TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 7, 2012

CIKGU MALA LAGI CUN KALAU BERGAMBAR KAT BANNER DI SIMPANG TMN RENGIT JAYA


Kalau Cikgu Mala pernah berdiri di papantanda Sungai Buntu untuk memecahkan kebuntuannya, maka aku juga siang tadi ke Pengerang dan berdiri di tanah Sungai Buntu. Dan kebuntuan yang ditimbulkan oleh puak Pakatan terlerai.

Setakat membaca maklumat yang diberikan oleh FB Cikgu Mala, memang aku tak percaya, maka kerana itulah siang tadi aku ke Pengerang. Tiga kali ngeteh hanya untuk mendengar suara dan luahan hati orang Pengerang.


Namun begitu, sebelum dengar dari orang Pengerang, aku dah dapat agak bahawa puak Pakatan memang berbohong. Apa tidaknya, sepanjang jalan dari Pekan Sungai Rengit hinggalah ke Pengerang, penuh berkibar dengan bendera BN dan UMNO. Kalau orang Pengerang marah, tentulah tak akan berkibar bendera tersebut. Bendera DAP langsung tak kelihatan, kalau adapun setakat dua tiga tempat dipasang bendera PAS yang berpasangan dengan bendera PKR, seolah-olah macam masing-masing mahu berselindung antara satu sama lain.

Dari perbualan dengan penduduk tempatan, rupanya mereka bersyukur dengan apa nikmat yang bakal melimpah ke tanah Pengerang untuk kebaikan anak cucu mereka. Bila diajukan tentang soal jumlah pampasan, ini jawab mereka, "orang kata kecil dan tak cukup, kita tak tahulah". Maknanya ada penghasut yang ajar orang Pengerang. Orang Pengerangpun tahu status tanah mereka adalah tanah pertanian dan pampasan yang diberikan cukup tinggi. 

Cuma nak tanya kat Cikgu Mala yang rajin bergambar dan fotogenik tu, apakah ketika berulang ke Tanjung Pengelih tu, tak nampak dengan banner yang dipasang oleh orang Pengerang ni? Jangan le buat-buat tak nampak pulak. Kalau Cikgu Mala bergambar kat poster ni, tentu lebih cun lagi.




No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI