Inilah susahnya bila meminjam. Pinjam memang kena bayar balik. Tapi langkah PTPTN ingin menyenaraikan peminjamnya yang culas membayar balik ke pangkalan data CCRIS, rasanya suatu langkah yang tak berapa dapat diterima.
Yang meminjam PTPTN tu bukannya untuk bermewah atau bermegah. Mereka meminjam untuk menambah ilmu, untuk mengubah taraf hidup. Yang culas tu kebanyakkannya baru nak mula hidup, baru nak bina kehidupan sendiri. Rasanya ramai yang belum mempunyai kelebihan. Rata-ratanya orang muda.
Janganlah didera orang yang baru nak mulakan kehidupan. Kalaupun dah bekerja setakat setahun dua, PTPTN sedarkah kalau yang memegang diploma tu agak-agaknya berapa gajinya? Kalau yang memegang ijazah tu pulak berapa gajinya? Tinggi sangatkah gaji lepasan diploma dan ijazah di Malaysia ini kalau nak bandingkan dengan kos kehidupan sekarang?
Bukan tak boleh nak senaraikan ke CCRIS. Boleh... tapi kena ada timbang taranya. Antaranya kalau dah pasti melalui caruman KWSP atau rekod pembayaran cukai bahawa seseorang peminjam tu sudah berterusan bekerja selama lebih lima tahun, contohnya.
Orang yang baru nak mulakan kehidupan ini, untuk tahun-tahun pertamanya, macam-macam keperluan dan hal ini kena le ambil kira.
Dan dahulu sebelum ada PTPTN, nak sekolahkan anak, sedara aku mintak tolong dengan Chettiar dengan menyandarkan geran tanah. Dari setahun ke setahun, tak dapat bayar balik, bungapun bayar sikit-sikit. Tak le pulak Chettiar tu lelong tanah dia dan tak le pulak Chettiar tu walaupun hanya pakai kain sarung dan tak tau pakai tie, menjerit-jerit mintak dia bayar balik pinjaman hinggalah semua anak-anak dah berjaya, semua pakat-pakat tebus balik geran bapak kat Chettiar tu. Chettiar tu ucap terima kasih, sedara aku tu dan anak-anaknya juga ucap terima kasih kat Chettiar tu. Chettiar yang tak pandai pakai tie tu pun tahu, kalau tolong orang susah, memang kena susah sedikit!!!...tapi kalau nak menyusahkan orang susah, tak payah tolong lagi baik.
Dan untuk pengetahuan, sedara aku tak pernahlah pulak bila orang tanya macam mana dia sekolahkan anak akan bercakap "Chettiarkan ada" macam orang sekarang sibuk cakap "PTPTNkan ado".
2 comments:
Sumua salah umno sebab bagi pinjaman mudah, kih kih kih, suruh je budak2 tu mintak kat ayah/mak sediakan semua, tak de duit jual/gadai tanah, tak de tanah mintak kat along, tak boleh bayar jual je budak2 tu.
dah ada kerja bayar sikit2, takkan le nak semua duit nak enjoi.
Kenapa nak tegas sangat dengan peminjam PTPTN yang terkaih-kaih cari kerja selepas belajar. Kalau nak banding dengan berbilion wang najib longgokkan ke SRJK cHINA!
Post a Comment