TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, July 17, 2012

BOLEH KE BAWA TELEFON KE SEKOLAH?

Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Tentu lepas ni, merengek anak-anak akan mintak dibelikan handphone. Kalau mengikut kenyataan Setiausaha Agung NUTP, ada kalangan guru yang bersetuju dan ada juga yang membantah peraturan yang dicadangkan itu. Camnapun, kalau benar le peraturan tersebut dilaksanakan, maka jangan le pulak belikan anak-anak telefon yang macam di sebelah ni. Ambil positif dengan peraturan baru tersebut.

Belikan anak-anak dengan telefon yang canggih, yang lengkap dengan camera dan perakam video. Bagi tau anak-anak, gunakan teknologi yang ada tu untuk kebaikan negara. Kalau cikgu berpolitik, rakam, kalau cikgu tidur, rakam. Kalau cikgu masuk kelas lambat, rakam. Amacam NUTP? Mudah-mudahan dengan adanya telefon canggih tu, tak ada le lagi ulangan cerita P Ramlee dalam kelas.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI