TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 21, 2013

DULU DIROTAN, MUNGKIN NANTI DISULA PULAK


Aku ingat lagi, masa sibuk-sibuk nak senaraikan FGVH dulu, anak-anak Felda yang tak bersetuju, keluar beramai-ramai bawak patung TS Isa Samad dan dirotannya patung tu.

Bila bantahan dah tak terbantah, FGVH disenaraikan juga, maka terpaksalah anak-anak Felda menerima hakikat tersebut dengan harapan agar segala apa yang dicanang akan menjadi kenyataan. Suka atau tak suka, terpaksalah warga peneroka meletakkan sepenuh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada TS Isa selaku Pengerusi Felda.
   
   
Samada berkebetulan atau tidak, pada 20 Ogos, TS Isa umum akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada PAU kali ini. Dan pada 20 Ogos jugalah, harga saham FGVH ditutup pada paras terendah sepanjang ia diniagakan iaitu pada RM4.24 sesaham.

Malahan sebelum ini juga dah banyak kali saham FGVH tu diniagakan pada paras yang lebih rendah dari paras ia mula diniagakan.

Sepatutnya, dari sibuk mengejar jawatan Naib Presiden UMNO tu, kan ke lebih elok TS Isa tumpukan pada hal-hal yang berkaitan dengan Felda sahaja. Kalau Felda berjaya, FGVH berjaya, UMNO juga akan berjaya dan lebih kukuh di Felda yang majoritinya Melayu. 

Kalau dah terpilih jadi Naib Presiden UMNO nanti, tentunya penumpuan terhadap Felda akan berkurangan. Duduk berjawatan dalam UMNOpun nak janjikan apa lagi terhadap orang Melayu? Lebih baik penuhkan dulu janji-janji yang dah dibuat terhadap Melayu Felda dulu. Jangan sampai ahli UMNO dari Felda berkurangan.

Tapi kalau dah teringin sangat duduk dalam saf kepimpinan tertinggi UMNO, alang-alang rebut jawatan Naib Presiden tu, lebih baik rebut jawatan Presiden, tentu lebih banyak yang boleh ditawarkan untuk orang Melayu dan Felda. Tak ke gitu???


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI