TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 19, 2013

NIKMATNYA KUFUR NIKMAT

          
Kalau dilihat kepada sedihnya warga Mesir dengan musibah yang menimpa mereka, memanglah terasa sedih. Ketika kehangatan umat Islam di Malaysia menyambut Syawal, dengan undangan rumah terbuka menjemput untuk makan yang banyak tak terpenuhi, dengan saban hari ada sahaja majlis-majlis yang terpaksa membuang makanan, warga Mesir dijamu dengan tembakan peluru dan redahan kereta kebal serta kereta perisai. 
     
              
Dengan suasana menyedihkan di Mesir itu, yang aku nampak, berlonggoklah puak PAS di merata tempat kononnya bermunajat memberikan sokongan kepada rakyat Mesir. Persoalannya, perlukah juak-juak PAS ini bermunajat untuk rakyat Mesir itu? Bagi aku, alangkah lebih baik bagi juak-juak PAS itu bermunajat agar keamanan dan keharmonian hidup di Malaysia ini terus terpelihara agar tidak menjadi seperti Mesir.

Rasanya, apa yang terjadi kepada warga Mesir itu dah memang patut untuk warga Mesir menghadapinya. Inilah padahnya kalau kufur nikmat! Susah sangatkah warga Mesir ketika Hosni Mubarak memerintah dahulu? Kejam sangatkah Hosni Mubarak?
      
          
Selama 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak, rakyat Mesir boleh bertahan. Boleh mencari nafkah dengan aman, boleh berjalan dengan aman, boleh beramal ibadat dengan aman. Selama itu juga, adakah mana-mana masjid yang dibakar? Adakah polis dan askar yang melepaskan tembakan kepada warga Mesir dijalanan?
           \
           
Hanya dek kerana adanya segolongan manusia yang menggelar diri mereka ulama dan kononnya lebih arif, lebih adil dan lebih Islamik dalam menjalankan soal-soal duniawi dan menjanjikan sesuatu yang kononnya lebih baik dari apa yang mereka kecapi di bawah Hosni Mubarak, mereka membuai perasaan rakyat Mesir dengan tampilan imej alim mereka, membawa rakyat Mesir ke jalanraya menjatuhkan pemimpin yang telah mensejahterakan Mesir selama 30 tahun.

Dalam pada mereka rakyat Mesir mampu bertahan selama 30 tahun di bawah pemerintahan Hosni Mubarak, mengapa pula mereka tidak mampu bertahan dengan pemimpin yang kononnya lebih arif, lebih adil dan lebih Islamik dari Hosni Mubarak waima menunggu setidak-tidaknya sepenggal perkhidmatan Morsi sebagai presiden?

Yang menjatuhkan Hosni adalah rakyat Mesir dan yang menjatuhkan Morsi juga rakyat Mesir sendiri. Maka apa nak kita sedihkan? Lebih menyedihkan lagi, kalau ketika belum berkuasa dahulu, Morsi boleh menggunakan auranya kealimannya untuk meniup semangat rakyat Mesir bangun memberontak, mengapa ketika dia dijatuhkan, dia tidak mahu menggunakan aura kealimannya untuk mengajak rakyat Mesir redha dengan takdir demi mengelakkan permusuhan yang memusnahkan sesama umat Islam?

Rasanya, tak perlu kita bersedih dengan apa yang menimpa rakyat Mesir itu. Yang perlu ialah kita ambil iktibar agar tidak kufur nikmat. Hargailah nikmat keamanan, hargailah nikmat rezeki, hargailah nikmat kebebasan yang kita ada pada hari ini dan sedang kita nikmati kerana nikmat-nikmat lain yang belum pasti yang datang dari mulut politikus-politikus lahap, semuanya belum pasti lebih baik dari apa yang kita ada pada hari ini. 


4 comments:

Anonymous said...

Canteeekk ! Terima Kasih.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Masalah puak pencacai PAS ni cuma hanya terikut2... Nak tunjuk mereka alim bagai... Namun kenapa mesti ditempat awam????? Masjid dan surau ada di mana2 di Malaysia... Kenapa di tanah lapang...??? Saja nak menuju tu... Kalimah ALLAH swt tidak mereka pertahankan sebab dengar fatwa separuh masak ulama mereka dan ikut telunjuk DAP... Semuanya kerana nak berpolitik... Mereka pun sebenarnya teringin sangat nak ikut perangai Arab Spring kononnya untuk menumbangkan pemerintah Malaysia... Sudah2lah...

Anonymous said...

arab spring pertama jatuhnya hosni mubarak,orang yg sama juga buat arab spring ke2, rupanya tidak boleh membangunkan orang yg jatuh,

Muslim said...

Tak jadi kebaikan dan tak membuahkan hasil yg baik bila tidak mengikuti Petunjuk Nabi saw dan Al Quran. Demontrasi dan tunjuk perasaan tidaklah dikenal sbg Jihad, atau satu cara dakwah atau cara utk mendirikan kerajaan Islam.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI