Ibubapa yang bersih, anak akan bahagia. Anak bahagia bukannya kerana ibubapa mereka menyertai BERSIH serta mengheret sekali anak-anak. Anak-anak bahagia kerana ibubapa mereka mempunyai pemikiran yang bersih, tidak suka kepada demonstrasi, huru-hara, hiruk-pikuk serta kacau bilau.

Pada Himpunan KL112 yang juga dikenali sebagai BERSIH 4, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah mengingatkan bahawa ibu bapa yang membawa anak menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Untuk membahagiakan anak-anak, sempena cuti hujung minggu esok, bawalah mereka ke tempat yang sesuai dengan usia mereka dan kegemaran mereka atau setidak-tidaknya luangkan waktu yang ada itu untuk bermesra dengan anak-anak. JANGAN BAWA MEREKA KE KL112 tu, mereka tak paham apa-apapun tentang himpunan tersebut.
1 comment:
kita lihat dan dengar berapa ramai ibu bapa yg kena hukum!
kan lebih baik tak payah bercaskap!
Post a Comment