Para pemimpin PAS sibuk menghasut pengikut-pengikutnya dan juga orang-orang Melayu yang lain agar menolak UMNO. Bermacam tohmah dilontarkan terhadap UMNO.
Namun itu cuma kat mulut pemimpin PAS sahaja. Dalam hati mereka sebenarnya mereka juga ingin jadi seperti UMNO. Mereka juga cemburu dengan segala kejayaan yang telah ditempa oleh UMNO. Itulah sebabnya mereka buat program PAS Ganti UMNO (PGU).
Kalau UMNO tu buruk, buat apa PAS nak ganti UMNO. PAS nak ganti UMNO bukanlah sebab buruknya UMNO, tapi PAS juga cuba untuk menjadi sebaik UMNO. Itu sebab PAS tak buat program PAS Ganti DAP ataupun PAS Ganti PKR.
Kepada pengikut PAS, adalah lebih baik dari buat program PAS Ganti UMNO tu, tukarkan kepada PAS Undi UMNO. Lagi bagus, PAS tetap PAS, UMNO tetap UMNO, cuma Melayu akan bersatu!
No comments:
Post a Comment