Kalau tengokkan semangatnya muka Mazlan Aliman, aku rasa dia lebih layak nyanyi dangdut dari ceramah politik. Lagipun, kalau dia dia nak berdangdut, tak payah le selalu meninggalkan Felda Bukit Ramun kerana belakang rumah dia aje dah ada karaoke dangdut.
Aku cerita pasal Felda Bukit Ramun hari ini ialah sebab nak tanya Mazlan, Himpunan Oren tu sebenarnya untuk apa? Kenapa jauh-jauh berkempen, siang tadi aku tanya orang Felda Bukit Ramun, tak ada sorangpun yang aku tanya tu tau apa tu Himpunan Oren dan bila akan diadakan.
Betul ke apa yang diperjuangkan oleh si Mazlan ni? Kalau benda ni betul, kenapa tak mula kempen di kampung halaman sendiri? Kenapa tak ajak sekali orang Felda Bukit Ramun? Nampaknya Mazlan macam sembunyi-sembunyi aje aktiviti dia dengan orang Felda Bukit Ramun.
Biasanya kalau benda baik, kalau kita nak perjuangkan, tentunya ianya bermula dengan keluarga kita sendiri, kemudian jiran kita, masyarakat kampung kita dan kemudian barulah pukul canang ajak orang lain.
Tu yang aku pelik dengan perjuangan Mazlan ni. Itu sebab aku cakap Mazlan ni lebih layak nyanyi dangdut aje, sebab biasanya orang yang suka nyanyi dangdut, dia tak akan nyanyi kat kampung sendiri, dia akan pergi kampung orang lain, buat riuh kat kampung orang lain sebab malu nak berdangdut kat kampung sendiri.
No comments:
Post a Comment