Hajat Pakatan Johor tinggi menggunung. Nak ambil alih Nusajaya dan Putrajaya. Bermacam janji diberikan kepada pengundi. Hakikatnya, dari teks ucapan Pengerusi DAP Johor pada 7 Oktober yang lepas, Pakatan Johor masih lagi tak sepakat.
Kalau dah hingga ke penghujung sebegini, mereka masih lagi tak selesai-selesai dengan masalah pembahagian kerusi, mana pakatnya?
Boo Cheng Hau juga mengakui bahawa Pakatan ada 3 ideologi yang berbeza. Satu pengakuan yang menunjukkan mereka tak sepakat! Kalau dah tak sepakat, bagaimana mungkin mereka mampu untuk mengemudi sebuah negeri ataupun negara? Apa akan jadi kalau satu pihak berkiblat ke Singapura, satu pihak berkiblat ke Israel dan satu pihak lagi berkiblat ke Arab Saudi? Kerana masing-masing sibuk dengan kiblat masing-masing, akhirnya sekiranya mereka memerintah, rakyatnya ke Singapura tidak, ke Israel tidak dan ke Arab Saudipun tidak, tetapi terdampar ke Ethiopia. Apa yang ada kalau dah terdampar seperti di Ethiopia? Cuma kesusahan dan kemelaratan yang melampau.
Sekadar beringat sementara masih boleh beringat. Semua negara mampu untuk aman, makmur dan sejahtera. Namun yang menghancurkan sesebuah negara itu adalah kerana rakyatnya silap memilih ahli politik untuk memimpin mereka, kerana rakyatnya gagal mensyukuri nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi dek tamak dan terbuai dengan janji-janji ahli politik yang belum pernah memberikan apa-apa kepada mereka. Fikir-fikirkanlah. Pepatah Melayu ada menyebut, 'jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran', dan ingatlah pesan orang-orang dulu, 'dengar guruh dilangit, air tempayan dibuang jangan'.
3 comments:
Sebagai anak Johor yang berhijrah ke KL tahun 2003, izinkan saya menyeru semua warga Johor supaya menolak PR dalam PRU 13 nanti.
Alasannya amat mudah. Jika sebuah kapal mempunyai 3 Nakhoda, bukan sahaja kapal tidak akan bergerak ke mana-mana.... tetapi bakal pecah di tengah jalan.
Biarlah PR Johor dengan mimpi mereka untuk menawan Johor. InsyAllah... Johor tetap bersama BN
Jangan mimpilah nak tawan Johore.Kita orang Johor DULU KINI DAN SELAMANYA BERSAMA UMNO/BARISAN NASIONAL demi Agama, Bangsa dan Negara.Untuk makluman semua PAKATAN RAKYAT adalah PARTI PAKAT PAKAT TIPU RAKYAT.COME GE13 KAMI ANAK2 JOHORE AKAN BALIK JOHORE UNTUK MENGUNDI BN FOREVER.PAKATAN BOLEH BERANGAN.
Mana bleh bercampur...sekor ikut komunis, sekor ikut Yahudi sekor lagi ikut Syiah...tapi paling bodo sekali yang ikut Syiah tu le
Post a Comment