TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, March 11, 2014

APAKAH PENGUNDI KAJANG AKAN DUA KALI BODOH?

          
Bila Wakil Rakyat bagi DUN Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu bertindak mengosongkan kerusi tanpa sebarang alasan atau keuzuran, dan berbuat demikian hanya untuk membolehkan Nuar Berahim bertanding di kerusi DUN tersebut, ia jelas merupakan satu pengkhianatan terhadap mandat dan kepercayaan yang dia telah minta dari pengundi DUN Kajang pada PRU 13 yang lalu.

Para pengundi di Kajang harus sentiasa ingat bahawa mandat dan kepercayaan yang mereka beri kepada Lee Chin Cheh pada PRU13 yang lalu adalah hasil kempen yang pujuk rayu Pakatan Rakyat dan pengosongan kerusi DUN Kajang juga adalah hasil dari percaturan politik PR. Apakah yang telah dicurahkan oleh Lee Chin Cheh kepada pengundi Kajang? Apakah telah lunas janji-janjinya semasa PRU13 yang lalu terhadap pengundi Kajang?

Nafsu politik Nuar Berahim adalah luarbiasa. Kalau kali ini dia terpaksa melepaskan hajatnya untuk menguasai politik Selangor kerana kekangan hukuman penjara dan masih lagi menantikan rayuan di Mahkamah Persekutuan, andainya perbicaraan itu cepat dan sekiranya rayuannya berjaya di Mahkamah Persekutuan nanti,  manakala Wan Azizah pula sekiranya menang kerusi DUN Kajang, apakah Wan Azizah tidak mempunyai kemungkinan akan mengosongkan juga kerusi DUN Kajang untuk membolehkan Nuar bertanding?

Kebolehpercayaan terhadap Wan Azizah sangat tidak boleh diharapkan. Ini kerana telah terbukti Wan Azizah pernah mengkhianati mandat yang diberikan oleh pengundi Permatang Pauh dan bila kerusi Permatang Pauh diidam oleh Nuar, Wan Azizah dengan rela hati melepaskannya!!! Ini juga boleh terjadi kepada DUN Kajang.

Pengundi Kajang sudah seharusnya bijak pada kali ini untuk membuat pilihan dan janganlah diperbodohkan untuk kali kedua untuk memenuhi nafsu politik Nuar Berahim. Kesetiaan Wan Azizah untuk pengundi Kajang tidak boleh diharapkan kerana walaupun bukti di mahkamah mengatakan "kedalaman" Nuar Berahim cuma 4cm, tidak mustahil Nuar mempunyai keupayaan meneroka hingga 40cm dan ini tentunya membuatkan Wan Azizah juga akan sukar untuk menolak keinginan Nuar apabila tiba nafsunya untuk berkuasa! ...pasti Wan Azizah jugakan mengosongkan kerusi DUN Kajang itu.


2 comments:

Labu8455 said...

Sesetengah orang suka menjadi bodoh dan pengundi Kajang termasuk didalam golongan ini.

Anonymous said...

dalam firasat aku, majoriti pengundi kajang tak kisahpun menjadi bodoh dan dibodohkan oleh anwar & de gang. pada mereka, bodohpun bodohlah asalkan dapat pemimpin liberal. boleh buat apa sahaja ikut selera kerana hak asasi.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI