TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 12, 2013

MERCUN GANTI MERIAM BULUH

      
Pada Hari Raya tahun lepas, aku balik kampung, masih dapat lagi dengar dentuman bunyi meriam buluh. Sayu aje rasa hati bila dengar bunyinya sebab teringatkan zaman bebudak dulu. Akulah hero main meriam buluh hingga ada anak jiran yang berhari raya tanpa kening!!!

Namun, tahun ini sepi dari bunyi meriam buluh. Apakah anak-anak kampung dah tak pandai nak main meriam buluh atau karbaid dah tak ada dijual?...atau dah tak ada pokok buluh di kampung?

Rasanya bukan itu sebabnya. Sebab paling utama ialah pada tahun ini bekalan mercun dan bunga api lebih mudah didapati dari bekalan ayam untuk dibuat rendang! Bayangkan betapa mudahnya, kalau semenjak Ramadan lagi, mercun dan bunga api bebas dibeli di bazar-bazar Ramadan. Sediakan sahaja bajet duit untuk dibakar. Bermacam-macam jenis dan bermacam-macam saiz ada sehinggakan ada yang bunyinya mengalahkan bom sampai menggegarkan rumah.
       
         
Apakah mercun yang pelbagai jenis itu dah dibolehkan untuk dijual? Suasana Raya Melayu dah macam Raya Cina pulak aku rasakan. Bunga api Cap Kucing, bebudak dah tak pandang lagi.

Kalau dah begitu mudahnya untuk mendapatkan bekalan bunga api dan mercun, aku rasa lebih elok halalkan sahaja penjualannya dari atas sebab pengharamannya oleh kerajaan, ianya menjadi medan untuk buat duit raya oleh segelintir penguatkuasa undang-undang yang terpaksa buat-buat tak nampak sebab dah dapat duit raya! Kalau bunga api dan mercun dah dihalalkan penjualannya, tentu nanti harganya juga akan murah dan tak le banyak duit yang terbakar dek sebab nak memeriahkan suasana hari raya.


2 comments:

Anonymous said...

Mengapa mercun tak masuk senarai Boikat Barangan Cina ?
mengapa melayu masih kasi duit kapada cina ?
mengapa ada melayu yang sokong cin ?
mengapa ada melayu jadi peraih dan pembekal barangan cina - mercun mana ada melayu islam yang ada kilang ?
Tiap tahun mercun buatan cina di seledup dan di jual ?
mengapa kita tolak ansur dan kasi muka dan jaga hati cina beng cinion kiasu tapau kari ayam bangsat ?
mengaapa da melayu jadi pelindung ?
mengapa ada melayu sudah tiada kasih kapada perjunagan melayu ?
mengapa perdana menteri menonjol kan sekuat mungkin KeMalaysiaan nya ?
Mengapa presiden parti melayu yang ada 3.5 juta ahli tidak bangga,malah malu mengaku melayu ?
dlll
mengapa ramai peminpin parti istihar tidak mahu bertanding di PAU ,tetapi presidin parti diam, dan budak suruhan nya laung tiada pertandingan ?
dlll
TNB
TNB
TNB
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Apa kastam buat...?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI