TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 17, 2011

NIK AZIZ SALAHKAN RAKYAT KELANTAN

Bila diberitakan bahawa Kelantan adalah negeri yang mempunyai bilangan pengidap AIDS yang tertinggi sekali di Malaysia dengan kadar 28.8 : 100,000 penduduk, Nik Aziz dengan cepat menyalahkan rakyat Kelantan. Ini katanya disebabkan sikap rakyat Kelantan yang suka berhibur ke Thailand.
Mu salah teropong tu.....
Sikitpun tak berbunyi nak mengatakan ini semua silap kerajaan yang memerintah. Cuba kalau BN yang memerintah Kelantan sekarang, habis segala pelusok negara dicanang bahawa BN tak pandai memerintah sampaikan ramai rakyat dapat AIDS. 

Sepatutnya sebelum menyalahkan rakyat Kelantan, Nik Aziz perlu muhasabah diri dulu, tanya diri kenapa rakyat Kelantan suka berhibur di Thailand, tentu ada kekurangan yang pemerintah tak nampak atau buat-buat tak nampak untuk rakyat Kelantan.

Kalau betul dasar yang dijalankan oleh Nik Aziz selama memerintah Kelantan, tentu semua ini tak berlaku. Kerana dasar yang salahlah, bila nak berhibur mereka lari keluar Kelantan. Oleh kerana Nik Aziz nak hindarkan hiburan yang sedikit di depan mata, akhirnya mereka lari mencari di tempat lain yang akibatnya jauh lebih parah. 

Hiburan merupakan fitrah manusia. Nik Aziz dan Kerajaan PAS telah membuat dasar yang menghalangnya. Maka inilah akibat yang terpaksa ditanggung. Jangan salahkan rakyat Kelantan. Pemerintah wajib bertanggungjawab atas kesilapan merangka dasar ini.

SOKONG BN, BUKAN CALON???....SILAP!!!

DS Najib dalam ucapannya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Shah Alam tadi mengingatkan agar memilih BN bukannya calon ketika mengundi pada PRU 13 nanti sekiranya ingin menang.
Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan saranan DS Najib ini. Ini kerana dewasa ini rakyat telah pandai menilai. Terkadang mereka menolak BN bukan kerana mereka benci BN, tetapi mereka menolak BN kerana protes terhadap calon. Maka dengan lambang sahaja, BN belum tentu laku.

Sekiranya calon hendak ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, maka suara akar umbi juga hendaklah didengar. Muka yang dikenali oleh pucuk pimpinan tak sama dengan muka yang dikenali oleh pengundi. Mana-mana calon yang telah jelas ditolak dalam pilihanraya dahulu, janganlah diberi peluang lagi. Kemukakan muka baru.

Selain itu, mana-mana kerusi majoriti Melayu yang mana dahulunya dikatakan kalau siapapun bertanding dengan memakai baju BN pasti akan menang, janganlah digadaikan kepada kaum lain. Ini tentunya akan mengurangkan undi. Orang Melayu sekarang ramai telah sedar akan kekurangan suara mereka samada dalam Parlimen atau DUN, maka sebab itulah sekiranya mana-mana kawasan yang memungkinkan BN dapat menambah suara Melayu, JANGAN SEKALI DIGADAI ATAU DIPINJAMKAN.

Begitu juga harap calon nanti bukannya calon yang hanya nampak muka pada waktu-waktu rasmi atau siang hari sahaja kerana tinggal di luar kawasan. Wakil rakyat hendaklah sentiasa bersama rakyat. Jangan sampai rakyat hanya tahu Pusat Khidmat Wakil Rakyat sahaja tetapi mana rumah YB mereka, mereka pun tak tahu. Sekarang inipun ramai wakil rakyat yang macam ayam hutan, siang nampak mengais-ngais di kebun kita tetapi malam tak tahu di mana sarang tempat tidurnya. 

Rakyat akan sokong BN kalau calonnya betul. Apa yang penting ialah jentera BN sendiri sudah boleh mula menyekolahkan para pemimpin parti yang mempunyai jawatan di Bahagian, bahawa jawatan dalam parti tidak mewakili kehendak majoriti pengundi. Ini penting, kerana mereka-mereka inilah yang nanti akan berlumba-lumba mintak dicalonkan. 

GAMIS PULAK MOHON AUKU DIMANSUH

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), menyambut baik tindakan kerajaan memansuhkan ISA. Dalam masa yang sama, GAMIS pula mintak kerajaan mansuhkan juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang menurut mereka menghalang kebebasan mahasiswa dan ahli akademik bersuara secara bebas.
Mungkin agaknya para mahasiswa ni dah rasa cukup dewasa dan minta diberikan ruang yang lebih luas lagi untuk aktif dalam arus politik perdana. Kalau AUKU ni dimansuhkan, agaknya nanti ada mahasiswa yang tak perlu menamatkan pengajian kerana kebijaksanaan mereka berpolitik nanti boleh dipergunakan oleh mana-mana parti dan muda-muda lagi dah boleh bertanding jadi wakil rakyat.

Para profesor yang gila bercakap dan publisiti pun selepas ni mulalah sibuk. Tentu mereka-mereka inilah yang akan menjadi Penasihat Umum. Habis terbengkalai kuliah!!!

Jurucakap GAMIS berkata, "pengumuman kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut". Ungkapan ini sahaja sudah cukup menunjukkan GAMIS belum matang lagi.

ISA dimansuhkan bukan kerana berlaku kezaliman. ISA dimansuhkan kerana sudah tidak relevan lagi. Yang ditahan di bawah ISA bukan mangsa. Mereka yang ditahan adalah orang yang menjadikan diri mereka sendiri mangsa kerana mencabar undang-undang. Sepatutnya GAMIS meneliti berapa ramai tahanan ISA yang menjadi lebih baik dari segi perlakuan, bauk dari segi tindakannya dan  baik dari segi statusnya selepas ditahan ISA. 

Isu AUKU ni, tak tahu pulak samada ianya benar-benar suara dari mahasiswa ataupun dari para-para profesor di belakang mereka. Ini kerana aku tengok kebanyakan bebudak yang masa masuk U, lambang parti politikpun ramai yang tak tahu.

MANSUH ISA DAPAT LIPUTAN DUNIA

Tindakan DS Najib memansuhkan ISA dan beberapa akta yang dikatakan 'draconian' telah mendapat liputan yang meluas dari seluruh dunia. Melihatkan begitu cepat ianya dilaporkan, nyatalah bahawa Malaysia memanglah terkenal seantero dunia. Siapa pulak nak claim credit mempopularkan Malaysia ni?
BBC

SINGAPORE

HONG KONG

UNITED KINGDOM

UNITED STATES

AUSTRALIA

THAILAND

CHINA

Friday, September 16, 2011

1 RAKYAT MALAYSIA TERBUNUH, RAMAI LAGI CEDERA


Seorang rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera apabila 3 letupan bom kereta dan satu letupan bom motorsikal berlaku di wilayah Narathiwat, Thailand.

Serangan dilaporkan bermula jam 6.40 petang tadi dan dilaporkan sekurang-kurangnya 2 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera.

Berita selanjutnya sila klik SINI

MADE IN CHINA -KECIL

Barang kat bawah tu yang made in China depa kata kecik. Tak sesuai untuk orang Afrika. Siap bawak pegi mahkamah lagi dan mereka menang. Mahkamah telah menghalang kerajaan South Africa dari membeli sejumlah 11 juta kondom buatan China.

Jangan-jangan semua yang dari China tu kecik tak, tu yang Nuar suka kat China Doll tu.
JOHANNESBURG (AFP) - A South African court has blocked the government from buying 11 million Chinese condoms, saying they are too small, a newspaper reported on Friday.

The finance ministry had awarded a contract to a firm called Siqamba Medical, which planned to buy the Phoenurse condoms from China, the Beeld newspaper said.

A rival firm, Sekunjalo Investments Corporation, turned to the High Court in Pretoria after losing the bid, arguing that their condoms were 20 per cent larger than the Chinese ones.

Judge Sulet Potterill blocked the deal with Siqamba, ruling that the condoms were too small, made from the wrong material, and were not approved by the World Health Organisation, the paper said.

Original story: HERE

PANAS!!! SIAPA UNTUNG ISA DIMANSUHKAN?

Pagi ni sempat juga aku ucapkan tahniah kepada rakan yang mulanya sokong BN, tetapi sekarang dah jadi penyokong kuat pembangkang kerana kononnya gerakan dan tekanan kumpulan mereka berjaya menghapuskan ISA. Rupanya aku silap, dia marah aku balik. Aku tanya balik, kenapa ko tak suka sedangkan para pemimpin pembangkang semuanya tersenyum bangga.
Katanya pemansuhan ISA tu sebenarnya bukan kemenangan kepada pembangkang ianya adalah kemenangan kepada puak-puak BN juga. Pemansuhan undang-undang tu tak memberi apa-apa makna dalam usaha BN nak tarik pengundi. Ikan tetap mahal, ayam tetap mahal, harga barang tetap naik. Jadi buat apa jadi bodoh nak seronok? Undang-undang tu kalau terpakaipun hanya kepada sebilangan kecil warganegara politikus bermasalah.

Menurutnya lagi, BN dah tak nampak jalan bagaimana lagi nak umpan pengundi. Jadi mereka hapuskan ISA tu untuk persediaan mereka jadi pembangkang selepas PRU 13. Itulah tiada sebab kita pembangkang patut gembira, katanya lagi. Bila semua akta-akta tu dah tak ada, senang le BN bila jadi pembangkang. Boleh cakap apa sahaja. Utusan tak le kena batalkan lesen. Orang politik tak kena tangkap.

Nanti bila Pakatan menang lepas PRU13 nak memerintahpun susah, pasal asyik nak layan karenah BN. Nak tangkap tak boleh, nak tutup Utusan tak boleh, semua tak boleh. Nanti masa habis layan pembangkang aje. Pulak dah.......rupanya penyokong pembangkang ada yang dah yakin dapat jadi kerajaan selepas PRU13, tetapi mereka nak pulak ISA, mereka nak akta mesin cetak dan mereka juga nak akta darurat!!! Nak balas dendam kot???

Huhuhu.....apa komen kengkawan? Aku terdiam!

SATU AYAT DS NAJIB PALING AKU MINAT

Antara ayat yang agak terkesan dalam perutusan khas Hari Malaysia oleh DS Najib ialah "Kerajaan insaf realiti negara sudah berubah".
Aku tak mau le bercerita fasal mansuh dan bubar. Apa yang paling penting ialah kerajaan BN dah insaf! Agaknya bila lagi PAS, DAP dan PKR nak insaf dan mengakui kesilapan serta membuat pembaharuan. Yang aku harap-harap sangat insaf dan buat pembaharuan ialah PAS. Sekurang-kurangnya untuk kebaikan orang Melayu dan Islam.

Nasib baik apa yang bubar dan mansuh tu tadi PAS tak claim kredit. Ini semua adalah kemenangan rakyat, kata Salahuddin Ayob. Itu cakap hari ini, nanti kat ceramah dok jaja itu semua usaha PAS. Mungkin nanti rakan HHalem boleh mengulas isu ini kerana beliau cukup handal dan teliti mengulas.

Thursday, September 15, 2011

KASIHNYA IBU

Kesian tengok sekor anak anjing laut ni. Ia dilahirkan sebagai Albino dengan mempunyai bulu berwarna coklat dan mata biru terang. Ini menjadikannya berlainan dengan anjing laut yang lainnya.
Jurufoto Anatoly Strakhov yang mengambil gambar anak anjing laut Albino ini di Tyuleny Island, Russia telah memerhatikan bahawa kesemua kawanan anjing laut lain telah meminggirkan anak anjing laut Albino ini kerana kelainannya kecuali ibunya yang datang membawakan makanan. Begitulah kasihnya ibu, walaupun hanya ibu binatang, tetap sayang dengan anaknya yang tersisih kerana kelainan rupa.
Yang di kiri ialah Albino dan yang kanan adalah yang normal.

MAT SABU AKAN KE FELDA TENANG, JOHOR

Pas akan melancarkan kempen Tuntutan Mansuhkan Hutang Peneroka Felda pada 7 Oktober ini. Menurut Pengerusi ANAK, Mat Sabu yang akan melancarkan kempen tersebut. Mat Sabu pilih Tenang, teringat saat manis kot masa berkempen untuk Cikgu Mala. Cikgu Mala tunggu tak nanti?

Tapi rasanya Mat Sabu takkan tenang setibanya di Tenang nanti. Tenang cuma bersebelahan sahaja dengan Bukit Kepong dan tak kan anak cucu orang kampong Bukit Kepong yang tersiksa masa komunis mengganas dahulu nak tengok aje Mat Sabu datang. Setahu aku anak cucu mereka semuanya berdarah panas macam atok-atok mereka juga dulu, semua berani mati demi perjuangan, demi bangsa dan demi agama.

Yang Si Mazlan ni tak habis-habis dengan buruk Felda. Aku tak tahulah kali ni samada Pengurus Felda Tenang juga nak biarkan aje benda ni berlaku kat Felda dia. Macam mana hutang peneroka nak habis, habis hutang pembangunan, pinjam pulak buat rumah, besarkan rumah. Bukan Felda paksa pinjam, Felda cuma bagi kemudahan untuk kesenangan peneroka.

Kos tanam semula tu adalah sebagai tabungan. Itu semua untuk kesenangan peneroka. Pokok yang ada tu bukan boleh keluarkan hasil sampai anak cucu. Sampai masa nak kena tebang, nak kena tanam semula. Tabungan tu le yang digunakan. Kalau tak da tabungan tu yang diselenggara oleh Felda, ramai peneroka tak mampu nak tanam semula. Mana nak upah tebang, mana nak beli anak sawit, mana duit untuk sara hidup sebelum keluar hasil, mana duit nak beli baja untuk pokok. Cuba le cakap tu pakai akal!!!

Aku yakin kalau Felda tak buat tabungan tu, Along bermaharajalela di kawasan Felda. Silap-silap banyak dah tanah yang nama orang lain, hasil Along ambik.

Apa-apapun, wahai anak cucu pahlawan Bukit Kepong, jangan lupa tunggu Mat Sabu di Tenang. Jangan Mat Sabu ingat Tenang tu setenang namanya!!!

SIAPA NAK KELIHATAN 10 TAHUN LEBIH MUDA

Oleh kerana terlalu ingin untuk kelihatan 10 tahun lebih muda, seorang lelaki di Hongho, China telah terpaksa dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Untuk kelihatan muda, lelaki tersebut yang berusia 56 tahun, telah mengambil rawatan kecantikan dengan mandi bersama dengan belut-belut kecil yang dikatakan akan memakan sel-sel mati kulit.

Malang bagi lelaki tersebut apabila seekor dari belut-belut tersebut telah menyelinap masuk lubang kemaluannya dan terus memasuki pundi kencing. Kah...kah...kah, agaknya lubang kencing dia dah beso. 

Rasanya bagi Nuar dan Mat Sabu mandi dengan belut-belut nipun bagus agaknya.
A MAN who tried out a beauty fad for bathing with live eels was left in agony — when one slipped up his willy.

Vain Zhang Nan, 56, had been told that taking a dip with the tiny fish would make him look ten years younger because they nibbled off layers of dead skin.
But one of the elvers squirmed up his manhood and swam right into his bladder.
Zhang was rushed to hospital where he underwent a three-hour operation to remove the eel — by which time it was dead — in the city of Honghu, China.
Zhang said: "I climbed in the bath and could feel the eels nibbling my body.
"Then I felt a severe pain and realised a small eel had gone into the end of my penis.
"I tried to hold it and take it out, but the eel was too slippery to be held and it disappeared."
Medics said slime on the elver's body — which was measured as half an inch by six inches — had "worked as a lubricant".
Doctor Jin Wang said: "The diameter of the urethra in a man's genitals is just a little narrower, but because eel are quite slippery, its body worked as a lubricant and so it got in smoothly."
The eel treatment is a similar concept to the fish pedicures that are popular at London spas.

PERKASA AKAN LANYAK MAT SABU

Tok Him Perkasa dah naik angin. Tok Him bengang dengan sikap Putrajaya yang hingga ke hari ini tidak mengambil tindakan ke atas Mat Sabu walaupun telah didesak oleh banyak pihak. Kata Tok Him, "kalau saya Menteri Dalam Negeri, dah habis Mat Sabu.....".
Saya warning sama Mat Sabu.......
Tok Him kata, Mat Sabu mesti dihalang. Kalau Mat Sabu bertanding pada PRU13 ni, Tok Him akan bawak turun ahli PERKASA beramai-ramai berkempen untuk menentang Mat Sabu. Tok Him kata orang Melayu perlu menolak pemimpin yang menjual maruah bangsa sendiri.

Pasal meminda sejarah tu, Tok Him kata kalau yang meminda tu orang PAS, tiada apa yang diherankan. Ini kerana bab pinda meminda ni memang kerja suku sakat PAS. Amanat, fatwa, laporan perubatan, semuanya dia orang pinda.

Padan muka Mat Sabu....kalau nak bertanding pada PRU13, kena la congak dulu, boleh ke tagak dengan kempen-kempen anti Mat Sabu yang akan di bawak oleh PERKASA nanti?

Nak baca lebih panjang lagi kemarahan Tok Him, klik SINI

KING SIZE COKLAT

Berapa besar anda pernah melihat coklat bar. Gambar di bawah merupakan coklat bar yang terbesar dan terberat pernah dihasilkan. Coklat ini seberat 5530 kg berukuran 21 kaki panjang, 4 kali lebar dan ketinggiannya 3 kaki.

Coklat tersebut dihasilkan oleh syarikat World's Finest Chocolate di Chicago, Amerika dan disahkan sebagai coklat terbesar oleh Guiness World Records.

Coklat tersebut akan berkunjung ke sekolah-sekolah di AS dalam usaha mendidik murid-murid tentang penjagaan makanan.


Wednesday, September 14, 2011

DS NAJIB BUAT PENGUMUMAN PENTING ESOK

Bernama Online melaporkan bahawa DS Najib akan membuat pengumuman penting pada malam esok secara langsung melalui TV 1, 2 dan mungkin juga lain-lain saluran TV swasta.
Menurut DS Rais Yatim, pengumuman tersebut akan berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri dihadapan 800 penonton terdiri dari menteri-menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli komponen BN dan NGO.

DS Rais memberikan gambaran bahawa terdapat beberapa perubahan besar. Suspen juga. Jangan lupa duduk depan TV jam 8.45 malam esok. Mungkinkah ada rombakan kabinet? 

PAS HILANG ARAH

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub marah betul bila Tun M mintak DS Najib lewatkan pilihanraya. Marahnya hingga bertanya apakah status dan hak Tun M untuk menasihatkan DS Najib.
Itu Tun M siapa?.....
Aku kata PAS hilang arah ialah PAS sebenarnya sekarang dah tak sabar lagi nak berentap dalam pilihanraya. Lebih-lebih lagi dalam suasana yang mana banyak media mengatakan sokongan terhadap DS Najib sedang menurun. Kalau boleh mereka mahukan pilihanraya diadakan secepat mungkin sebelum sokongan yang kononnya menurun terhadap BN kembali pulih.

Dalam masa yang sama mereka juga terpaksa menerima hakikat, bahawa sebelum ini pihak mereka juga yang meminta agar DS Najib tidak memanggil pilihanraya sebelum jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk untuk memperbaiki sistem pilihanraya selesai menjalankan kerja-kerja mereka.

PAS kini bingung, kalau pilihanraya diadakan cepat, mereka nampak ada kelebihan pada pihak mereka, tapi sebelum ini mereka tolak pilihanraya awal kerana mahukan JK Parlimen selesai kerja dulu. Bila ada ura-ura DS Najib nak panggil pilihanraya awal, mereka semua dah tersenyum. Mereka terlupa permintaan mereka dahulu. Mereka buat-buat lupa tentang JK Parlimen. Bila Tun M nasihatkan DS Najib supaya lambatkan pilhanraya, maka melentinglah mereka. 

Lagi lambat lagi banyaklah pulak kerja dan ceramah yang kena mereka buat. Dalam masa yang sama pulak, akan bertambah banyak lah pulak kebajikan yang BN buat. Itu yang mereka marah sangat tu.

MAT SABU NAK SAMAN TS MUHYIDDIN SEBAB DUIT

Hari ini Mat Sabu failkan saman terhadap Utusan dan Ketua Pengarangnya. Mula-mula aku ingat Mat Sabu ni memang ikhlas saman sebab nak bersihkan nama dia, nak buktikan bahawa dia tidak bersalah. Rupanya tidak. Memang sah Mat Sabu ni mata duitan. Apa taknya, MInsider melaporkan bahawa Mat Sabu akan turut menyaman TS Muhyiddin dan TS Musa Hasan. 
Abang kayo lepas ni Mah ooiii.......
Dalam hal saman terhadap TS Muhyiddin ni, MInsider melaporkan Mat Sabu berkata, "Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tak mengapa". Belum apa-apa lagi Mat Sabu dah menghitung kekayaan TS Muhyiddin. Berapa banyak agaknya yang akan berpindah ke akaun Mat Sabu?

Dalam banyak-banyak saman pemimpin PAS, belum pernah aku dengar mereka tak tuntut juta-juta. Semuanya nak kaya instant. Walhal kalau betul nak perbaiki reputasi, boleh saja saman di mahkamah dan mohon mahkamah memerintahkan, jika benar orang yang merosakkan reputasi dan maruah mereka itu dihukum agar memohon maaf secara terbuka dan menanggung segala kos perbicaraan. Tak payah sebut juta-juta.

Nak kata rosak reputasi rasanya tak juga, makin popular adalah. Malah undangan berceramah semakin berlipat kali ganda. Sama-sama kita renungkan, apakah nawaitu sebenar mereka....

BAKO....BAKO....

Gambar-gambar di bawah bukanlah satu pesta barbeque sempena Aidilfitri, tetapi ianya satu tindakan melupus tenggiling yang dirampas oleh kastam Indonesia dari sebuah lapangan terbang di sana.

Tenggiling yang dirampas itu seberat 763 kg dan telahpun disisik. Tenggiling-tenggiling tersebut diletakkan di dalam kotak yang dilabel sebagai ikan segar untuk dihantar ke Singapork. Bagaimanapun dipercayai tenggiling tersebut adalah untuk pasaran negara China dan Vietnam.

Tenggiling merupakan haiwan liar terancam yang dilindungi diseluruh dunia. Bukan sahaja daging malah sisiknya juga mendapat permintaan yang tinggi dan berharga mahal.


BERITA BAIK UNTUK PROFESIONAL MALAYSIA

DS Najib mengakui bahawa golongan profesional kita dibayar gaji yang lebih rendah berbanding dengan rakan mereka di negara lain. DS Najib berkata demikian pada persidangan Global Forbes ke 11 di Kuala Lumpur. 

Dengan perakuan tersebut, mungkinkah selepas ini ada berita baik untuk golongan profesional di Malaysia?

Tuesday, September 13, 2011

DS NAJIB KENA LEBIHKAN MELAYU

Aku sangat bersetuju dengan kenyataan Tun M bahawa salah tafsiran mengenai konsep 1 Malaysia menyebabkan lebih banyak berlakunya perpecahan kaum di Malaysia ini.
Bagaimana tak salah tafsir, masih ramai lagi orang Malaysia yang tak fasih bahasa Malaysia. Maka bila tak faham bahasa, tentunya masing-masing membuat tafsiran dan pemahaman masing-masing. Bila sebut bangsa Malaysia, semua orang bukan Melayu berebut-rebut bersetuju nak jadi bangsa Malaysia, tapi bila nak tutup sekolah jenis kebangsaan, mereka tak nak pulak mengaku bangsa Malaysia.

Bila dari kecil lagi dah diasingkan, maka sampai ke tua akan terasing. Ini bukan kehendak kerajaan. Ini kehendak orang-orang yang cuma hendak dikenali sebagai bangsa Malaysia.

Bagi orang Melayu pula, 1 Malaysia bukan bermakna semua benda mesti dikongsi. Serupa macam duduk dalam satu rumah, bukan semua benda boleh dikongsi. Kalau setakat selipar, baju, pinggan mangkuk, sepit kuku tu mungkin boleh dikongsi tapi takkan sampai seluar dalam dan berus gigi juga hendak dikongsi?

Yang dikatakan serumah tu ialah sama-sama berkongsi kebersihan, sama-sama jaga penggunaan utiliti, sama-sama jaga hubungan baik dengan jiran dan paling penting sama-sama jaga mulut. Jangan harap orang Melayu aje yang nak mengalah.

Matlamat dan hala tuju 1 Malaysia yang diilhamkan oleh DS Najib tu baik, tapi ianya tak jelas kepada rakyat. Bagaimana nak jelas, perkara begini sepatutnya dijelaskan oleh para pemimpin kaum, tetapi mereka juga macam guru silat dulu-dulu, belajar 10 langkah, tapi sampai ke anak buah cuma 7 langkah sahaja demi menjaga kedudukan dan kepentingan sendiri.

Apapun jua keadaannya, dari situasi sekarang nampaknya DS Najib kena mula melebihkan segala-galanya untuk orang Melayu. Orang Cina dan India tak  mungkin membantu dalam usaha mengekalkan kekuasaan politik Melayu kecuali apa yang diinginkan hanyalah mereka perlu lebih segalanya dari bangsa Melayu dan peribumi.

Insyaallah, sekiranya segala-galanya lebih, dan segala-galanya menguntungkan Melayu, mana-mana yang menyokong PAS, PKR, DAP dan yang atas pagar akan kembali menyokong UMNO dan BN. Hanya apabila UMNO kuat dan menerajui BN dengan kekuatan, barulah Melayu akan dihormati dan komponen BN yang lain akan mendapat sokongan. Apabila politik Melayu kukuh dan kuat, bangsa lain samada mereka suka atau terpaksa bermuka-muka, mereka akan menyokong kita kerana mereka amat takut dipinggirkan dan terpinggir.

KEMBAR SIAM PALING PANJANG USIA

Sepasang kembar siam yang mana para doktor pernah meramalkan bahawa usia mereka tidak akan menjejaki 30 tahun, akan menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke 50 pada hari Ahad ini.

George dan Lori Schappell dilahirkan bercantum dibahagian kepala bagaimanapun mampu menjalani kehidupan sebagaimana manusia normal lainnya. Malahan Lori mengakui bahawa dia telah kehilangan daranya ketika berusia 23 tahun kepada teman lelakinya yang kedua!!!
Baca berita dan gambar selanjutnya di SINI



KUOTA HAJI DITAMBAH

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan kuota tambahan sebanyak 2,000 lagi jemaah Haji bagi tahun ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jemaah Haji Malaysia pada tahun ini ialah seramai 28,000.
Menurut Menteri Di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kuota itu diluluskan berdasarkan bahawa penduduk Malaysia kini telahpun berjumlah 28 juta orang.

Sementara itu Tabung Haji kini giat dengan persiapan untuk menguruskan musim Haji tahun ini termasuk menyediakan seramai 800 orang petugas yang akan membantu jemaah di Malaysia dan juga di Arab Saudi.

PAS MEMANG BUTA HATI, BODOH DAN BAHLOL

Apabila PAS mempertikaikan kerjasama yang dijalin oleh kerajaan dengan kerajaan komunis China, jelas menampakkan PAS adalah sebuah parti yang dianggotai oleh mereka-mereka yang buta hati dan gagal untuk melihat ke hadapan.
Bakal-bakal tidak berkibar lagi.......
Dalam memuaskan hati mereka, PAS gagal membezakan pendirian kerajaan dan majoriti rakyat antara hubungan komunis dalam negara dan hubungan dengan negara komunis. Dalam perhubungan antarabangsa, antara negara yang paling bimbang sekali berlakunya hubungan rapat dan akrab negara lain dengan negara China ialah Amerika. Ini kerana ianya akan menjejaskan jumlah dagangan Amerika dan Amerika akan sedaya upaya untuk menggagalkan hubungan tersebut. Apakah PAS kini agen Amerika di Malaysia?

Sebagaimana yang kita ketahui, China bakal menjadi satu kuasa ekonomi terkuat dunia dan selaku pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh, merebut segala peluang yang ada diperingkat awal adalah jauh lebih baik dari mengemis apabila peluang yang ada cuma tinggal sisa. Dalam soal dagangan dan ekonomi yang mana pulangannya akan memakmurkan rakyat negara ini, bukan soal ideologi yang memainkan peranan, tetapi nilai yang diterima. Untuk beberapa puluh tahun akan datang, negara China adalah negara yang kos efektif untuk dagangan dan akan menguntungkan kita.

Sebagaimana yang dilapor oleh Mysinchew.com pada hari ini, bukan setakat menguasai ekonomi dunia malah matawang Yuan akan mengambil alih Dollar sebagai matawang dagangan dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. (rujuk SINI

Oleh itu, janganlah demi politik, segala usaha-usaha baik dan positif kerajaan juga hendak dinafikan. Selaku negara demokrasi, rakyat masih memerlukan pembangkang sebagai suara pengimbang dalam kerajaan melaksanakan dasar-dasarnya tetapi janganlah sampai rakyat bosan mempunyai pembangkang yang bodoh, tolol dan bahlol!!!

HARI KEMERDEKAAN ATAU HARI KEBANGSAAN

Asalnya Mat Sabu mengiktiraf penyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan, kini berlarutan pulak ke isu samada Malaysia pernah dijajah atau tidak. Sampai bila agaknya pembangkang dan kerajaan nak menamatkan perang psiko gila ni, akupun tak tahu. Akhirnya, rakyat juga yang akan terbeban dengan bermacam masalah.
Itulah ruginya kalau mendapat pembangkang yang tak bertanggungjawab dan mempunyai kerajaan yang tak berani bertindak. Dalam sibuk-sibuk kerajaan dan pembangkang saling jawab menjawab, pihak Telco cuba menangguk mengambil kesempatan mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna. Nasib baiklah, buat sementara waktu dapat ditangguhkan. 

Perkara ini sekiranya kerajaan dan pembangkang boleh bersama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah rakyat, ianya bukan setakat ditangguhkan, malah tentu dapat di batalkan terus kerana sememangnya selama ini cukai tersebut telah diserap oleh pihak Telco dan mereka masih mendapat keuntungan yang tinggi.

Sepatutnya pihak kerajaan tidak perlu melayan semua isu remeh dan bodoh oleh pembangkang ini. Namun kita lihat para pemimpin kerajaan juga nampaknya semacam cuba untuk tumpang mengambil populariti dari isu-isu bodoh ini.

Isu kemerdekaan tak perlu ditimbulkan lagi. Apa yang jelas dah 54 tahun kita menyambutnya dan seingat aku selama itu jugalah kita semua masih tidak jelas kerana terkadang kita kata kita sambut hari kemerdekaan dan terkadang kita sambut hari kebangsaan. Maka sekiranya kita terus dengan usaha untuk mencari mana yang betul dan mana yang salah tentang perkara-perkara yang lalu, tentunya kita akan terus ketinggalan kerana banyak masa yang perlu digunakan untuk membangunkan negara hanya digunakan untuk berpolitik.

Seperkata yang sangat jelas bagi aku ialah rakyat Malaysia sekarang ini sememangnya merdeka dan bebas dalam menentukan hala cara hidup mereka selama mana mereka tertakluk kepada undang-undang. Mereka bebas membuat keputusan tanpa perlu menunggu arahan atau kelulusan dari sesiapa.

Cuma yang tak menghargai kemerdekaan hanyalah para pemimpin PAS yang selama ini telah merdeka, telah meletakkan diri dan parti mereka dijajah oleh DAP dan kini yang jelas tidak bebas dalam membuat keputusan ialah PAS. Maka PAS perlulah hentikan isu kemerdekaan dan kepada para pemimpin PAS sekarang ini, jadilah pejuang kemerdekaan untuk parti PAS dari dijajah oleh parti lain.

SANTAI PAGI

Nampaknya terlalu mudah nak kumpul dan diamkan lembu-lembu di padang ragut ni. Hanya dengan muzik sahaja, diam dan terpaku si lembu-lembu tu mendengarnya. 

Agaknya kalau nak kumpul dan diamkan orang-orang PAS ni boleh tak pakai muzik? Pasal selama ni orang PAS senang nak dikumpulkan dengan ceramah, tapi masa ceramah mereka tak duduk diam, masih ada yang berjalan-jalan kutip derma!!! 

Monday, September 12, 2011

GUAN ENG TAK MENGAKU KETURUNAN CINA

Lim Guan Eng hari ini mula memperkenalkan borang rasmi kerajaan yang tidak perlu mengisi keturunan seseorang. Menurut Guan Eng ia adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
You boleh kasi hantam saya punya muka woo....
Borang Anak Emas Pulau Pinang yang digunakan untuk menuntut bayaran RM100 sempena kelahiran baru bayi dari ibu atau bapa yang menjadi pengundi di Pulau Pinang. Sekali imbas nampak macam Guan Eng nak terapkan konsep satu kaum iaitu kaum Malaysian. Tetapi kalau dibelek betul betul, sesuai dengan nama borang tersebut, ini macam nak ambik balik konsep negara komunis  yang menjadikan semua bayi baru lahir anak kerajaan.  Ini adalah langkah awal dalam menafikan hak ibubapa terhadap anak-anak sebagaimana yang dibuat oleh komunis. Nanti bila dah cukup kuat, mereka akan tuntut bahawa Anak Emas itu adalah Anak Kerajaan. Ibu bapa akan mempunyai had yang terbatas terhadap anak-anak mereka. Maka sebelum anak-anak tersebut bebas menyatakan pendirian sendiri sebelum umur mereka 21 tahun, kerajaan yang akan menentukan nasib mereka. Anak Melayu, anak Cina, anak India dan anak sesiapa sahaja tidak akan tahu asal usul mereka. 

Ini adalah cara halus DAP untuk menghilangkan identiti bangsa, suatu hal yang telah berjaya dilakukan oleh rakan mereka PAP di Singapork bilamana pakaian yang dianggap pakaian kebangsaan yang dipakai oleh ratu cantiknya terus dipersoalkan.

Tak tahulah berapa ramai Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa yang sanggup membuang keturunan demi RM100.00

HANYA 9 MINIT

Pakar-pakar psikologi dalam kajian mereka mengatakan ia hanya memerlukan 9 minit sahaja. Maka berhati-hatilah. Dengan menonton kartun Spongebob selama 9 minit, anak anda akan menjadi lembam. Bagaimanapun kartun Spongeboblah yang paling anak-anak suka.

Berbeza pula dengan ceramah PAS, hanya 9 minit mendengar ceramah PAS anda akan merasakan diri anda menjadi kartun. Lebih-lebih lagi bila anda diceramahkan berkaitan dengan BERSIH dan warna kuning....anda akan terasa diri anda seperti Spongebob. ELAKKAN DARI MENDENGAR CERAMAH PAS!!!
SPONGEBOB SquarePants can turn kids into dunces, say researchers.

Just nine minutes of watching the cartoon was found to impair the ability of four-year-olds to learn.
Their behaviour was also worse compared to children the same age who spent the time watching a gentler and more realistic programme — or simply reading. The findings yesterday sparked a warning from psychologists that the cartoon's young fans could find themselves out of their depth once they start school.
Professor Angeline Lillard, who led the research, said: "Parents should know that children who have just watched SpongeBob SquarePants, or shows like it, might become compromised in their ability to learn and behave with self-control."
Her study of TV's impact on the minds of American four-year-olds focused on their "executive function" — the ability to pay attention, solve problems and moderate behaviour.
It was found to be severely compromised after watching the wacky fast-paced undersea adventures of SpongeBob. Prof Lillard, of the University of Virginia, said: "A possibility is children identify with unfocused and frenetic characters — then adopt their characteristics."
She urged parents to bear this in mind when deciding which TV shows they let their kids watch. Prof Lillard said: "Executive function is extremely important to children's success in school and in everyday life.
"It's important to their psychological and physical wellbeing."


KUCING PAS

Kucing PAS? Oh bukan, memang kucing ni apabila diletakkan di bawah cahaya biru akan menjadikan warna kucing ini bertukar hijau. Tapi orang PAS tak mampu lagi nak tukar warna kucing jadi hijau kecuali kalau pakai cat. Orang PAS cuma boleh buat "alim-alim kucing". Kucing ini dibiakkan untuk ujikaji bagi virus HIV.

Alangkah bagusnya kalau kita boleh buat bila ada orang pakai baju BN, bila letak aje bawah cahaya biru, mana yang ada DNA Pas terus bertukar jadi hijau.....hahaha...
Tabbies had a gene from a fluorescent jellyfish inserted into their DNA — and have since given birth to luminous kittens.

When placed under blue light, their fur, claws and whiskers emit the eerie glow. US researchers used the glowing gene to track a protein found in macaque monkeys that stops them developing Aids. The protein was also inserted in the cats' DNA.
The cats became resistant to FIV, the feline version of the Aids virus HIV. Eric Poeschla — leading the New York study — said: "This can help cats and people."


