TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, July 28, 2011

CISSS....MIC JUGA SIMPATI DENGAN KOMUNIS

Terbaru, MIC pulak dah terikut-ikut dengan desakan pihak pembangkang agar anggota PSM yang ditahan dibawah Ordinan Darurat kerana cuba menghidupkan fahaman komunis dibebaskan. MIC melalui Timbalan Presidennya, Datuk Dr S. Subramaniam mendesak agar Ketua Polis Negara dan KDN membebaskan mereka yang ditahan kerana kononnya tidak ada bukti yang meyakinkan.

Kalau tak ada bukti yang meyakinkan pada peringkat awalnya, tak mungkin polis akan menahan mereka. Apa cerita menteri seorang ni? Nak jadi juara kaum Indiapun, kenalah bertempat. Kalaupun rasa tergugat kerana BN layan IPF, janganlah merepek yang bukan-bukan. Dia ni pernah rasa ke tidak susahnya hidup waktu komunis mengganas dahulu? Jangan jadi lalang, tengok arah mana angin bertiup, awakpun nak bertiup ke arah itu juga.

Ingat dalam PRU 13 ni, kerusi Parlimen Segamat, UMNO kena ambil semula. Pengundi India kat Segamatpun bukan berapa kerat sangat. MIC ni macam tak sedar diri, di Johor semua kerusi Parlimen dan kerusi DUN, MIC menang atas undi orang UMNO. Kalau macam inilah sikap pemimpin MIC, dah sampai masanya kerusi majoriti Melayu ni diletakkan orang UMNO sebagai calun.

Jangan sampai orang Melayu Johor beralih undi kepada parti lain semata-mata mahu menolak calun MIC! Kepada orang-orang Melayu di kawasan Segamat, yang telah melalui zaman komunis dulu patut menceritakan kepada generasi  muda bagaimana susahnya hidup pada zaman dulu. Subramaniam tahu tak dahulu Gemas, Segamat, Jementah dan Tangkak tu kawasan hitam? Subramaniam tahu tak pernah satu landrover polis kena ambush dengan komunis dan kalau tak silap seorang sahaja anggota yang selamat. Subramaniam tahu tak, dahulu kalau  masuk Kebun Baru serupa menghantar nyawa? Nak jadi juara kena bertempat. Cakap jangan ikut sedap mulut, menang pilihanraya pun atas undi orang Melayu. Kalaupun Melayu di tempat lain tak kisah, Melayu Johor jangan dicabar terutama Melayu Segamat yang banyak pengalaman dengan komunis ni.

Melihat kepada situasi ini, UMNO Johor dah sampai masa bertegas, mana-mana kerusi undi majoriti Melayu hendaklah diambil semula dalam PRU 13 ini. UMNO Johor kena berani dan tegas dalam hal ini. Mendapat kurang sedikit majoriti bukanlah menjadi satu hal yang besar dari mempunyai duri dalam daging yang membusuk dari dalam yang akhirnya orang Melayu sendiri takut nak dekat dengan UMNO dan BN.


Sumber di SINI

3 comments:

HHalem said...

Biasa la tuan:-)

Dah di agak dah.

Kan PSM tu semua indu FatRia.

Anonymous said...

Pancing undi

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH
Aku geram, perwakilan MIC kat Johor semua ihsan UMNO. Dasar tak sedar diri.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI