TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, June 14, 2013

SYED HAMID PERNAH NAIK BAS KE?

    
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid ni pernah ke naik bas express ketika hari-hari biasa dan juga ketika musim perayaan?


Ini kerana katanya antara faktor yang diambil kira untuk menaikkan tambang bas ketika cuti perayaan ialah; 
“Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik. Jadi, ini yang perlu diambil kira.”

Aku beranggapan ia adalah alasan yang terlalu dangkal untuk dipertimbangkan. Mengapa tidak? Sudah cukup baik bagi pengusaha bas express tersebut untuk mendapat penumpang yang penuh untuk satu hala perjalanan pada musim perayaan jika dibandingkan pada hari-hari biasa yang terkadang kalau dicampur jumlah penumpang untuk dua hala perjalanan pergi dan balik, masih tak boleh memenuhkan kerusi-kerusi yang ada dalam bas tersebut.

Maka dengan pertambahan penumpang pada musim perayaan tersebut, masih perlukah lagi surcaj? Atau syarikat pengendali bas memang dari jenis peniaga yang suka menangguk keuntungan ketika permintaan tinggi dan tiada pilihan lain untuk pengguna?


4 comments:

Anonymous said...

pernah dia naik....itu pun masa najib datang....lepas tu dia naik balik kereta mewahnya mcm biasa....tu pasal cakap macam tu....

Quantum Metal Consultant said...

Ini orang sudah disqualified, najib pungut, bersihkan dan letak tempat bagus - lepas tu kerja dia nak perbodohkan rakyat.

Tupasal najib elok dinyahkan.

Anonymous said...

yg jenis2 xpired dn dh x ada taring tu,sila2lh berundur bg laluan pd pemimpin muda yg amanah dn bertanggung jwp!

Anonymous said...

Rapid Kuantan tak bagi orang balik pasar bawa belian naik bas.Ingat bas ni hanya untuk pelancong ke,baik lah bas syarikat lama.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI