Rupanya tak le sesusah mana nak urus negeri. Mungkin lebih susah nak urus PIBG agaknya. Kerana itulah, sidang DUN Kedah semalam cuma bersidang setakat 90 minit aje. Agaknya puak Pakatan ni mengurus negeri lebihkurang aje macam orang mengurus PIBG.
PIBG, bila tak cukup bajet, mintak derma dengan mak bapak. Puak Pakatan pula, bila tak cukup bajet, buat derma jihad. Mudah bebenor.
ALOR SETAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, mesyuarat pertama penggal kelima, semalam hanya berlangsung kira-kira 90 minit selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bangun mencadangkan agar persidangan ditangguhkan.
Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail menerima usul itu dan menangguhkan sidang kira-kira jam 10.30 pagi selepas mula bersidang jam 9 pagi.
Sebaik penangguhan itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) kelihatan tidak berpuas hati dan mendakwa masa terlalu singkat untuk dibahaskan.
Keadaan ini juga membuatkan beberapa soalan panas tidak dapat dijawab Kerajaan Negeri walaupun ia disifatkan penting kepada rakyat Kedah.
1 comment:
Hehehehehe.... takot darah tinggi naik mendadak ! abeh semua YB YB masok Spital !!
Post a Comment