kajian perunding bebas tersebut, 55% pengurus kanan Felda tidak bersedia untuk penyenaraian. Patut le mereka kata akan gagal. Ini adalah jenis manusia yang dah terbiasa mudah dan senang dengan kerja mereka dan tak mahu menyediakan diri dengan sesuatu yang baru dan lebih mencabar. Rancangan ini bukannya baru, maknanya yang gagal bukan pelan penyenaraian tersebut tetapi pengurus-pengurus kanan tersebut yang gagal mengurus diri sendiri.

Peliknya puak PKR bukan main hebohkan lagi bab ini. Kalau setakat pandangan dari 30 pengurus kanan Felda, apakah kumpulan pemikir yang dilantik kerajaan cuma 2 atau 3 orang sahaja untuk rancangan penyenaraian ini? Aku rasa silap-silap yang terlibat dalam menasihatkan kerajaan tentang buruk baiknya penyenaraian ini beribu-ribu orang. Apa le ada dengan pandangan 30 pengurus kanan yang tak mahu berubah tu?

Dari sebab korang yang dah malas nak belajar dan menyediakan diri untuk sesuatu yang baru, maka lebih baik le korang tinggalkan kerusi empuk korang kat pejabat Felda tu, dari nanti menyusahkan warga Felda. Ramai lagi yang hebat-hebat kat luar ni yang boleh ganti dan mampu menerajui perniagaan Felda. Jangan lambat-lambat, cepat hantar resignation letter!




1 comment:

Anonymous said...

Mereka ni memeang tak layak keje dgn FELDA. Bagi je jawatan tu pada orang lain yang lebih layak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI