TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 15, 2012

ADUHAIII....MONYETPUN GELAK!


Aduhaiii, aku rasa kalau monyet pandai baca, monyetpun gelak. Kalau nak berkempenpun, janganlah keluarkan statement yang bukan-bukan. Kalaupun tak suka dengan kerajaan yang memerintah, jika usaha yang dibuat itu adalah untuk kebaikan rakyat, apa salahnya disokong.


Cuma aku harap janganlah bengong sangat. Tiada yang leburpun di Pengerang tu. Segalanya dipindah dan yang lama diganti dengan yang baru. Semuanya untuk kesejahteraan dan kemakmuran generasi yang akan datang.

Aku kata monyetpun akan ketawa sebab, Mazlan ni tak sedar. Kalau tahun 60an dulu orang menentang kerajaan buka Felda di Bukit Ramun kerana di situlah tempat monyet bermain dan tempat gajah bertempek, mungkin hari ini, bapa dan keluarganya belum keluar lagi dari belenggu kemiskinan. Tetapi dek wawasan kerajaan yang memandang kehadapan, yang tak mahu melihat warganya melarat, dikorbankan juga taman permainan monyet dan gajah. Diambil dan diberi kepada generasi bapa Mazlan tanpa dicarikan tempat ganti untuk monyet dan gajah.

Kalau fikirkan tentang monyet dan gajah pada ketika itu, aku rasa Mazlan pada hari ini masih lagi pakai seluar katok guna guni tepung cap kunci. Tak pandai nak bercakap macam hari ni.


HISHAM PATUT TAK PAYAH ULAS BERITA MALAYSIAKINI

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein sepatutnya tak payahlah nak ulas kembali apa yang ditulis oleh MalaysiaKini semalam. Lantak le, MalaysiaKini nak spin ke, nak pusing ke atau nak tunggang terbalik. (sini)

Apapun, penulis sangat bersetuju dengan apa yang dilaporkan oleh MalaysiaKini semalam. Kerajaan memang tak boleh nak jamin keselamatan Nuar Berahim. Nak jamin macam mana? Nuar ni jenis manusia degil dan bebal. Kalau kita larangpun, dia tetap nak buat juga. Lagi kuat kita larang, lagi kuat dia nak buat. Maka kena le dia tanggung sendiri akibat dan risiko atas kedegilan dan kebebalannya itu.

Nuar cuma seorang. Pencacai dia ramai yang boleh jaga keselamatan dia. Dari jaga keselamatan dia, lebih baik kerajaan jaga keselamatan rakyat. Lebih-lebih lagi dah terbukti para pengawal peribadi Nuar Berahim seperti tidak teragak-agak untuk menggunakan senjatapi! Baik kerajaan jaga dan nasihatkan rakyat. Bayangkan kalau sekali meletup pistol pengawal peribadi Nuar tu dan pelurunya menuju ke kumpulan manusia yang ramai dan bersesak-sesak. Agaknya berapa yang mati serta cedera akibat terkena peluru dan terpijak dalam kesesakan?

Cat merah, batu dan paku hanyalah helah untuk mempromosi kehadirannya di sesuatu tempat agar mendapat sambutan disamping menagih simpati. Kepala otak Nuar ni, kalau dah terdesak sangat, tak mustahil menjelang PRU nanti, bas mewah tersebut dibakarnya untuk menagih simpati yang lebih besar lagi! Sudah sampai masanya kita menjangka sesuatu yang lebih besar dari apa yang dijangka oleh Nuar Berahim!


Friday, September 14, 2012

FIKIR SECARA LOGIK - SIAPA SIMBAH CAT KAT BAS NUAR?


Aku nak mengajak para pembaca sekalian berfikir secara logik, agak-agaknya siapa punya kerja, menyimbah cat pada badan bas Nuar? Kali ini dah masuk kali ketiga. Apakah Nuar memang bodoh membiarkan bas mewahnya disimbah cat? Nuar pernah berkata sebagaimana yang aku copy dari FB ini.


Kalau upah pengawal keselamatan yang beribu ringgit boleh dibayar dan bas yang harganya mungkin mencecah angka juta boleh dibayar, apakah mahal sangat untuk Nuar memasang CCTV di bas mewahnya?

Secara logiknya, aku tak yakin pihak musuh Nuar akan membuat kerosakan yang sedikit untuk memberi liputan media yang luas untuk Nuar mendapatkan simpati. Berapa sahaja harga untuk membuang cat merah tersebut dari badan bas? Bandingkan pula dengan simpati yang cuba diraih oleh Nuar! Cuba para pembaca lihat apa kata Nuar dan Jui Meng ekoran insiden di Tangkak.


Nuar dan puak Pukitannya cuba meraih simpati dan menunjukkan bahawa lawan politiknya walaupun di depan masjid, masih mahu melakukan perkara yang tidak baik. Apakah lawan politik Nuar begitu bodoh berbuat sesuatu tanpa memikirkan risiko pandangan awam?

Bagi aku, kerosakan yang sedikit pada bas mewah Nuar itu hanyalah pelaburan kecil yang dirancang sendiri oleh puak-puak Pukitan untuk meraih simpati dan menaikkan kemarahan umum terhadap lawan Nuar. 

Ini semua taktik lapok Nuar untuk mendapatkan simpati dan merangsang kemarahan umum. Walhal, bagi mereka yang sedar, perbuatan melemparkan cat itu sedikitpun tidak menjejaskan program Nuar. Bas tersebut masih berjalan dan terus menerus membawa pentas Nuar menabur fitnah! Maka apakah faedahnya jika ianya dibuat oleh lawan politik Nuar? Sama-sama fikirkan. Bagi aku, yang biadapnya ialah gerombolan rombongan Nuar.


ANWAR BERAHIM TERPERANJAT DENGAN SAMBUTAN ORANG MUO


Hari ni Nuar Berahim akan mengadakan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Muo, Johor. Sambutan orang Muo memang hebat! Mereka mengalu-alukan kehadiran Nuar hingga membuat kain rentang istimewa untuk Nuar. Semoga dengan membaca kain rentang tersebut Nuar tahu dan sedar bahawa orang Muo sememangnya mengalu-alukan kedatangannya.

Foto dirujuk dari SINI
Mungkin nanti antara juadah yang tersedia ialah kari buntut lembu, satey buntut ayam dan rendang buntut kambing! Sure meleleh punyaaa...special untuk Bapak Anwar Bin Ibrahim.


PAS....JANGAN TUDUH RAKYAT JOHOR BAHRU SEMBARANGAN


PAS jangan celupar sangat. Jangan tuduh sembarangan. Rakyat Johor Bahru cukup matang untuk hidup berharmoni. Jangan jadikan ada kebencian yang melampau pulak oleh rakyat Johor Bahru terhadap PAS.


Begitu mudah sekali menuduh kepada rakyat Johor Bahru merosakkan poster kamu. Apakah Johor Bahru hanya dihuni oleh rakyat Johor Bahru sahaja? Jangan bila dah jadi ahli PAS, akalpun setakat pas-pas aje! Siasat dulu sebelum menuduh, jangan ikut perangai 'tutuh dahulu baru menikah'.


Thursday, September 13, 2012

ADA HARAPAN UNTUK NUAR DI JOHOR

Esok Nuar dan kru Jelajah Merdeka Rakyatnya akan mula menayang bas mewahnya kepada rakyat Johor. Nuar akan menunjukkan betapa mewah dan canggihnya bas PKR.


Ramaikah anak-anak Johor yang akan menyambut Nuar besok? Aku ada harapan dan permintaan kepada yang berkeupayaan untuk menyambut Nuar nanti. Berkeupayaan yang bagaimana?

Betul atau tidak, tak tahulah. Kononnya orang Melayu ni ramai yang handal dengan ilmu pukaunya, ilmu santaunya, ilmu santetnya, dengan polongnya, dengan jembalangnya, dengan tuju-tujunya dan macam-macam lagi yang tak terjangkau dek akal. Aku berharaplah mereka yang berkeupayaan dengan upaya yang aku sebut di atas, tunggulah kehadiran Nuar dan hadiahkanlah sesuatu untuknya. Seronok untuk mendengar berita, NUAR BERAHIM MUNTAH DARAH DI JOHOR. Agak-agaknya boleh berlaku tak esok?


SESSI CUTI OTAK


Memang dah payah le PAS nak pulih semula ke perjuangan asal mereka. Kini apapun tindakan PAS adalah berlandaskan kehendak Nuwar.

Si Nuwar ni pulak pantang ada waktu yang terluang, pasti akan dicuci cukup-cukup otak si lebai-lebai PAS. Kalau Pok Nik boleh sampai berkerut muka kena lecture, apatah lagi yang lain-lain. Tu sebab kengkadang kita dapat dengar kenyataan yang sepatutnya bukan keluar dari mulut-mulut pemimpin PAS!
  

YANG MAMPU TAWARKAN SKIM PERUMAHAN MENARIK, BOLEH MENANG PRU

Setakat ini, belum ada lagi pihak samada dari kerajaan mahupun pembangkang yang ingin menjuarai masalah harga rumah yang selesa yang mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan.


Kalau sebelum ini, pihak Pakatan menawarkan kereta murah. Satu manifesto bodoh yang ingin disajikan kepada rakyat. Ini walaupun kereta sekarang ini menjadi keperluan, tetapi rakyat masih boleh membeli mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi dengan situasi pasaran kereta yang mengalami susut nilai yang tinggi. Satu tawaran yang langsung tiada umphhh!

Sebenarnya masalah pemilikan rumah selesa yang mampu untuk rakyat terbanyak yang begitu ketara sekarang ini. Mana-mana pihak yang mampu menawarkan skim pemilikan rumah yang menarik, mudah dan murah, mampu menarik pengundi untuk memangkah mereka pada PRU akan datang lebih-lebih lagi dikalangan pengundi muda.

Pengalaman membeli kereta dan rumah juga membuatkan aku sendiri tertanya-tanya dengan dasar-dasar yang digunapakai ketika ini. Apa tidaknya, ketika membeli kereta yang sudah jelas susutnilainya tinggi, boleh disembunyikan, boleh dilarikan, kelulusan untuk membuat pinjaman boleh didapati dalam tempoh tiga hari sahaja. Manakala ketika membuat pinjaman perumahan pula, berbulan barulah mendapat kelulusan, hinggakan terpaksa membayar faedah kepada pemaju. Sedangkan rumah yang dibeli adalah harta yang tak boleh alih, tak boleh disembunyikan. Kalau tak mampu bayar, lebih mudah untuk disita dan sebagainya berbanding kereta.

Apa yang diharap ialah bukannya menawarkan rumah besar, cukuplah rumah yang dapat ditafsirkan selesa untuk hidup berkeluarga. Ada ruang untuk anak-anak, ada kawasan untuk riadah. Ada skim pinjaman yang mudah dan mesra pembeli. 

Rumah adalah keperluan yang sangat penting untuk membentuk generasi akan datang. Maka sudah sampai masanya harga rumah juga perlu dalam kawalan kerajaan dan sekiranya harga yang ditetapkan diluar kemampuan atau minat pemaju, maka seharusnya pihak yang menjadi kerajaan mengambil tanggungjawab menjadi pemaju terutamanya dalam kawasan-kawasan bandar. Ini bukannya menafikan apa yang telah dan sedang diusahakan oleh kerajaan sedia ada, tetapi rasanya banyak lagi yang perlu ditambahbaik dan ditawarkan kepada rakyat.


Wednesday, September 12, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DIANCAM JIKA KE JOHOR?

Aku rasa nak tergelak bila baca berita yang Nuwar mendakwa bahawa pengawalnya menerima ugutan berhubung kunjungan PKR dengan program Jelajah Merdeka Rakyat ke Johor. (sini)


Apa tak tergelaknya, menurut Nuwar pengawalnya menerima ugutan melalui panggilan telefon dan pemanggilnya memberi amaran dengan berkata, "Hello bro, sampai Johor, aku tunggu kau dengan pistol".

Kalau nak temberang tu agak-agak le sikit. Kalau dah sampai tau nombor telefon si pengawal tu, tentunya suku sakat dari PKR juga. Dan kalau dah dapat bercakap dengan si pemanggil, apa lagi, repot le dengan polis, tentu pihak polis akan dapat mengesan dari mana panggilan tersebut dibuat.

Tak payah le ko nak cari simpati Nuwar hoi! Orang Johor memang majoritinya meluat dengan ko. Yang berduyun datang masa ko turun Johor berceramah tu, bukannya anak Johor, tapi perantau yang tak sedar diri yang menumpang cari makan kat Johor!

Dan kepada yang terasa ada keinginan untuk hadir dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Nuwar, korang pikir le dua tiga kali. Silap-silap yang telefon pengawal Nuwar tu bukannya nak tembak pengawal tersebut tapi suku sakat PKR juga yang nak supply pistol kepada pengawal tu supaya boleh beraksi! Aku kali ni memang le tak berani nak tengok atau dengar ceramah Nuwar lagi, takut ditembak!!!....anak kecik-kecik lagi.


NAK TAU APA YANG INGIN DILIHAT OLEH PUTERA WILLIAM NANTI?


Ada perkara yang menarik yang mahu dilihat oleh Putera William dan isterinya Kate yang akan berkunjung ke Malaysia selama 3 hari bermula 13 September ini. Perkara tersebutlah yang membuatkan dia dan isterinya akan melakukan kunjungan ke Lembah Danum di Sabah.

Nak tahu tak apa benda menarik yang Putera William nak tengok? Berita ni aku dapat dari DailyMail. Ni dia, aku sendiripun baru tau akan kewujudan makhluk ni. Tapi bila aku tengok betul-betul makhluk ni, macam ada iras-iras dengan satu makhluk lain, tapi dimana ya pernah aku nampak? 

Nama menatang ni ialah babi berjenggoat



YANG PIJAK, YANG KENCING DAH DICARI, TAPI JANGAN LUPA....

Perbuatan menghina pemimpin memanglah tak dapat diterima. Yang memijak gambar PM, dahpun dipanggil oleh pihak polis. Sementara yang mengencingkan gambar pemimpin pembangkang, kini sedang dicari oleh pijak polis. 


Tak kiralah, samada pemimpin kerajaan atau pemimpin pembangkang, masing-masing ada pemujanya, ada yang menyanjungnya. Menghina pemimpin bererti cuba mencari pasal.

Namun begitu, ada satu lagi perbuatan yang sangat menghina pemimpin. Kalau yang dah ditangkap, setakat memijak gambar, yang dicari setakat mengencing gambar, bagaimana dengan yang satu ini?




Ha...ha...ha..., yang ini kabonya lagi kurang ajar. Dia bogelkan pemimpin sampai dikuda-kudakannya. Kabonya pemimpin Anugerah Tuhan yang dibogelkan. Tak ada ke yang nak repot suruh polis cari minah ni sampai dapat?


Tuesday, September 11, 2012

SOI LEK MENGAKU TERIMA 16 BILION

Presiden MCA, Chua Soi Lek mengaku telah menerima wang sebanyak 16 bilion. Diharapkan agar pihak Pakatan agar segera melaporkan hal ini kepada SPRM. Bagaimanapun Soi Lek menyatakan, dia tidak tahu siapa yang memberikan wang sebanyak itu kepadanya. Ini mesti boleh jadi kes besar. Mana Rafizi yang suka dengan benda-benda yang besar ni? Berikut antara berita yang telah disiarkan oleh MKini;

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam. 

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya. 

Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat. 

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'. 

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya. 

