TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, November 26, 2012

ANAK PAS TERSISIH DARI ANUGERAH CEMERLANG?

Cehhh...tak patut betul orang tua berpolitik. Takkan sebab fahaman politik, nak raikan anak-anak yang cemerlang dalam UPSRpun nak dibeza-bezakan. Takkan anak orang PAS tak diraikan sehingga terpaksa Mazlan Aliman yang raikan. Tak patut...

He...he..he...siapa yang tak patut tu? 


Sebenarnya Mazlan Aliman yang tak patut. Sepatutnya sebagai Pengerusi ANAK, kalau nak raikan, raikan semua anak-anak warga peneroka yang berjaya. Sebenarnya beberapa jam sebelum Mazlan meraikan anak PAS di atas, ADUN Pasir Raja telah mengadakan majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2012 bagi sekolah-sekolah di DUN Pasir Raja.

Kesemuanya 23 pelajar diraikan iaitu 5 pelajar mewakili SK Felda Bukit Ramun, 7 pelajar mewakili SK Felda Pasir Raja, manakala SK Felda Bukit Besar dan SK Felda Sg Sayong masing-masing diwakili oleh 6  pelajar termasuklah pelajar di atas. Bukti gambar di bawah.


Alhamdulillah, ADUN UMNO masih lagi tak membeza-bezakan bebudak, samada anak PAS atau anak UMNO. Semuanya diraikan. Begitu juga dengan guru-guru yang memang dikenali menyokong kerajaan BN. Walaupun tahu bebudak tu anak penyokong PAS, mereka tidak pilih kasih. Semuanya dilayan sama rata.

Dibawah pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO, semua boleh berjaya dan sekiranya anda berjaya, semuanya diraikan tanpa pilih kasih. Kesian kat kengkawan budak tu. Mentang-mentang bapak dia orang PAS, dia diraikan 2 kali, bebudak lain langsung tak dipandangnya. 

He...he...he...nanti adik-adik kat sekolah menengah jangan kawan dengan anak orang PAS tau. Nanti besar sikit dia ajar adik-adik berdemonstrasi, nayaaa....takut hilang kecemerlangan yang ada tu. Apapun itu ayat gurau sahaja. Di doakan agar semua para pelajar ini akan terus mencatatkan kecemerlangan-demi kecemerlangan sebagai generasi pewaris negara, jangan fikir apa anutan politik mak bapak, berganding bahulah untuk mencapai kecemerlangan. Gahkan nama Felda dengan kecemerlangan anda dalam akademik, jangan ikut macam Pak Cik Mazlan tu, cuma tau memburukkan nama Felda aje.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI