TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 12, 2012

ALFATIHAH

Polis hari ini mengesahkan bahawa kanak-kanak yang hilang, Nurul Nadirah Abdullah telah ditemui rentung. Diharapkan agar pelaku perbuatan kejam tersebut akan segera dikesan dan dihukum. 


JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA


2 comments:

Unknown said...

Salam bro,
Memang kejam. Satu pembunuhan yg kejam.

Anonymous said...

apa motifnya?...culik...dendam...langgar buang dan bakar?

penjenayah kejam!!!

takziah kpd keluarga Allayarhammah...

ALFATIHAH... hauzubillah....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI