TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 7, 2012

SIAPA JAGA GOL?

He...he...he...siapa jaga gol? Aku bukannya nak ajak Dr Syed Husin main bola. Aku cuma nak ingatkan tuk Syeikh yang mungkin dah ingat-ingat lupa tu yang berkata bahawa desakan agar Pakatan mengemukakan kabinet bayangan hanyalah desakan remeh. Syed Husin berkata demikian ketika ditemuramah oleh MInsider.

Tok Syeikh kena ingat, nak sokong Pakatan, serupa juga macam kita nak sokong pasukan bola. Bukannya sokong membabi buta. Apakah kita nak sokong satu pasukan yang masih tak tentu lagi siapa pemainnya, siapa yang akan jaga gol, siapa yang akan jadi pertahanan, mana yang main sayap, siapa penyerangnya dan siapa kaptennya? 

Pasukan yang kuat tak khuatir dan tak takut untuk mendedahkan pemainnya. Dan hanya orang bodoh sahaja yang menyokong pasukan yang tidak diketahui siapa yang beraksi. Maka begitu jugalah dengan mereka yang menyokong Pakatan tanpa mengetahui siapa yang akan menjadi pemain dalam menentukan hala tuju negara. Sokongan yang membabi buta inilah yang akan meranapkan apa yang telah dinikmati sebagai rakyat yang merdeka selama ini. 

Maka, kalau benar ada keinginan dan keikhlasan untuk menerajui negara, kemukakanlah barisan kabinet bayangan Pakatan sebagai tawaran kepada rakyat untuk menilai baik buruknya "bakal-bakal" menteri mereka. Ada berani, atau calon tangkap muat sahaja?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI