TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, March 12, 2012

MAZLAN NAK BANJIRKAN SABAH DENGAN PENEROKA DARI SEMENANJUNG

Hajat Mazlan Aliman untuk melawat "ladang"nya di Sabah terhalang. Sabah merupakan negeri yang mempunyai tanah Felda yang terluas sekali yang diuruskan oleh Felda Plantation. Hajat Mazlan, sebelum dia agih-agihkan tanah ladangnya itu, kononnya ingin melawat, ambil-ambil gambar.


Bagaimanapun, orang Sabah tahu niat Mazlan yang nak banjirkan Sabah dengan orang Semenanjung. Kat Sabah, jumlah peneroka hanya sekitar 1600 orang sahaja, tetapi tanah milik Felda seluas hampir 100,000 hektar tu kalau diagih-agihkan seluas 4 hektar seorang, boleh menampung 25,000 peneroka baru. Niat Mazlan nak bagi tanah Felda di Sabah kat penyokong PAS di Semenanjung tak tercapai. Orang Sabah tak suka.

Hati-hati orang Sabah dengan Mazlan ni. Kalau dia berjaya dengan rancangannya, maka akan berduyun-duyun orang Semenanjung yang berfahaman dan pengikut ajaran PAS akan berhijrah dan memilik tanah secara percuma di Sabah. Jangan biarkan agen-agen Mazlan bergerak dan menabur dakyah di Sabah.

Nasib baik le Mazlan tak dapat masuk Sabah, kalau tak, dia dengan bangganya akan bergambar di tanah-tanah milik Felda dan mengaku bahawa dia mampu mengagih-agihkan tanah tersebut seolah-olah tanah tersebut hak miliknya.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI