TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 26, 2011

ISU WAHABI ; ZAMIHAN JUGA PERLU DISIASAT MKN

Kemelut berkaitan Wahabi semakin rumit. Selaku rakyat yang tidak begitu faham dengan mendalam bab-bab agama, pertelingkahan ini amat menjengkelkan. Rakyat kebanyakkan hanya menuntut bab Fardhu Ain sahaja dan selebihnya apabila timbul permasalahan akan merujuk kepada orang yang arif.

Seharusnya bab-bab perbezaan dalam masalah "ranting" ini tidak perlu diperbesarkan selagi ianya tidak menggugat akidah dan keharmonian bermasyarakat. Perkara-perkara "ranting" ini terpulanglah kepada individu, samada nak ikut atau tak nak. 

Dalam hal ini Zamihan Mat Zin tidak harus dikesampingkan dalam siasatan oleh MKN. Ini adalah kerana Zamihanlah yang menjadi pencetus kepada polemik Wahabi. Zamihanlah kononnya juara menentang Wahabi. Zamihanlah yang bergerak ke serata pelosok tanah air melabelkan mana yang betul dan mana yang Wahabi.

MKN perlu menyiasat dengan terperinci apakah matlamat sebenar Zamihan. Sebelum ini bukannya tiada perselisihan pendapat berkaitan masalah "ranting" dalam agama ini, tetapi ianya tidaklah diperbesar-besarkan sebagaimana Zamihan yang begitu beria-ia menentang Wahabi. Sedangkan Syiah yang memang kerap dilihat berperang dengan Sunnah, kerajaan hanya memantau sahaja tanpa ada promosi besar-besaran. Tentu ada muslihat sebaliknya.

Malahan, Zamihan pernah pada satu ketika dalam satu majlis yang dihadiri oleh Guru-guru Agama Kerajaan Johor menempelak sukatan pelajaran Sekolah Agama Kerajaan Johor yang telah berpuluh tahun diajar, tetapi di Johor tidak pula adanya puak yang dikatakan Wahabi. Kalau ditanya kepada Guru-guru Agama Kerajaan Johor, Zamihan hanya diumpamakan sebagai penjual minyak angin cap baru sedangkan mereka sudah terbiasa dengan Minyak Geliga dan Cap Kapak.

Ekoran pelabelan Wahabi ini, entah berapa banyak duit yang telah diperolehi oleh Zamihan hasil dari penerbitan buku-buku dan undangan ceramah. MKN kena teliti dalam isu ini.



2 comments:

Anonymous said...

Mana nak cari ustaz yang muda macam nie kaya sungguh pakai pulak MERC E class tu, dulu selalu mengajar kat masjid Bandar kinrara bukan mengajar sibuk nak salahkan orang aje, tapi sejak akhir2 nie tak ada pulak dia mungkin sebab tak masyuk kut

Anonymous said...

Cari kekayaan tak salah, tapi jangan melalui cara untuk melaga-lagakan orang.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI