TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 4, 2012

KITA BERKUMPUL JUGA, MERIAH!!!


Dua hari berprogram di Dewan Raya Felda Bukit Besar. Kita juga berkumpul. Dalam masa dua hari tersebut, rasanya lebih dari 3,000 penduduk yang terlibat. Hebat juga JPMM DUN Pasir Raja ni yang diketuai oleh YB Dr Adham Baba.


Program kita, program orang yang siuman, jauh sekali dari caci-maki dan umpat keji. Langsung tiada. Memang patutlah ramai yang hadir. Tak ada ceramah politik, cuma yang ada ceramah agama. Itupun sebagai pengisian rohani yang tulus untuk warga Felda dengan tajuk Wassatiyah Menuju Kejayaan. Penceramahnya mengajak warga Felda menjadi umat yang bersederhana. Kedua-dua penceramahnya merupakan anak Felda yang berjaya dalam bidang masing-masing. Itu program untuk malam pertama. Sebutir ayat kempenpun tak ada. Caci maki jauh sekali.


Program Santai JOHORfm bersama JPMM DUN Pasir Raja itu diisi dengan pelbagai pameran dan jualan pada siangnya. Antara yang menyertai pameran ialah MPOB, JPAM, Seranta Felda, JKM, KKM dan beberapa lagi yang mana tujuannya ialah supaya warga Felda dapat berkumpul sesama mereka disamping menambah pengetahuan melalui pameran-pameran yang dijalankan. Inilah yang dikatakan program ikhlas, tanpa kempen dan caci maki. Mazlan Aliman kena belajar bab ni. Kalau tak lebih baik pencen aje dari politik.


Pada malam kedua pula, ada la sikit hiburan. Buat seronok-seronok. Ramai juga yang datang. Rasanya kalaulah ada perkara yang berunsurkan UMNO atau BN pada program 2 hari ni, cuma pada akhir program sahaja bila pengacara majlis mengajak hadirin beramai-ramai menyanyikan lagu 1 Malaysia. Tapi bila tengok semuanya berdiri dan tak lari balik, tahu le kita sapa yang akan mereka pangkah nanti.


Sayangnya pada program selama 2 hari ini, tak ada kelibat muka-muka bakal calon Pakatan untuk kerusi Parlimen Tenggara yang hadir yang mana kita ketahui tinggal disekitar DUN Pasir Raja ini. Kalaupun tak mahu hadir ke program hiburan, datang le ke ceramah agama, kurang-kurangnya mereka tahu bahawa politik UMNO ni ialah politik kasih sayang, bukannya politik caci maki dan umpat keji.


1 comment:

Anonymous said...

memang ler dorg xde. org2 pakatan sume pg himpunan kt seremban. xupdate betol la. blogger makan gaji ape mcm ni....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI