TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, May 10, 2012

PAS BAKAL BUNGKUS DI JOHOR

Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Berasaskan pandangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa selama ini, masyarakat Cina memang tidak pernah menghargai segala pembangunan dan kemakmuran yang telah dibawa oleh kerajaan BN.

Bagaimanapun itu alasan Fui, pandangan yang begitu cepat sekali menarik minat Harakah (sini). Berlumba-lumbalah nanti puak PAS menawarkan diri untuk menjadi calun di negeri Johor. Bagaimana pula dengan Mazlan Aliman?

Itu pandangan seorang Cina mungkin berasaskan pengetahuannya tentang perangai orang Cina. Bagaimanapun dari pengamatan aku dan rakan-rakan pula, agak berlainan sedikit. PAS dan DAP tak boleh menarik nafas lega. Ini kerana negeri Johor merupakan pusat kepada gelombang kekalahan PAS dan DAP. 

Dari tinjauan, pada PRU kali ini, PAS akan kehilangan kedua-dua kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU lepas iaitu Sg Abong dan Maharani. Manakala peluang untuk DAP mengekalkan kerusi DUN Mengkibol serta Bentayan dan Parlimen Bakri agak tipis. Persekongkolan PAS, DAP dan PKR yang kesemuanya tidak searah menghilangkan keyakinan ramai pengundi yang sebelum ini mengundi mereka.

Kalaupun ada kerusi yang boleh PAS menang, hanya satu, iaitu di DUN Serom, itupun kalau YAB Dato' Ghani bertanding lagi. Kalau tak, PAS terus bungkus!


8 comments:

Anak Rantau said...

Jangan terlalu yakin BN akan menang 100% di Johor. Bukan semua YB BN di Johor disukai oleh rakyat. Contoh TPM sendiri tidak begitu popular dikalangan rakyat Johor dan begitu juga dengan Menteri KDN sepupu PM. Itu peringkat pusat apa tah lagi YB-YB yang lain dimana muncul ketika hampir pilihanraya aja. Sebenarnya banyak kelemahan di pihak BN dalam negeri Johor, cuma belum ada yang bangkit secara terbuka aja. Pihak tuan boleh buat kajian di kawasan Parlimen Labis dan DUN Bekok. Rakyat berbangsa Melayu seperti merempat di Tanah Air sendiri. Masyarakat Melayu banyak hidup di kawasan Ladang (Estate). Tanah yang dipohon sejak sekian lama sehingga sekarang masih tidak tahu statusnya. Generasi Baru akan membangkitkan isu ini pada suatu hari kelak. Untuk pengetahuan semua, di kawasan tersebut MCA dan MIC telah dikurniakan tanah dan mereka telah lama menikmati hasil tanah tersebut TETAPI orang Melayu telah memohon sedikit kawasan tanah di Hutan Bekok tetapi sehingga kini entah kemana status permohonan tersebut. Lebih malang lagi, tanah yang dipohon akan diagih-agihkan kepada semua bangsa. Apakah ini adil untuk orang Melayu?????? Ini bukan soal perkauman tetapi hak yang dituntut oleh orang Melayu (UMNO) terpaksa dibahagi-bahagi tetapi hak MCA dan MIC tidak pun dibahagi-bahagi kepada bangsa Melayu. Apakah ini Adil????
Untuk pengetahuan semua, pihak-pihak yang menguruskan permohonan ini ada yang telah meninggal dunia tetapi hasrat memiliki tanah untuk kehidupan anak-anak cucu mereka masih tiada keputusannya. Apakah ini adil untuk orang Melayu???
Bila diperhatikan Pemimpin-Pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian UMNO terutama di Bahagian Labis..maaf cakaplah seperti orang yang mengampu (Bodek). Apa yang diperjuangkan untuk bangsa sendiri. Mereka ni hanya gah sahaja tetapi berkhidmat untuk diri dan kekayaan sendiri sahaja. Sepatutnya setelah sekian lama BN Johor terutamanya UMNO sedar perkara ini tetapi kerana sikap mementingkan diri itulah jadinya. Bukan itu saja, hampir semua Pemimpin UMNO di Parlimen dan DUN Bekok telah ALPA kerana telah lama memegang kuasa dikawasan tersebut.
Saya sendiri pernah menjadi Ahli UMNO tetapi telah lama meninggalkan perjuangan UMNO disebabkan rasa tidak puas hati apa yang berlaku. Lebih baik duduk atas pagar dari berjuang atas tiket UMNO. Ini bukan bermakna benci UMNO tetapi benci pada Pemimpin-Pemimpin UMNO.
Contoh terbaik, jawatan Ketua Kampung Mukim Bekok dilantik oleh pihak Parti UMNO tanpa persetujuan penduduk Mukim Bekok. Ketua Kampung tersebut bukan anak jati/tempatan Bekok dan tidak juga mempunyai walaupun seinci tanah di Bekok TETAPI dilantik untuk menjadi Ketua Kampung. Sebab itulah sejak dilantik, Ketua Kampung ini tidak pernah mengadakan Mesyuarat AJK Keselamatan Kampung apatah lagi untuk bermesra dengan masyarakat?? jauh sekali. Itu baru peringkat Pemimpin Bawahan apatah lagi diperingkat lain. Lebih malang lagi jawatan IMAM juga dilantik oleh Parti UMNO sedangkan jawatan IMAM memerlukan ilmu agama baru disegani oleh ahli kariah setempat.
Sebenarnya banyak lagi kepincangan di kawasan ini. Jika pihak-pihak yang rasa bertanggungjawab membuka mata dan benar-benar berjuang untuk Agama, Bangsa Dan Negara cubalah selesaikan masalah yang begini mudah.
Kepada PR yang ingin bertanding dikawasan ini amat dialu-alukan supaya Pemimpin BN terutamanya UMNO sedar bahawa ini bukan Kubu Kuat BN.

