TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, July 12, 2012

MUHYIDDIN, JANGAN SALAHKAN AHLI UMNO

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan semua anggota dan pemimpin Umno supaya memperkukuhkan perpaduan sekiranya mahu melihat Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Beliau berkata demikian ketika majlis pecah tanah bangunan UMNO Taiping. 

Sepatutnya TS Muhyiddin tak perlu kata anggota dan pemimpin, cukuplah sekadar mengingatkan pemimpin sahaja. UMNO berpecah bukan kerana anggota atau ahli biasa, tetapi kerana para pemimpinnya. Ahli hanya jadi Pak Turut sahaja.

Untuk mengukuhkan UMNO, pemimpinnya perlu disekolahkan. Pemimpinlah yang membawa ahli ke arah yang berlainan yang membawa kepada perpecahan. Mungkin kata-kata aku ini membuatkan ramai yang marah.

Tapi kena ingat, bukanlah menjadi rahsia, berapa ramai MP UMNO yang tak boleh bekerjasama dengan ADUN UMNO? Di peringkat bahagian pula, berapa banyak bahagian yang berpuak-puak? Bukan menjadi rahsia juga, pemimpinlah yang memecah belahkan perwakilan untuk mendapatkan undi dan pencalonan. Pemimpinlah yang mewujudkan puak dalam UMNO.

Ingatan TS Muhyiddn patut hanya untuk pemimpin sahaja. Pemimpinlah yang menyebabkan ahli tidak bersatu. Beri peringatan kepada para pemimpin UMNO, jangan pecahbelahkan ahli hanya untuk survival politik sendiri. Mana yang dah menongkat kuasa, sendiri berundur, bukannya diundurkan. Jawatan tak perlu diminta dan ditagih. Perjuangan bukan untuk imbuhan dan jawatan. Tapi...tapi berapa ramai pemimpin UMNO yang sebegitu? Betul ke pemimpin UMNO sayangkan parti sebagaimana ahli sayangkan parti?

UMNO lemah kerana sikap para pemimpinnya. Ini semua kerana sikap meminta-minta untuk menjadi pemimpin. Bila tak dapat apa dihajatkan, tak dapat jadi pemimpin, ahli masih tetap ahli UMNO, tetapi pemimpinlah yang menikam UMNO. Masa jadi pemimpin, minta ahli sokong UMNO, tapi bila tak terpilih, ajak ahli tentang UMNO. Apakah sebenarnya perjuangan pemimpin UMNO? Contoh nyata dah banyak. Tengok aje Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin dan beberapa lagi.

UMNO tidak berpadu, jangan libatkan ahli. Ahli tetap UMNO, dulu kini dan selamanya. Salahkan para pemimpin yang ketagih kepada jawatan. Hapuskan amalan dan tanggapan siPolan orang siPolan dalam UMNO. Insyaallah, UMNO akan bersatu bilamana pemimpinnya dikenali dengan orang UMNO, bukannya orang siPolan atau siPolan!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI