TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Thursday, October 13, 2011

SIAPA PROVOK SIAPA?

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat  menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap sekumpulan belia bermotor yang didakwa sering mencetuskan provokasi dan kekacauan di beberapa program PAS di negeri itu.
Provokasi untuk publisiti....so nampak telinga, mata dan tangan aje.
Bila sebut provokasi ni, tertanya pulak aku, sebenarnya siapa yang provokasi siapa? Kalau ikut akal aku, sebenarnya PAS yang memulakan provokasi. Dah tau orang Johor ramai yang marah dengan Mat Sabu, buat apa panggil dia datang berceramah. Bukankah ramai lagi pemimpin PAS yang boleh dipanggil, mengapa mesti Mat Sabu?

Sebenarnya bukan sahaja PAS, puak pembangkang sebenarnya sengaja mencipta provokasi agar berlaku huru hara dan dengan itu berharap agar dapat menyalahkan pihak pemerintah.

Terbaru, DAP mengikuti jejak PAS. Kalau PAS mengundang Mat Sabu ketika orang Johor tengah marah dengan Mat Sabu, DAP pula jemput Guan Eng ke Segamat. Itu semua tindakan provokasi. Satu tindakan yang cuba untuk mencetuskan kemarahan rakyat. Bila berlaku sesuatu, UMNO, BN dan Polis dipersalahkan. Walhal mereka tahu tindakan mereka itu memang jelas bakal mengundang kemarahan orang.

Kepada pihak PDRM, diharap agar prihatin sedikit ketika memberikan permit untuk berkumpul. Bukan mahu dinafikan hak sesiapa untuk berkumpul tetapi sekiranya tetamu yang diundang itu memang jelas bakal mencetuskan ketegangan, adalah lebih baik jangan dikeluarkan permit.

Kedatangan Mat Sabu dan Guan Eng sebenarnya adalah kerja kotor pembangkang untuk mencabar kesabaran rakyat Johor. Namun, Alhamdulillah, rakyat Johor masih waras dan masih mampu menunjukkan kepada Guan Eng bahawa Johor masih selamat lagi walaupun kepada orang seperti Guan Eng yang telah mengundang kemurkaan DYMM Duli Sultan.

Kalau Guan Eng yang jelas celaka, biadap dan kurang ajar masih selamat di Johor, apatah lagi kepada para pelabur yang datang membawa modal untuk memakmurkan Johor. Tahniah....Guan Eng berjaya membuktikan bahawa negeri Johor sebenarnya amat selamat berbanding Pulau Pinang.

Terbelit dengan kebodohan sendiri dan provokasi yang gagal, akhirnya PAS ingin menyalahkan polis pula yang kononnya gagal mengawal keadaan.

Yang menjadi mangsa keadaan ialah PDRM. Membenarkan tetamu datang ke ceramah PAS, bila berlaku sesuatu kejadian, Polis dikatakan tidak mengawal. Bila polis menghalang tetamu datang ke ceramah PAS untuk mengelak kejadian tak diingini, mereka kata polis barua UMNO. Itulah perangai orang PAS dan puak Pakatan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI