TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 24, 2012

MCA BIADAP - HARUSSANI

Pagi ni tiba-tiba aje rasa sangat bersemangat. Bersemangat bila membaca kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di Sinar Harian. Inilah petikannya,

Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Beliau turut membidas sikap sesetengah ahli politik yang dikategorikan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu,” katanya.

Aku menyokong penuh kenyataan TS Harussani itu. MCA berani kerana kebaculan sesetengah pemimpin Islam yang lebih mengutamakan kuasa. Kalaupun MCA ingin memenangi undi orang Cina dari disapu oleh DAP, banyak lagi perkara yang boleh mereka tawarkan terhadap pengundi Cina, bukannya memperlekeh dan menghina hukum Islam.


9 comments:

Anonymous said...

Menteri dlm negeri akan siasat dan akan siasat.tak lebeh dari siasat.

Anonymous said...

Selagi Najib masih PM selagi itu bangsa Melayu dan Islam akan dipersendakan olih Cina MCA,DAP dan Gerakan.
Najib tak pentingkan kedaulatan Perlembagaan, bangsa dan agama TETAPI survival politik beliau sendiri.
Najib terlalu takut jika kerajaan tumbang......kenapa ya....mungkin bimbang org Melayu akan tahu siapa Najib sebenarnya.

Anonymous said...

Kalau pr menang pun, tak pasti lagi pas akan mempertahankan islam dari dikutuk...

jejakazman said...

betul tu....jika pr naik silap2 lagi teruk....pas sekarang bukan parti dominan dan takder kuasa menentukan apa2...sekurang2nya UMNO sebagai parti yang dominan mampu berbuat sesuatu...namun najib harus lebih kedepan dlm mempertahankan islam kerana islam agamanya....najib tolong buat sesuatu...kerana rakyat menilai akan tindakan anda....

Quantum Metal Consultant said...

Apabila kapir bercakap tentang Islam apakah sikap Rasullullah s.a.w?

Anonymous said...

mca ke dap ke same je...jln mudah nye umat islam melayu bersatu la....mcm mne nk wat hukum islam kalo kite same2 berbalah....

Anonymous said...

Setuju.

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK menipu orang IC, dan ramai yang tahu sebab nak main politik, ini teruk di Malaysia, dan sekarang ramai yang menderita...dia juga menggunakan Kuil Buddha (Kuil Buddha Taman Desa Jaya) untuk menipu orang ramai dan penganut Buddha.

Ini berlaku pada En Ng kira-kira 10 tahun yang lalu, kerana En Ng memberikan IC kepada Yip Kum Fook untuk mencari kerja yang perlu disiapkan, kemudian Yip bercakap dengan Ng tentang kerja tersebut dan Yip mengambil IC dari NG...esoknya. Ng datang ke Yip Kum Fook, tetapi tidak dapat melihat bahawa IC dan Yip telah tiada sana lagi (kedua-duanya hilang), Pada masa itu Datuk Yip belum lagi bergelar Datuk dan peguam.

Sekarang Encik Ng menderita dan sangat kecewa dengan apa yang berlaku....sekarang banyak bank telah menyaman beliau(Ng) dan membuat beliau muflis kerana penipu meminjam dan membeli barang dengan IC dan nama

Sebaliknya berhati-hati dengan Simon Low Kok Meng, lelaki ini boleh menipu orang seperti Datuk Yip, dia di hadapan kita sangat baik, dan di belakang kita seperti buaya, cuba memakan kita.

By Ah Chong, Taman Desa Jaya..Kepong

Anonymous said...

Anonymous said...
DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

ARTIKEL HANGAT BULAN INI