TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, May 7, 2012

DS NAJIB BERJUANG UNTUK PENEROKA, MAZLAN BERJUANG UNTUK PEGUAM


Entah apa lagi yang tak puas hati si Mazlan ni, aku pun tak tahu. Cuma mungkin aku rasa dia ni dah bebal dan nak orang lain ikut bebal macam dia juga.

Ketika DS Najib sibuk nak memakmurkan peneroka Felda, Mazlan Aliman pulak sibuk mengkayakan peguam. Mana duit Mazlan dapat nak bayar peguam, kalau tak dari peneroka yang dah termakan dek hasutannya.



Setiap apa yang dibuat oleh kerajaan, semua tak betul pada mata Mazlan. Tandatangan borang untuk buat pinjaman bank bagi membeli saham FGVHpun nak bawak masuk mahkamah. 

Pinjaman tu bukannya paksaan. Kerajaan cuma sediakan kemudahan untuk sesiapa yang tak berduit tapi berhajat nak beli saham, boleh buat pinjaman. Yang berduit, nak beli tunai, tak payah pinjam. Kalau tak berduit dan tak berminat nak beli saham, juga tak payah pinjam. Borang tu cuma sebagai persediaan awal. Takkan bila dah dapat lot saham, baru nak cari pembiaya. Bebal tak boleh di ajar!

Yang jelasnya, perjuangan Mazlan ni sampai kesudahnya, tak ada satupun yang menguntungkan peneroka, tetapi para peguam yang tersenyum simpul.

Dok sibuk-sibuk canang kata kerajaan tipu peneroka, Mazlan tak sedar sebenarnya dia yang menipu peneroka kerana dia sendiri tak faham apa yang kerajaan nak lakukan disebabkan kebebalannya.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI