TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, August 13, 2013

PENGURUS RESORT DIREMAN 4 HARI

      
Pengurus resort di Tanjung Sedili Besar yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan dalam surau, telah ditahan reman selama empat hari.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada kira-kira 9.30 pagi tadi, di hadapan pendaftar mahkamah Hairul Azhar Mohamad yang membenarkan perintah reman sehingga Jumaat.

Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia, ditahan pada petang Ahad di Tanjung Sutera Resort dan akan disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.


2 comments:

Anonymous said...

Kalau orang Islam cepat je ambil tindakan...

Anonymous said...

tapi kalau cina dap?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI