Bukan kata masuk angin keluar asap, asap pun tak keluar. |
Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pula, mengakui "gangguan" daripada Anak telah menyebabkan kelewatan proses penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Selain itu, gangguan berterusan dari ANAK yang diketuai oleh Mazlan Aliman itu hanya akan membawa kerugian yang berterusan juga kepada para peneroka dan generasi Felda.
Apa jua gangguan dari ANAK, penyenaraian FGVH akan tetap diteruskan. Ini kerana aset FELDA bukannya milik para peneroka mahupun KPF. Tujuan kerajaan melibatkan KPF ialah supaya para peneroka dan generasi FELDA akan turut sama mengecapi keuntungan secara langsung dari penyenaraian tersebut.
Tindakan Mazlan menghalang penglibatan KPF dalam penyenaraian tersebut, tidak sesekali membantutkan usaha FELDA, tetapi tanpa penglibatan terus KPF dalam penyenaraian itu, kemungkinan untuk para pemegang saham untuk menikmati keuntungan secara terus melalui perniagaan FGVH mungkin tiada. Kalau dapatpun, mungkin sekadar tempias sahaja.
Tiada apa yang berbeza tentang apa yang para peneroka dapat sekarang dengan akan datang tanpa penglibatan KPF dalam penyenaraian tersebut. Cuma para peneroka perlu lihat keikhlasan kerajaan yang ingin melihat adanya pertambahan pendapatan dan juga pertambahan nilai dalam saham KPF warga FELDA sekiranya mereka turut serta.
Diharapkan agar para peneroka bijak membuat pertimbangan. Jangan termakan dek hasutan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Utama sekali perlu diberi perhatian ialah, apakah UMNO dan BN sanggup mempercaturkan undi peneroka yang merupakan undi terbesar Melayu sekiranya benar dakwaan ANAK bahawa penyenaraian FGVH ini membawa kerugian? Percayalah, itu hanya dakwaan bodoh Mazlan Aliman yang masih mengira menggunakan batang-batang lidi kelapa sawit.
Alangkah ruginya, sekira setelah disenaraikan dan harga saham FGVH melonjak dengan tinggi sekali dan pada ketika itu para peneroka dan pemegang saham KPF terpaksa bersaing di pasaran terbuka! Apakah pada ketika itu baru para peneroka ingin menyalahkan Mazlan Aliman dan ANAKnya?
Sehubungan dengan itu, pada 17 Mac ini, Mazlan yang akan ke Felda Pasak untuk menghasut para peneroka, wajarlah para peneroka Pasak mengikuti jejak langkah Sabah dan Serawak yang menolak kemasukan Mazlan ke tempat mereka. Mungkinkah warga Felda Pasak akan membuat Imigresen mereka sendiri? Kalaulah warga Felda Pasak tak terikut jejak Sabah dan Serawak yang menghalau Mazlan, sekurang-kurangnya tunjukkanlah kepada Mazlan, bahawa hanya kerusi sahaja yang sudi mendengar omongan kosongnya.
No comments:
Post a Comment