PAKAIAN KEBANGSAAN SINGAPURA

Tentu ramai yang tidak pernah melihat apa yang dikatakan sebagai "pakaian kebangsaan" bagi Singapura. Pakaian ini mungkin kali pertama diperagakan oleh Miss Singapore Universe 2011, Valerie Lim semasa Miss Universe di Sao Paolo pada hari ini. Gambar ini diambil sebelum Miss Universe 2011 sebagai bahan promosi.
Apa pendapat kalian tentang pakaian kebangsaan Singapork ni?

LAUK UNTUK ESOK

Ni latest entri kat NST malam ni. Aku tak tau samada ada yang dah pernah makan benda ni ke tidak. Kalau tengok harganya yang mahal tu, tentu sedap agaknya.
YUMMY TREAT... A rare delicacy in Sabah, tumbakon can be consumed either raw, with lime and chilli, or cooked. They are also mixed in rice porridges. These chewy and savoury sea worms can be found on beaches where they have to be dug and pulled out by hand. They sell for between RM30 and RM50 per kg at the markets. — NST picture by Datu Ruslan Sulai

Sunday, September 11, 2011

PAS CAKAP LAIN, PKR DAN DAP CAKAP LAIN

Semalam, Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali memberi jaminan kepada ahli akar umbi PAS bahawa sekiranya Pakatan menang pilihanraya pada PRU13 ini, jawatan PM dan TPM akan diberikan kepada komuniti Islam iaitu Melayu Islam.
Rebut.....tengok siapa dapat!!!
Hari ini pulak PKR dan DAP berkata bahawa isu jawatan PM dan TPM masih belum dibincangkan. Mereka kata apa yang PAS cakap tu hanyalah pendirian syok sendiri PAS.

PKR pulak kata secara umumnya, Pakatan dah setuju jika memenangai PRU 13 ni, Nuar Ibrahim adalah PM dan itu adalah persetujuan tanpa melihat kepada parti mana yang lebih dalam menguasai kerusi Parlimen.

DAP pulak dalam nak ambil hati pengundi Melayu berkata mereka tak kisah siapapun jadi PM, malah tak salah jika PM dan TPM adalah dari kalangan Melayu Islam. Pinjam kata Aziz Bari, itu secara teknikalnya, tetapi hakikatnya kalau Pakatan menang, PM dan TPM Melayu tu mesti tiap-tiap hari lapor diri pada Kit Siang dan Karpal.

Walaupun PRU13 dah semakin hampir, nampaknya Pakatan masih lagi tak sehaluan. Betullah kata orang tua-tua dahulu, tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Gamaknya kalau mereka menang, maka berebutlah masing-masing nak jadi PM. Terbayangkah anda Nuar jadi PM dan Mat Sabu jadi TPM?

KENAPA MAT SABU HAPPY

Hehehe.......boleh raya sampai tahun depan........
Cuba ko orang tengok gambar di atas. Mat Sabu kelihatan happy aje walaupun akhir-akhir ini beliau teruk dibelasah oleh rakyat Malaysia kerana menyokong perjuangan komunis. Biasanya kalau orang yang teruk kena kutuk ni mukanya murung aje, tetapi berbeza dengan Mat Sabu.

Mat Sabu happy sebab Mat Sabu kena loteri. Loteri yang macam mana? Semua pemimpin PAS ni akan mencari satu isu yang membolehkan mendapat liputan yang luas. Bila liputannya luas dan hangat, maka akan banyaklah undangan ceramah untuk dipenuhi. Bila banyak ceramah, maka banyaklah masyuknya!!!

Itu sebab pemimpin PAS yang lain berlumba-lumba nak mengulas dan menyokong Mat Sabu, fasal nak tumpang tui Mat Sabu. Bila isu dah hangat, Mat Sabu sorang tak cukup nak cover ceramah di merata tempat, itu sebab ramai yang buat kenyataan untung-untung turut dijemput berceramah.

Kes Mat Indera dan komunis ni aje entah berapa banyak Mat Sabu masyuk hasil dari ceramah. Seronok juga sambil berceramah sambil tengok peti derma bergerak dari satu tangan ke satu tangan. Makin teruk di kutuk maka makin banyak ceramah yang terpaksa dipenuhi dan semakin sayang Normah pada Mat Sabu fasal tiap-tiap hari Mat Sabu bawak balik hasil mahsul yang diperolehi dari ceramah tadi.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAERAH KOTA TINGGI -TIADA BAYANG PAS

Pagi tadi aku ke Kota Tinggi untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat Daerah Kota Tinggi. Peserta yang berarak dari Arked MARA dan seterusnya berkumpul di Padang Dewan Jubli Intan Kota Tinggi.
Pada pengamatan aku, hampir 4000 orang menghadiri sambutan kali ini. Yang berarak sahaja jumlahnya seramai 1716 orang. Itu angka yang diumumkan oleh pengacara majlis. Kontijen perarakan terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, parti politik, NGO dan pelajar sekolah.

Menariknya yang aku nak ulas di sini ialah bukan kata nak hantar kontijen perbarisan, malah bendera dan lambang PAS, DAP dan PKR langsung tak nampak. Agaknya suku sakat dia orang ni memang tak ada semangat patriotik langsung. Terlalu sibuk nak berpolitik sampaikan satu acara yang begitu penting dalam kalender negara dilupakan begitu sahaja.  Peliknya, rumah terbuka DS Najib di Permatang Pauh, sibuk dia orang tabur bendera.





ARTIKEL HANGAT BULAN INI