Dewan Pemuda PAS Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bekerjasama dengan ANAK dan bakal menganjurkan satu himpunan besar-besaran melibatkan generasi kedua Felda pada bulan April nanti. Menurut KP PAS, Nasruddin Hassan, tindakan mereka itu kononnya untuk mempertahankan hak generasi kedua Felda yang dikatakan bakal terancam.
Kata Nasruddin lagi;
"Kita menyokong penuh kebangkitan generasi kedua Felda dan sudah pasti penyenaraian ini memberi kesan secara langsung terhadap masa depan peneroka Felda. Malah tanah milik mereka sudah tentu akan turut terjejas apatah lagi kepada generasi kedua sudah pasti lebih teruk akan mereka alami".
Nampaknya Nasruddinpun dah jadi bebal, sama macam Mazlan Aliman. Harap Nasruddin dapat buktikan, mana tanah yang dikatakan milik generasi kedua Felda tu? Ada ke generasi kedua (yang bukan peneroka tambahan) Felda memiliki tanah? Kalau adapun setakat tapak rumah untuk generasi kedua yang diberi atas ihsan kerajaan BN ....bukan PAS tau!
Cuba bersikap matang. Jangan hanya kerana perbezaan ideologi politik, segala kerja-kerja untuk kebaikan rakyat hendak ditentang cuma kerana ianya diusahakan oleh BN. Jangan dipersulitkan lagi usaha kerajaan untuk menambah baik dan seterusnya menjamin warga Felda bersaing dalam suasana ekonomi yang semakin canggih kini dan seterusnya dapat meninggikan lagi taraf kehidupan mereka.
Akhirnya, sekali lagi dicabar agar Nasruddin dapat membuktikan mana satu tanah milik generasi kedua Felda yang didakwanya? Berapa luasnya? Mana gerannya?
Sekiranya Nasruddin merujuk kepada tanah milik peneroka Felda, sudah berapa kali dijelaskan bahawa tanah kebun peneroka tidak terlibat. Yang terlibat cuma tanah milik Felda. Tanah milik Felda, samada peneroka mahupun anak-anak mereka tiada hak atau bahagian ke atasnya. Tanah tersebut dikurniakan kepada Felda untuk tujuan menampung kos mengurus dan pembangunan.
No comments:
Post a Comment