TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 5, 2012

PAS TAK SABAR NAK PILIHANRAYA


Nampaknya TS Muhyiddin dah berjaya bermain dengan kata-kata. Bila TS Muhyiddin berkata bahawa PRU13 ini adalah penentu kepada hidup dan matinya BN, cepat betul Nik Ajis kata BN salah akidah.

Din Pudu pulak kata ia menggambarkan bahawa BN dah kekurangan sokongan. 

Dengan kata-kata TS Muhyiddin tu, puak PAS semakin bersemangat, kalau boleh esok mereka nak pilihanraya. Masing-masing dah mencongak jawatan selepas PRU 13 nanti. Orang PAS sekarang ni tidur tak lena, sekejap-sekejap terkejut! Terperanjat macam terdengar-dengar nama mereka diumumkan jadi menteri. Kah...kah...kah.

Cuma kepada Nik Ajis yang kata BN salah akidah tu, agaknya tidak memandang bahawa selama BN memerintah ni, beribu masjid dan surau didirikan sebagai sesuatu yang Islamik. Itu yang Nik Ajis sembahyang kat tanah lapang! ...ada gambar, ada penonton, baru ada bukti Islamik!


3 comments:

Anonymous said...

Syaitan lebih menunggu kedatangan pilihan raya NAMPAK gayanya pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi. Barangkali pada akhir tahun ini. Suasana politik kelihatan semakin hangat dengan slogan perang yang semakin kuat kedengaran.

Barangkali syaitan-syaitan lebih menunggu kedatangan pilihan raya umum. Lebih menunggu daripada ahli-ahli politik yang mahu berebut kuasa.


Jika ahli-ahli politik hanya bermatlamat mahu merebut kuasa memerintah, syaitan-syaitan melihat pilihan raya sebagai kesempatan untuk menghasut dan menyesatkan anak-anak Adam daripada jalan keimanan.

Ketika inilah nafsu manusia lebih mudah ditunggang dan akal ditunduk untuk mencetuskan angkara yang boleh menyebabkan anak-anak Adam lupa diri dan lupa Tuhan mereka.

Lihatlah betapa para pemimpin politik yang kononnya bergelar ulama sudah mulai mengeluarkan kata-kata kesat terhadap lawan mereka. Mereka ini sepatutnya lebih mengetahui tentang ajaran Quran, tetapi mereka pula yang ke depan dalam memberi ruang kepada syaitan-syaitan untuk menghasut anak-anak Adam ke arah kefasikan.

Allah S.W.T mengingatkan kita supaya jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan, tetapi lihat sahajalah jagoan-jagoan politik ini akan menggunakan lidah dan mulut mereka untuk membinasakan lawan mereka dengan pelbagai kata-nista, fitnah dan hasutan yang ditaburkan kepada masyarakat.

Sesungguhnya di antara anggota badan yang dimiliki oleh anak Adam, lidah dan mulut adalah yang paling berbisa dan berkesan untuk mencetuskan kerosakan dan kebinasaan.

Matlamat menghalalkan cara. Sebutkanlah larangan yang terkandung dalam Quran tentang menghindari kejahatan-kejahatan mulut, akan ada-ada sahaja jawapan mereka untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Manusia pada umumnya melihat pembunuhan sesama manusia adalah suatu perbuatan yang jahat dan kejam. Di sisi Allah, fitnah lebih buruk daripada pembunuhan.

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. - 2 (Al Baqarah): 191

Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) dari membunuh. - 2 (Al Baqarah): 217

Namun fitnah dijadikan senjata oleh ahli-ahli politik untuk memburuk-burukkan lawan demi menawan undi semasa pilihan raya.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu memburukkan sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan dagingnya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Maka bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. - 49 (Al Hujuraat): 12

Anonymous said...

sambungan,
Prasangka
Secara jujur marilah kita melihat orang-orang yang paling banyak menaruh prasangka, mencari-cari kesalahan dan memburuk-burukkan orang lain. Mereka adalah ahli-ahli politik. Jika sekadar ahli politik tidak mengapalah, tetapi sebilangan mereka ini digelar ulama kerana memiliki ijazah universiti dalam pendidikan agama.

Dan lihatlah betapa banyaknya orang-orang yang celik mata tetapi buta hati kerana mudah terpedaya dengan orang-orang yang mereka nobatkan sebagai ulama ini. Aduhai mereka ini pada zahirnya kelihatan amat warak. Ada yang lebam dahi kerana kononnya kuat menunaikan solat.

Bagi Mualim, orang-orang yang mereka anggap ulama ini hanyalah sekadar layak dipanggil orang yang berilmu, tetapi adakah mereka beriman? Jika beriman sudah tentulah mereka akan mematuhi perintah Allah yang terkandung dalam ayat di atas. Inilah gara-gara asyik melaungkan Islam...negara Islam ...undang-undang Islam.

Maka jadilah mereka ini sekadar orang Islam, tetapi tidak beriman. Jika mereka beriman tentulah mereka tidak memburuk-burukkan orang lain, apatah lagi memfitnah. Jika mereka memahami apa itu iman, tentulah mereka tidak akan menjadi mangsa hasutan syaitan.

Bukankah Allah telah mengingatkan Iblis bahawa hanya orang yang beriman tidak akan berjaya digoda olehnya dan tentera syaitannya.

Nah, Allah mengibaratkan orang-orang ini sebagai kanibal, iaitu orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Begitu keji perbandingan yang Allah berikan terhadap golongan yang suka melemparkan gelaran buruk terhadap orang lain ini.

Kenapa mereka jadi begini? Kerana mereka sangat sombong, sama seperti kesombongan Iblis yang enggan sujud kepada Adam apabila Allah perintahkan semasa Adam baru dijadikan.

Bagi golongan ahli politik berilmu agama ini, mereka merasakan diri mereka sahajalah yang layak bercakap tentang agama. Kata-kata mereka mestilah diterima sebagai fatwa kerana kononnya mereka berilmu sehingga ke tahap universiti.

Mereka terlupa bahawa segala ilmu adalah dari Allah. Mereka terlupa bahawa ilmu Allah sangatlah luas dan boleh diberikan kepada siapa yang Dia kehendakki.

Akibat kesombongan, Allah menarik iman dari dada mereka tanpa mereka sedari. Lalu mereka terus melanggar larangan Allah yang dinyatakan dengan jelas dalam ayat di atas. Budak sekolah rendah pun boleh memahammi maksud ayat ini, tetapi mengapa orang-orang yang digelar ulama ini tidak boleh menerimanya.

Sebenarnya bukanlah mereka tidak faham. Mata mereka celik, tetapi hati mereka dibutai oleh kesombongan ilmu mereka. Mereka terlupa bahawa anak Adam tidak mempunyai apa pun, kecuali setakat apa yang Allah kurniakan kepada mereka.

Wahai para pembaca budiman, berlindunglah dengan Allah supaya kita tidak disesatkan oleh golongan ini.

Nota: Semoga Allah SWT melindungi kita daripada syaitan dan iblis yang direjam.

Anonymous said...

tuan empunya blog, mohon di link www.dtubes.tv dgn blog tuan ini.
tq
che chu bidih

ARTIKEL HANGAT BULAN INI