Anonymous said...

Jangan nak lari dari mulut harimau masuk ke mulut naga sudahlah .... ADUN PR di Selangor lagi pelahap .

Anonymous said...

Boleh tak keluar dari tempurung Bekok ? Tengok dunia yang lebih luas dan selidik agenda yang tersirat ...Duduk atas pagar bontot sendiri yang tercucuk ..

Anonymous said...

bab tanah tu orng tua saya dok Kg Melayu Bekok...dh lama dah,ada gak kebun getah kt dlm Kg Lenek "hutan bekok"...cuma masyarakat sana dh kurang .x moh dok kg...yg sya tau tanah ada..tp x nak bayar premium , last2 kerajaan ambk blk...tp x laa simply nk jual ke bangsa lain......huhuhu

Anak Rantau said...

Sebenarnya UMNO sendiri dah jual tanah kepada bangsa lain. Saya pernah menetap di Bekok hampir 20 tahun. Kenyataannya orang Asli lebih maju dari orang Melayu Bekok.
Di Bekok dari dahulu sehingga sekarang jauh ketinggalan jika dibandingkan tempat lain dalam negeri Johor.
Kepada Anon May 11, 2012 1:16 AM "Sebenarnya dah lama orang Melayu Bekok dah ditelan oleh Naga-Naga BN yang lapar" cuma orang Melayu diperingkat akar umbi sahaja digula-gulakan oleh Pemimpin UMNO.

Kepada Anon May 11, 2012 1:21 AM sebenarnya saya merupakan anak jati Bekok dan telah keluar merantau hampir ke seluruh Tanah Air. Sebab itulah saya tahu kemunduran dan sedar bagaimana Melayu Bekok dipinggirkan. Telah dinyatakan Saya bukan marah UMNO tetapi Pemimpin-Pemimpin yang dilantik dan diangkat adalah kaum KRONI. Pemimpin terdahulu yang amat saya kagumi ialah Aruah Penghulu Ismail dan Ketua Kampung Aruah Pak Haji Muniran. Ketua Kampung selepas Haji Muniran adalah Aruah Haji Wahid dari Kpg Panca Jaya (Kpg Lenik). Cuma Ketua Kpg sekarang Paiman Husin (Dikenali nama Sarip). Walaupun telah lama merantau tetapi saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Zaman sekarang bukan berjuang ikut-ikutan turun temurun tetapi kualiti perkhidmatan terhadap masyarakat yang diharapkan.
Kepada Anon May 11, 2012 1:21 AM apa yang boleh dibanggakan dengan Kpg Melayu Bekok? Dari dulu sehingga sekarang tiada perubahan ketara sebab itu ramai anak-anak jati yang merantau dan bersara tidak berminat untuk balik ke Bekok (Pekan Koboi).
Kpg Panca Jaya (Kpg Lenik status Tanah Bumiputera sebab tu tidak boleh jual kepada bangsa lain) yang maju ketara ada Perumahan Orang Asli tetapi orang Melayu sendiri hidup syok sendiri. Jalan utama dari dahulu sehingga sekarang takok lama..kecuali persimpangan jalan baru berhampiran Stor Getah milik asal Aruah Haji Wahid untuk ke Perumahan Orang Asli itupun permukaan jalan yang berlubang-lubang.
Kepada Anon-Anon semua jadilah Pengundi bijak bukan jadi Pengundi Pak Turut turun tempurun sebab tu Bekok tiada perubahan ketara sejak Merdeka. Untuk pengetahuan saya masih Pengundi DUN Bekok tetapi bukan Ahli UMNO.

Anonymous said...

Jika PAS tidak bergabung dalam PR saya pasti ia akan menang banyak kerusi di Johor. Pengundi protes UMNO dalam senyap. Ramai Pemimpin BN tidak turun padang kecuali apabila dicalonkan waktu pilihanraya. PAS tidak kuat tetapi keegoan, kesombongan, dan lupa diri Pemimpin BN membuatkan rakyat mula meluat. Buat masa ini hanya PM sahaja nampak bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Pemimpin lain boleh ibaratkan tumpang kapal. Bila dicalonkan mula terhegeh-hegeh jengok muka supaya pengundi memangkahnya. Kaum Cina tetap majeroti pangkah DAP. Sama-sama kita tunggu PRU-13

Anonymous said...

Ahli UMNO tapi pangkah PAS kah kah kah. Beri kita balun tapi pangkah tetap untuk PAS

Anonymous said...

Pemuda UMNO Bahagian Labis senyap seibu bahasa bila diajukan beberapa persoalan mengenai perjuangan dan hak-hak orang Melayu melalui Blog atau website. Jelas mereka ini hanya mementingkan jawatan dan pangkat sahaja.
Yes! Sir! Semua Ok Datuk Sri! Kawasan Saya Ok Datuk Sri! Itulah ayat sering terpancul bila ditanya atau lawatan Pucuk Pimpinan Peringkat lebih tinggi. Hampasssssssssss

ARTIKEL HANGAT BULAN INI