TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 13, 2012

JENAYAH MENINGKAT, JANGAN SOROK, KATA MUSA

Bekas KPN, Tan Sri Musa Hasan berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak kerajaan tidak menyembunyikan fakta yang sebenar. Menurutnya sekiranya benar jenayah tidak teruk, masakan para menteri dan orang kaya pakai body guard.

TS Musa yang ditanya tentang kenyataan PEMANDU yang mengeluarkan angka tentang penurunan kadar jenayah mencadangkan agar ada pihak ketiga dilantik untuk turut memberikan data, umpamanya melantik pihak universiti, yang mana statistik mereka didapati lebih bebas.

Menurut TS Musa lagi, peningkatan kadar jenayah bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia juga meningkat disebabkan kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah. Dan disebabkan oleh proses globalisasi, kemasukan warga asing yang bermasalah ke dalam negara, turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah ini. (Sumber)

Bagaimanapun, aku nak menambah seperkara lagi tentang faktor kenaikan kadar jenayah di Malaysia ini yang tak disebut oleh TS Musa. Ianya juga disebabkan oleh parti pembangkang yang asyik nak berdemonstrasi menyebabkan banyak masa yang sepatutnya digunakan oleh PDRM untuk mengawasi jenayah, terpaksa digunakan untuk mengawasi tingkah laku penyokong pihak pembangkang. Selain itu, sikap pihak pembangkang yang sering mempolitikkan tindakan polis terhadap penjenayah juga menyebabkan prestasi polis menurun yang sikap pembangkang ini seolah-olah menggalakkan jenayah berlaku.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI