TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, October 8, 2012

JOM BANKRAPKAN PENGENDALI AES

Apalah bodohnya puak pembangkang ni? Dari menuduh yang bukan-bukan tentang kontrak pengendalian kamera AES tu, bukankah lebih baik kita ajak pengguna jalanraya ramai-ramai pakat bankrapkan syarikat pengendali tersebut.

Kalau mengikut kenyataan yang dikeluarkan, pihak kerajaan tidak mendahulukan apa-apa bentuk kewangan kepada syarikat pengendali kamera tersebut. Syarikat pengendali tersebut akan memodalkan sistem dan peralatan AES itu dan akan memungut modal mereka melalui sebahagian dari hasil saman yang diperolehi melalui kamera AES. Maka apa yang mahu dirungutkan.

Tidak ada isu politik di sini, cuma wujudnya AES itu adalah hasil akal gila orang berniaga. Maka kita pakat ramai-ramai bangkrapkan syarikat tersebut. Bagaimana nak bangkrapkan syarikat tersebut? Tak susah, kita semua yang memandu, pakat-pakatlah mematuhi segala peraturan jalanraya. Ikut segala undang-undang, tempat boleh laju, kita laju, tempat kena perlahan, kita perlahan, tempat tak boleh memotong, jangan memotong dan bab kat simpang tu, lain kali masuk aje lampu kuning, terus berhenti.

Kalau kita semua pakat patuh pada undang-undang jalanraya, maknanya kita dah boikot syarikat pengendali AES. Kalau dah semua patuh undang-undang, mana ada saman nak dikeluarkan. Kalau tak ada saman, bagaimana syarikat pengendali AES nak dapat balik modal mereka?

Tak payah nak kecoh-kecoh macam si Mahfuz tu sampai cadang nak tukar saman AES kepada ST1M (Saman Trafik 1 Malaysia). Pirahhhh....lesenpun tak ada, nak kecoh pasal saman! Cuma aku harap, kalau dah tak ada saman nanti, syarikat tu janganlah pulak merengek dengan kerajaan mintak bantuan.


2 comments:

Anonymous said...

aku lebih suka kerajaan untung dengan cara ini , sebabnya mudah .. yang korang bodoh nak mampus pergi langgar lampu isyarat sampai membahayakan pengguna lain buat apa ? memang patut kerajaan mengambil duit daripada orang-orang yang bodoh ni...

Ada bagi alasan kononnya ada perkara urgent .. lain kali tepati masa itu juga dituntut dalam Agama .

Anonymous said...

apa sahaja kerajaan BN buat semua dianggap salah....,apa kerajaan pr buat tu betul?....tu ybk apa cite..rampas tanah?....beli bas tu betul?.....

ada negara bertukar tampuk...semua benda yg dah elok nak dihapus???....mati hidup balikpun belum tentu pencacai dapat rasa..langgar undang2 jalanraya polis senyum sokmo...kamera zoom langit pula?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI