TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 17, 2012

TAKSUB MELAMPAU PUAK PAS

Belumpun masuk Ramadhan, puak PAS dah iklankan sampul duit raya! Macam bebudak aje puak PAS ni, tak sabar-sabar nak raya dan nak cari duit raya.

Bab iklan sampul duit raya tu, tak kisah le juga, mungkin ada segelintir yang nak menangguk untung dek ketaksuban puak PAS kepada pemimpin. Apa ke bangangnya, kita yang bagi duit raya, tapi sampul tertera gambar Pok Nik dan Hadi Awang? Bukannya Pok Nik dan Hadi Awang yang supply duit raya tu. Kalau nak sangat ada muka orang kat sampul tu, baik cetak gambar sendiri dan keluarga, ada le maknanya.

Bagus le tu, nanti anak-anak kumpul duit raya, bapak-bapak PAS ambil dan cakap duit tu Pok Nik dan Hadi Awang punya, boleh le campak kat tabung jihad.

Dalam taksub yang amat sangat tu, tak ada ke orang PAS yang nak jual baju raya yang ada gambar Pok Nik dan Hadi Awang? Patut dah boleh tempah kat tauke batik di Terengganu. Kepada tauke batik yang pro UMNO, kalau nak tibai duit puak PAS, inilah masanya. Cetak batik banyak-banyak yang ada gambar Pok Nik dan Hadi Awang, gerenti laku. Tapi jangan cetak gambar Mat Sabu, nanti batik tu tak laku sebab jantan-jantan PAS cemburu kat Mat Sabu, lebih-lebih lagi kalau batik tu bini dia yang pakai.


1 comment:

Anonymous said...

he3..bab tang HIJAU KE PUTRAJAYA tu yg geli hati..ingatkan ..hijau utk islam... kerana nikmat dunia kopiah pun boleh melayang...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI