TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, September 15, 2013

NIK AJIS SOKONG ZAKAT DIBAGI-BAGI DENGAN KAFIR?

           
Dalam status terbaru Nik Ajis di FBnya, komennya tentang gesaan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi PAS dalam Pakatan, dia berkata sebarang kajian untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan. Berundur ke belakang tu maksudnya PAS tidak bekerjasama le lagi dengan Pakatan!

Dek kerana dalam Pakatan tu, DAP lebih dominan, maka sangat jelaslah Nik Ajis lebih suka tengok UMNO yang seagama dan sebangsa dengannya lemas dan berkubur demi melihat DAP terus kukuh dan angkuh dengan agenda rasisnya yang pasti akan merugikan Islam dan Melayu. Apa cerita orang tua ni?

Dalam tulisannya itu juga (SINI), Nik Ajis seolah-olah menyokong agar zakat yang dikeluarkan oleh umat Islam itu turut dinikmati oleh penganut agama lain. Cuba baca dan faham betul-betul petikan tulisannya itu;
Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur. 

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan.

Apakah ini membawa maksud apa yang diamalkan di Afrika Selatan itu betul dan kalau PAS berkuasa, PAS akan perbaiki apa yang dikatakan sebagai pengamalan Islam secara praktikal yang masih belum tepat dan akan mengagihkan sebahagian kutipan zakat kepada non-muslim? 

Patut le Nik Ajis tak berapa sokong untuk kaji semula Tahaluf Siyasi dalam Pakatan yang mungkin akan meminggirkan DAP sebab Nik Ajis belum dapat bantu DAP guna wang zakat lagi!!!


3 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz seharusnya tutup dan zip mulutnya dan jangan bercakap apa apa yang dia tidak tahu dan tidak faham....

Arwah atuk dan nenek aku rasanya lebih bijak dalam banyak perkara...dan mereka tidak pun digelar ulamak...hanya orang kampung biasa

usin said...

ingatkan bila dh bukan mb, mulutnya akan kurang merepek, tp kalau dh biasa 'beser', selagi tak meninggal, selagi itu 'kebeserannya' tetap terserlah. demi dendam kesumat kpd umno (baca seagama, sebangsa), sanggup lihat saudaranya lemas dan mati sambil mengalu-alukan musuh agamanya. adakah kebebalan nik aziz ini dek kerana usia tuanya atau memang nik aziz ini sejak dahulu lagi memang bebal? aku nak ingatkan kpd nik aziz ni yg seusia atuk aku, tahaluf siyasi pas-dap akan menjadi TAHYUL SIA-SIA.

Anonymous said...

setujukah nik aziz kalau bukan islam juga patut keluarkan zakat,mungkin perlu kajian semula

ARTIKEL HANGAT BULAN INI