TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, March 31, 2012

DIN PUDU SUGUL DAP MAHU JAWATAN MB JOHOR


Kesian kat Din Pudu. Muka nampak sedih malah bunyi cakapnya lagilah sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang terbuku.

Dalam Majlis Makan Malam dan Dialog Wartawan pemimpin PR semalam, Din berkata dia balik dan bertanding di Johor bukan berhasrat untuk mahu menjadi MB. Menurut Din, Johor ada Pesuruh Jaya PAS yang berkaliber iaitu Datuk Mahfodz Mohamed.

Cuma aku rasa, kalau setakat Mahfodz sahaja yang nak jadi MB Johor, mungkin nada Din Pudu agak lain sikit. Mungkin ada tekanan lain buat Din Pudu bila dia juga berkata, 
"Begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpinan bekas pemimpin MCA yang kini bersama PR iaitu Datuk Chua Jui Meng manakala DAP pula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau yang sudah menunjukkan kemampuan hebat sebagai ketua pembangkang negeri".

Apakah maknanya Jui Meng dan Cheng Hau juga mengidam untuk jadi MB Johor? Kata orang, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang? Patutlah, tempohari, Mazlan Aliman menggantung kain rentang "Menteri Besar DAP?" di Tenggara.



Nampak gayanya, puak PR juga dah semakin yakin memasang angan-angan untuk menjadi MB Johor. Maknanya kalau Pakatan menang di Johor, pasti akan bergolak juga isu siapa yang akan jadi MB. Kalau PAS, mestilah PAS yang pass pada mata DAP.

Keyakinan PR akhir-akhir ini semakin tinggi berikutan banyaknya rungutan rakyat Johor terhadap Ghani Othman. Banyak isu yang Ghani gagal jelaskan kepada rakyat, antaranya isu KFC, isu Dana Johor, isu Tebrau Teguh, isu perjawatan guru-guru agama, isu towkey Lim Kang Ho, malahan isu Batu Puteh dan beberapa isu lain telah mula meniti dibibir rakyat.

BN mungkin mampu mempertahankan Johor dari PR, tetapi kalau menang, biarlah menang bergaya. Untuk itu, Ghani Othman dan jenteranya perlu segera menjawab persoalan-persolan serta menyelesaikan apa juga yang tertangguh dengan kadar segera. Jika tidakpun, DS Najib perlu segera mengumumkan pengganti Ghani ataupun mengumumkan bahawa Ghani tidak lagi bertanding untuk PRU 13 nanti. Sekurang-kurangnya ini akan mampu melegakan kemarahan rakyat Johor.


PAS SOKONG TIANG MENARI

Pemuda PAS terkejut dan kesal dengan keputusan tiga wanita yang bersalah berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang hanya didenda RM25 sahaja. Ek eleh, apa yang nak diterkejutkan. Terok sangat ke depa menari tiang tu. 


Bab mahkamah menjatuhkan denda yang terlalu sedikit kerana menari dengan tiang panjang, bukan main lagi Pemuda PAS marah. Tapi yang peliknya, bab tiang pendek yang menari-nari, sampai ada video, Pemuda PAS bukan main sokong lagi.


Malah bukan sikit bab-bab yang melibatkan tiang pendek ni. Cerita tiang pendek menari-nari  di bilik 121 Hotel Perdana, tiang pendek menari-nari di Swiss Garden Hotel, tapi PAS nampaknya mendiamkan diri aje bila bab tiang pendek yang menari-nari.


200 SAHAJA YANG BANTAH PENYENARAIAN FGVH?

Berbulan-bulan Mazlan Aliman berkeliling Malaya, tinggalkan anak bini, mengutuk usaha kerajaan untuk menaikkan lagi taraf ekonomi warga Felda, menghalang penyenaraian FGVH, apakah cukup hanya setakat 200 orang sahaja yang menunjuk perasaan di depan pejabat Perdana Menteri?

Dengar kabarnya, mereka membawa 10,000 tandatangan warga Felda. Tak tahu le samada tandatangan orang hidup ke, atau tandatangan orang mati. Ini kerana sejak PAS dapat mengenal pasti pengundi hantu, tandatangan hantu pun ada juga. Si jangoat yang bukan warga Felda pun tumpang sekaki nak masuk frame.

Seronok sangat mereka mengekori Mazlan, sedangkan semalam, Mazlan buat program di hadapan rumahnya sendiri, hanya gambar di bawah ini sahaja yang berani Mazlan siarkan dalam laman FBnya.



Kenapa Mazlan tak siarkan gambar yang sebagaimana di bawah ini? Sedarlah wahai yang mengekori Mazlan, perjuangan Mazlan tak ke mana. Kerajaan setakat pandang aje silat Mazlan sekarang ini, bukan kata keluar buah pukul, bunga silat pun tak layak untuk layan si Mazlan ni. 


Yang bertepuk tangan selama ini dan menyokong Mazlan hanyalah puak-puak yang tak suka melihat orang Melayu dan warga Felda hidup senang. Itu sebablah, bila Mazlan cuba memporak perandakan keutuhan Melayu di Felda, Mazlan secara spontan menjadi mewah, mudah untuk bergerak. Fikir-fikirkanlah!

Sekiranya berjaya usaha Mazlan ini, pecah undi Melayu dan menang puak Pakatan serta membentuk kerajaan, tak mustahil akan berduyun si mata sepet menjadi peneroka tambahan di merata Felda di Malaysia ini. Maka ketika itu pasar-pasar di Felda terpaksa di sekat untuk mewujudkan satu ruang khas - pasar babi. Anda mahu, anda sokonglah Mazlan Aliman!


Friday, March 30, 2012

POK NIK CAKAP, SYURGA PAS MASIH KOSONG


Pok Nik kata, Pas akan tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya. Maknanya undi PAS dapat syurga.

Nampaknya besar juga syurga Pok Nik ni, masih tak penuh-penuh. Nak tau juga, kalau orang Hindu, orang Buddha dan orang Kristian yang undi PAS, Pok Nik janji syurga yang mana?

Senang betul pok Nik berjanji dengan benda yang tak nampak. Tak payah pakai modal, pakai air liur aje. Macam le dia ada pegang tiket untuk ke syurga tu. Atau tiket ke syurga PAS tu macam tiket funfare kot?

Kat atas tu, bidadara syurga PAS, ambo panggil Ladyboy
Betul ke tak betul syurga Pok Nik, tu lain cerita. Tapi bab menjanjikan sesuatu untuk dapat sesuatu, bukankah rasuah namanya? Pandai Pok Nik bagi rasuah. SPRM nak siasatpun pening kepala, sampai ke hujung dunia dicaripun, tak akan jumpa dengan syurga yang dirasuah oleh Pok Nik tu.

Tapi kalau kat Kelantan, memang ramai yang dah pergi ke syurga PAS di Golok dan Haadyai. Tak ke gitu???




MALAYONESIA?

Nama ‘Malayonesia’ mungkin dicadangkan untuk menggantikan istilah Nusantara sebagai nama rasmi bagi negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Felo Penyelidik Kanan, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Shaharir Mohamad Zain berkata demikian selepas membentangkan Siri Wacana Keterlestarian Ilmu yang bertajuk “Ilmu Malayonesia: Telah, Lani dan Kelak” yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pusat Dialog Peradaban UM.

Turut hadir adalah Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa (DBP), Nor Hashimah Ali dan Pengarah Pusat Dialog Peradaban UM, Profesor Madya Dr Raihanah Abdullah.

Dalam kertas kerja Dr Shaharir mengenai pembentangan itu, beliau menyatakan bahawa nama Nusantara masih hidup sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun katanya, nama itu tidak pernah dapat dijadikan sebagai nama rasmi wilayah atau bahasa yang menyatukan wilayah atau bahasa negara-negara bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di Asia Tenggara.


Bagaimanapun yang akan menjadi tandatanya nanti ialah apakah perkataan Malayonesia itu akan dapat diterima oleh Cinonesia dan Kalingosia?


Thursday, March 29, 2012

MAZLAN ALIMAN BERCAKAP DENGAN TIANG BENDERA


Ini adalah gambar di hadapan rumah Mazlan Aliman pada pukul 10.15 malam tadi. Mazlan Aliman buat ceramah dengan menampilkan Lef. Kol. (B) Nazari, Mazlan sendiri dan YB Ng Suee Lim. Ceramahnya berkisar kepada Menteri Besar DAP.


Ada orang ke tiada orang, melalak tetap melalak. Itu keseronokan mereka walaupun yang mendengar tu setakat tiang bendera Tadika PASTI dan tikar kosong. Nak kesian, dah tak terkesiankan lagi. Ketika DS Najib bersiap nak berkarnival dengan warga peneroka Felda dengan Karnival IKTIRAF di Kuala Lumpur, Mazlan Aliman yang kononnya gah, tidak di iktiraf di halaman rumahnya sendiri.


Kengkadang pelik juga aku, bagaimana orang luar boleh terpengaruh dengan Mazlan Aliman, sedangkan dipersekitaran kampungnya sendiri dia tidak mendapat sambutan? Walhal kalau dicampurkan penduduk Felda Bukit Ramun, Felda Bukit Besar, Felda Pasir Raja dan Felda Sungai Sayong, aku rasa hampir mencecah empat ribu orang dewasa, mungkin lebih.

Patutle esok Mazlan hanya berani bawak tandatangan aje untuk diajukan kepada PM. Mungkin kalau bawak orang, nak cari 100 pun susah apatah lagi 10,000. Silap-silap tandatangan tersebut pun bukannya genuine, upah orang tandatangan sampai satu orang tandatangan dua tiga ratus kali!


Apa-apa hal pun, jom kita tengok sekali lagi, punya ramai orang mendengar ceramah Mazlan.

SAH...JOHOR DI BAWAH GHANI OTHMAN TAK ADA DUIT


Kesian pulak aku membaca rintihan belia Johor ni. Nasib baik kerajaan negeri tak suruh mereka pinjam dengan tailong. Kalau beginilah layanan pentadbiran Ghani Othman kepada belia-belia negeri Johor, maka sahlah, Ghani memang dah tak berminat lagi nak jaga Johor. Mana tak belia Johor rasa kecewa dan malu. Program sambutan dah dicanang. Ghanipun khabarnya dah luluskan peruntukan pada awalnya tetapi mungkin sekadar janji air liur sahaja bila pegawai kewangan negeri memberitahu bahawa peruntukan yang dijanjikan itu tiada duitnya!

Itulah, lain kali jadi kalau jadi MB, lantiklah EXCO yang bukan setakat tukang angguk aje. Kalaulah belia pun Ghani dah tak boleh jaga, habis laaa! Belia Johor setakat buat program zapin aje, pakai baju dua tiga tahun lepas.

PAS PELECEH TS MUHYIDDIN


Dek kerana Pok Nik gunakan senapang, puak PAS bukan main bangga lagi. Agaknya mereka dah berasa terkehadapan sedikit dan moden kononnya dengan menggunakan senapang. Itu yang totok PAS peleceh TS Muhyiddin masih gunakan sumpitan.

Yang totok PAS tak perasan ialah, Pok Nik menembak pakai kain.


Kalau setakat menembak menggunakan senapang dan pakai kain, tak payah le totok PAS nak bandingkan Pok Nik dengan TS Muhyiddin. Sebabnya orang UMNO seperti TS Muhyiddin sebenarnya dah lama moden, cuma sesekali nak cuba yang antik.

Standard Pok Nik menembak pakai kain hanyalah setakat kaum ibu UMNO yang dahpun menggunakan senapang pada zaman gambar hitam putih lagi. Takat tu le aje standard Pok Nik....ha....ha....ha....!




NUAR MARAH MAT SABU



Orang lain semua berdiri tapi Mat Sabu tak mahu bangun. Nak jaga bunga malai, takut orang lain pakai. Nuar jerkah, Mat Sabu buat dek aje. Sampai meleleh air liur Nuar, terpaksa Nuar menyapu air liur depan khalayak, Mat Sabu tetap tak nak berdiri. Agak-agak korang, kenapa? ...kenapa Mat Sabu tak mahu berdiri?



ANGSA TAK SUKA PENGACAU

Angsapun pandai menjaga kawasan jajahannya. Dia tak terima pengacau masuk ke tempat yang telah dijajahnya. Maka, kalau masuk ke tempat dan kampung orang tu, tengok-tengok le sikit!





Wednesday, March 28, 2012

HOTTT....PAS AKAN BERSATU DENGAN UMNO


Apakah PAS akan bersatu dengan UMNO? Tertanya-tanya juga, sebab kalau melihat kepada tanda-tanda, ianya bukan setakat kerjasama lagi, tetapi bersatu. Tanda-tanda ini kalau Nuar Berahim perasan, kalau Kit Siang perasan, boleh jadi pitam dan silap-silap mati terperanjat memandangkan PRU dah semakin hampir.

Mungkin pembaca juga tertanya-tanya mengapa aku bertanya sebegitu rupa. Sebenarnya lencana FB Rasmi PAS Pusat yang membuatkan timbul seribu persoalan kepada aku. Bulan PAS dah bertukar menjadi hijau di atas bendera merah putih sebagaimana lambang UMNO. Oleh kerana ianya merupakan FB rasmi dan dipunyai oleh PAS Pusat pula, tentulah dalam membuat lencana tersebut pelbagai perkiraan telah diambil dan bukannya semberono. Pasti ada yang tersirat disebalik semua itu. 


Kalaulah benar dan menjadi kenyataan PAS bersatu ataupun bekerjasama dengan UMNO, aku sangat mengalu-alukan. Aku mengharapkan lambang tersebut merupakan satu petanda yang baik untuk semua umat Melayu dan Islam di Malaysia ini. Aku harap, kalaupun PAS menyedari bahawa pemilihan lambang tersebut merupakan satu kesilapan, diharapkan ianya diterima sebagai satu petunjuk untuk Islam dan Melayu agar bersatu dan bukannya menyalahkan UMNO dengan mengatakan UMNO yang bukak akaun FB tersebut. 

Eloklah tu, dah terlanjur berlambangkan yang hampir serupa, mengapa tidak sama-sama mencari jalan persefahaman untuk kebaikan Islam dan Melayu. Kalaulah terjadi PAS bersatu atau bekerjasama dengan UMNO, pasti DAP akan terjun ke laut dan Nuar Berahim akan lari ke Jurusalem.


SALAH MINTAK UPAH

TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’.

Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.

Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya.

Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut.

Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut. Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian.

Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.

Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam.

Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu.

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. -SINARHARIAN


VIDEO BAS SINGAPORE MELANGGAR ANGGOTA TRAFIK

Video menunjukkan bagaimana Allahyarham Koperal Ismayuddin Ismail dilanggar oleh sebuah bas yang dipandu dengan begitu laju sekali. Alfatihah untuk Allahyarham. 

Dengan kelajuan yang melampau dalam kesesakan bandaraya Johor Bahru, bukan sahaja bas tersebut melanggar anggota Polis yang sedang menjalankan tugas, malah sebuah lori kecil yang bergerak di hadapannya juga dilanggar. Diharapkan agar hukuman yang maksimum dikenakan terhadap pemandu bas ini.

Tuesday, March 27, 2012

NUAR BANGGA DENGAN KELAB BARU



Bangga sangat Nuar Berahim dengan kelab baru ni. Malah bukan sahaja Nuar sahaja yang bangga, anggota kelab ni pun tersangat bangga menganggotainya.

AIC. Tu nama kelab baru. Ada sapa-sapa nak join. Percuma, tiada yuran pendaftaran. ANAK IKAN CLUB, khusus untuk yang mengidam untuk bersama Nuar Berahim. Aawwww!!!

AHMAD SAID KECEWA

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah kononnya pendidikan Terengganu cemerlang disebabkan faktor soalan bocor diberikan kepada pelajar negeri ini. Menurut beliau, fitnah yang dilemparkan seolah-olah menafikan usaha keras kerajaan, guru-guru dan ibu bapa dalam meningkatkan hal berkaitan pelajaran di Terengganu.


Kekecewaan MB Terengganu ni aku jadikan posting pada hari ini ialah kerana beberapa hari yang lepas, aku juga ada membincangkan dengan beberapa rakan guru tentang pencapaian Terengganu ini.

Samada betul atau tidak jawapan yang diberikan oleh rakan guru ini, Wallahua'lam. Menurut mereka, Terengganu mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik disebabkan di Terengganu, sekolah-sekolahnya lebih menumpukan kepada pencapaian murid dalam akademik, dalam ertikata lain, kegiatan bukan akademik seperti kokurikulum dan sukan, penglibatan murid di Terengganu sangat berkurangan jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut rakan tersebut lagi, banyak masa yang terbazir untuk kokurikulum dan sukan di negeri lain sebaliknya dimanfaatkan oleh guru-guru dan murid di Terengganu untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka dalam akademik.

Selain itu juga, menurut rakan tersebut, guru-guru di Terengganu juga kurang dibebankan dengan pelbagai proses dokumentasi seperti mana guru-guru di negeri lain dan kelapangan tersebut dipergunakan oleh guru untuk membuat persediaan yang lebih baik untuk proses mengajar.

Samada benar atau tidak dakwaan tersebut, tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran mungkin boleh membuat satu kajian perbandingan antara negeri Terengganu dengan negeri-negeri lain.

PAKATAN DICABAR JADIKAN MANIFESTO PILIHANRAYA UNTUK TUTUP INDUSTRI YANG BERDAGANG DENGAN ISRAEL


Posting di atas di buat oleh Tarmizi Mohd Jam. Tarmizi ni kalau tak silap aku adalah editor Harakah. Cabaran bodoh oleh Tarmizi (patutpun berita Harakah, semuanya berita bodoh) terhadap YB-YB BN.

Aku tak minat nak ulas samada YB BN berani atau takut, tetapi aku nak tahu samada Tarmizi dan yang membawa usul ini nanti cerdik atau tidak? Apakah pembawa usul ini nanti memikirkan kepentingan umum atau setakat nak cari publisiti murahan?

Bab perdagangan dengan Israel ni, umum mengetahui bahawa kerajaan Malaysia memang tidak terlibat berdagang dengan Israel. Namun demikian, berapa banyak industri asing di bumi Malaysia ini yang negara mereka mempunyai perdagangannya dengan Israel? Berapa banyak kilang-kilang yang bergantung kepada barangan dan teknologi Yahudi? Berapa banyak ejen pemasaran kilang-kilang ini yang berada di luar Malaysia yang tiada sekatan untuk berdagang dengan Israel?

Tidak perlu pergi jauh, cukuplah dengan kita mempunyai orang tengah di Singapura sahaja. Apakah kita mampu menghalang orang tengah tersebut dari menjual barangan dan komoditi Malaysia ke Israel? Apakah kita mampu membatalkan transaksi pihak swasta yang melibatkan beberapa pihak, yang hanya apabila tiba baharulah diketahui bahawa pesanan yang asalnya dari sebuah negara lain tetapi rupanya tiba dari Israel?

Apakah pemahaman perdagangan puak Pakatan ini terlalu cetek? Beranikah puak Pakatan memasukkan dalam manifesto pilihanraya mereka, bahawa mereka akan menutup mana-mana perniagaan dan industri yang mempunyai hubungan dengan Israel, walaupun ianya dibuat melalui pihak lain melalui negara lain?


INI SEMUA UMNO BUSUK HATI


Bomoh-bomoh PAS marah betul dengan UMNO. Nampak macam harapan mereka untuk ke Putrajaya seperti gagal lagi kali ni. Dalam berseronok mereka berangan untuk ke Putrajaya, membelek-belek gambar Jabatan Perdana Menteri, bomoh PAS ingat nak hantar dulu jin mereka ke sana sebagai persiapan.

Malang sekali jin mereka balik semula kerana jin yang menggunakan khidmat Google Maps tak nampak Jabatan Perdana Menteri seperti yang digambarkan. Yang mereka nampak cuma asap putih aje. Kecoh ketua mereka kata, kemenyan UMNO lagi hebat dari kemenyan mereka. Asap kemenyan UMNO sampai bangunan JPM pun peralatan canggih Google tak boleh tembus. Itu yang punahsihat puak Pakatan kerap pergi Siam, nak cari bomoh yang lebih hebat lagi. 


Mudah-mudahan, pusat pentadbiran negara ini akan terus terpelihara dari jin dan syaitan yang menyerupai manusia yang wujud dalam Pakatan. Anda boleh cuba Google Maps dan JPM sememangnya diselubungi awan. Tunggu puak Pakatan nak kata, ini semua kerja busuk hati UMNO letak awan kat atas bangunan JPM. Kah...kah...kah.


Monday, March 26, 2012

PAS JOHOR DAH TAK SABAR


PAS Johor dah tak sabar-sabar nak berkempen untuk PRU 13. Kononnya nak menyambut kepulangan Din Pudu dan seterusnya menobatkannya sebagai MB Johor. 

Yakin bebeno mereka bahawa PRU 13 dah hampir. Korang tengok aje berapa banyak bendera yang telah siap ditempah. PAS sekarang nampaknya dah banyak duit sejak banyak berceramah ni, maklumlah setiap ceramah tadah tong. Tu yang boleh buat persiapan awal, dan silap-silap dapat sponsor lagi dari Nuar Berahim.


Punya le banyak bendera PAS kali ni. Itu kalau dah dibuka gulungannya silap-silap tak payah naik roket dah boleh sampai ke bulan. Nampaknya bertambah kuat le angan Din Pudu nak jadi MB Johor. Tapi sebelum tu Din kena tukar nama le, jadi Din Kukup pulak. Tapi....Jui Meng takkan tengok aje?

He...he...hee, aku rasa bendera PAS yang banyak tu nanti, cukup untuk buat bungkus calon-calon PAS yang bertanding. Kalau dulu PAS ada harapan menang kat satu dua kawasan di Johor ni, tapi semenjak berkawan dengan Nuar Berahim dan Kit Siang ni, orang Johor dah tak sabar pulak nak bungkus PAS dan buang jauh-jauh.


BELAJAR MENABUNG DENGAN NUAR BERAHIM

"Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno. Pengalaman itu juga mematangkan saya," itu kata-kata Anwar yang tersurat ketika berucap dalam Forum Pengkisahan Semula Angkatan Belia Islam (ABIM) yang disiarkan oleh MKini pada 14 Mei 2011.

Namun yang tersirat ialah, "Saya tidak pernah kesali dengan keputusan menyertai Umno kerana tindakan itu jugalah yang mengkayakan saya".

Kalau tak menyertai UMNO, siapa Nuar Berahim? Apa perniagaannya? Setakat mana duitnya? Dengan bertopengkan orang alim ABIM yang kononnya boleh diharap, Nuar melangkah masuk UMNO macam pengantin, malu-malu kucing. Sebaik sahaja mendapat kuasa, rupanya dia bukannya setakat malu-malu kucing, tetapi juga alim-alim kucing. Habis segala apa yang boleh disambar, disambarnya.

Sekarang ini mana satu ahli keluarga dan sahabat handainya yang papa kedana? Kalau masa dengan ABIM dulu, nak ikat tie pun tak pandai, sekarang ni nak pakai baju melayu pun dah lupa. Dek sangat terlupa bagaimana bajunya masa dengan Abim dulu, akhirnya terlanjang bogel depan video!

Kebanyakan orang lain aktif politik dalam UMNO setelah berjaya dalam perniagaan. Nuar masuk dan aktif politik UMNO ketika papa kedana, tetapi keluar super kaya dan bergaya. Tu kalau tak tibai duit rakyat, Nuar tibai duit siapa? Atau Nuar semenjak dulu lagi dah jadi tauke China Doll?


AMIN....AMIN


Yang mana yang baca doa, yang pakai kopiah ke yang tak pakai kopiah? Amin kuat sikit!

NYONYA HONG KONG TAK SEHEBAT NYONYA MALAYSIA


Kalau melihatkan kepada kemajuan, Hong Kong nampaknya macam lebih maju berbanding Malaysia. Namun begitu, nyonya Hong Kong tidaklah sehebat nyonya Malaysia yang ingin aku ceritakan ini. Nyonya Hong Kong masih lagi menjual sayur di kaki lima kedai.

3 nyonya Malaysia anak beranak ni pulak memang hebat. Skil perdagangan mereka cukup tinggi. 3 nyonya anak beranak ni dah tak mahu jual sayur yang cepat busuk dan rosak. Mereka didakwa jual orang!


Inilah skil perdagangan yang merosakkan nama Malaysia. Perbuatan mereka inilah yang menyebabkan negara miskinpun takut nak menghantar warga mereka bekerja di Malaysia. Mereka inilah contoh rakyat yang menyusahkan rakyat lain. Sesuai dengan keadaan dimana kesukaran memperolehi pembantu rumah asing sekarang ini disebabkan perbuatan segelintir majikan yang sebegini, maka mahkamah wajib menjatuhkan hukuman yang seberat-beratnya terhadap mereka sekiranya didapati bersalah. 


Sunday, March 25, 2012

HOT!!!...MAZLAN ALIMAN JADI BOMOH!


Mula-mula jampi dan serapah, sembur-sembur sikit dalam air tu, lepas tu baca doa. Jampi dan serapah tu tak boleh kuat-kuat, nanti orang dengar. Doa dia baca kuat sikit, sebab mintak orang aminkan.

Mazlan jadi bomoh ni kat Kuala Triang. Handal ko Lan. Kat mana ko belajar jadi bomoh ni? Lepas ni, mana-mana ANAK Felda yang sakit dan tak ada duit nak pergi sepital, boleh le mintak tolong Mazlan jampikan. Nanti kumat-kamit Mazlan berserapah;

          Hai jin, hai jembalang,
          berasal usul di Bukit Ramun;
          Bodohlah engkau aku temberang,
          menang PRU, habis ku samun.

Pengerasnya, ikut ikhlas aje, tapi cuma yang ada iklan kat Harakah aje, sebab tu syarat yang Tok Guru bagi...he...he...he.

Inilah topeng-topeng pemimpin PAS. Sanggup jadi apa sahaja untuk dapat undi. Tak tau le kalau sebelum ni Mazlan memang pernah jadi bomoh. Ini kena tanya dengan orang Bukit Ramun.

DEKAT PRU, DONG ZONG HIDUP BALIK


Bilakah masa anda akan mendengar nama "Dong Zong"? Dong Zong ni hanya hidup bila ada PRK dan PRU. Inilah perangai Cina Malaysia yang mempergunakan sepenuhnya kuasa undi mereka sebagai wadah untuk tukar ganti sokongan kepada kerajaan terhadap permintaan mereka.

Tapi apakah kalau diturutkan, mereka akan benar-benar memberikan undi kepada kerajaan? Setelah beberapa PRK dan PRU, kerajaan begitu bermurah hati terhadap permintaan Dong Zong ini dan sokongan kaum Cina tidak pulak nampak bertambah kepada kerajaan tetapi yang untungnya DAP.

Sudah sampai masanya segala tuntutan ini dipekakkan dan dibutakan sahaja oleh pihak kerajaan BN kerana mereka tetap tidak akan menyokong kerajaan. Pedulikan mereka, kerana mereka inilah juga orang yang sama yang menghidupkan DAP dan pembangkang.

Apa yang ingin diharap dari mereka lagi? Kalau Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Cina diejek dan diboo oleh mereka ketika hadir secara mengejut di perhimpunan 325 yang diadakan di Kolej New Era, Kajang. Maka siapa lagi boleh layan mereka?

Tak perlulah lagi PM dan TPM melawat mana-mana sekolah Cina dan dengan bangganya mengumumkan peruntukan berjuta-juta dan tidak juga dapat memenangi undi Cina dan dalam masa yang sama pengundi setia Melayu mengetap bibir geram. Kalau berterusan dilayan karenah Dong Zong ini, maka sampai bila akan lahir Cina Malaysia yang bangga dengan Bahasa Malaysia? Sampai bila akan wujud sekolah yang berbangsa-bangsa di Malaysia ini? Dan sampai bila anak-anak yang berbangsa-bangsa ini dipisahkan sejak dari sekolah lagi dan bila pula akan wujud 1 Malaysia?

Apa kejadahnya Cina Malaysia ni dalam bab-bab yang lain mahukan kesamarataan sebagai warganegara tetapi bila masuk bab persekolahan nak asing-asing? 

Atau apakah kelembutan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN cuma ingin mencabar Melayu agar turut sama menjadikan kuasa undi sebagai kuasa untuk tawar menawar terhadap sesuatu? Kalau itu yang diinginkan oleh kerajaan BN, maka diserulah agar semua Melayu bangkit meminta "Satu Malaysia, Satu Sekolah".


ANUAR MEMANG HEBAT DALAM HITAM PUTIH


Ramai orang yang bercakap tentang Anwar Ibrahim. Tetapi adakah anda kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim sebenarnya lebih dikenali dalam zaman hitam putih. Kehebatan Anwar Ibrahim lebih terserlah tanpa warna. Anda tidak percaya? Anda sila cuba google image, taip Anwar Ibrahim dan pilih gambar hitam putih sahaja. Anda akan jumpa betapa hebatnya Anwar Ibrahim. 

Sekiranya anda malas dan ingin cepat melihat kehebatan Anwar Ibrahim, sila klik SINI. Patutlah dia menjadi idola kepada penyokong-penyokong setia PAS yang gemar membaca iklan ubat kuat di Harakah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI