TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 13, 2013

MALAYSIA TAK SEBAHAGIA SINGAPURA? PBB SILAP?

         
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang kebahagiaan yang dilaporkan dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2013 menyatakan bahawa kedudukan Malaysia ialah di tangga ke 56.

Laporan PBB itu meletakkan Singapura di tangga ke 30 yang mencerminkan bahawa Singapura lebih bahagia dari Malaysia! Apakah PBB silap? 

Apa tidaknya, dengan kuatnya suara pembangkang di Malaysia, rakyat Malaysia dah boleh berbahagia berarak menunjuk perasaan di jalanan, rakyat Singapura boleh? Dengan kuatnya pembangkang kat Malaysia ini, rakyatnya dengan bahagia sekali mencemuh serta mencerca pemimpin negara, rakyat Singapura boleh? Rakyat Malaysia yang tak suka dengan kerajaan, boleh berbahagia menyertai pembangkang dan melawan kerajaan, rakyat Singapura boleh? Rakyat Malaysia dengan bahagianya boleh cakap apa sahaja kerana ISA dah tak ada, rakyat Singapura boleh?

Atau kesemua perkara-perkara yang tak berlaku di Singapura itulah yang membuatkan Singapura menduduki indeks Kebahagiaan yang lebih baik dari Malaysia. Fikir-fikirkanlah!!! Yang kerap aku nampak ialah rakyat Singapura berbahagia menyeberang Tambak Johor hanya untuk menuang petrol Malaysia yang jauh lebih murah walaupun subsidi RON95 telah dikurangkan sebanyak 20 sen dan RON97 dah dinaikkan sebanyak 15 sen.


1 comment:

Anonymous said...

mau x bahagia...
air curik2 ambik almost free...
minyak kete tuang kat cni...
beli brg seme kat cni..
minyak masak, tepung seme ambik dr chi...
bahagia atas derita org lain...
pastu berlagak terer sgt

ARTIKEL HANGAT BULAN INI