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

Ha...ha...ha..., agaknya Cina mana le yang mahu Soi Lek jadi hantu?


SAHAM FGV JATUH - MAZLAN AKAN BORONG UNTUK STABILKAN HARGA

Saham FGV jatuh merudum. Semakan pada pukul 2.10 petang tadi menunjukkan harga saham FGV ditawarkan pada harga RM4.61 sahaja iaitu cuma 5 sen lebih tinggi dari harga tawaran permulaan.


Orang yang paling sibuk sekarang ini ialah Mazlan Aliman. Dia mungkin sudah hampir mahu mendabik dada mengatakan telahannya benar! Tetapi betulkah telahannya bahawa FGV akan gagal? Belum tentu....trend pada masa sekarang bukan sahaja saham FGV yang menurun, malah saham-saham lain juga arah alirannya menurun.

Tetapi dapatkah ANAK dan Mazlan membantu warga Felda? Setakat melalak sahaja tanpa dapat menyumbang apa-apa, tak ada gunanya. Patutnya dalam keadaan saham yang murah dan dilambakkan ini, Mazlan dan ANAK perlu ambil peluang untuk memborong segala yang ada dan seterusnya menguasai FGV. 

Setakat melalak dan mengatakan bahawa ANAK mempunyai sokongan ratusan ribu warga Felda, tak ada gunanya. Cuba terjemahkan, kalau betul ada sokongan ratusan ribu, kerah setiap seorang membeli sekurang-kurangnya 1,000 unit, tentu nanti ANAK mempunyai suara dalam FGV dan tidak mustahil menguasainya. Dengan cara ini barulah betul perjuangan ANAK untuk membantu warga Felda, bukannya bertepuk tangan melihat kegagalan.

Tapi nak cabar Mazlanpun tak guna. Dia hanya boleh bercakap. Dia nak beli dengan apa? Dia nak jual apa? Nak cagar apa? Bergerak ke hulu-ke hilirpun atas ihsan orang lain. Kalau tak ada yang tabung tin MILO semasa ceramah, maka setakat pusing Felda Bukit Ramun aje lah.


Monday, September 10, 2012

KENAPA BENCI SANGAT PAS DENGAN UMNO?

Aku akui, aku ni kerap juga mencuri dengar ceramah-ceramah PAS. Suka dengar sebab mana le tau kalau-kalau ada le poin-poin yang membolehkan aku tergerak untuk mengisi borang PAS! Puas aku memikirkan, dimana isi ceramah PAS yang mampu meyakinkan aku bahawa PAS ini sebenarnya memperjuangkan nasib orang Islam dan Melayu.


Dari setiap ceramah PAS yang pernah aku hadir, tak satupun dapat meyakinkan aku bahawa PAS ini nanti jika berkuasa akan dapat menjamin nasib aku sebagai Islam dan Melayu. Mengapa tidak? Ini kerana dalam setiap ceramah PAS, yang asyik dikondem dan dihentamnya hanyalah UMNO yang majoritinya Islam dan cuma sedikit sahaja yang beragama lain.

Bagi aku, memperlecehkan UMNO, samalah dengan memperlecehkan Islam dan Melayu. Seburuk-buruk UMNO, sudah terlalu banyak yang telah disumbang untuk pembangunan Islam dan Melayu semenjak merdeka. Apa pula yang pernah disumbang oleh PAS untuk Islam dan Melayu selain dari hanya meminta sumbangan setiap kali ceramah!

Mengapa tidak ada keberanian untuk penceramah PAS mengutuk dan memperleceh MCA dan MIC? Walhal MCA dan MIC juga duduknya dalam Barisan Nasional. Untuk menumbangkan Barisan Nasional kenapa mesti PAS memilih UMNO untuk diperleceh dan diperlekeh? Apakah apabila goyahnya UMNO, PAS mengharapkan MCA dan MIC akan memberikan sokongan? Jangan harap! Dengan goyahnya UMNO, maka PAS tak perlu dijentik, cukup hanya dikuis oleh DAP dari Pakatan dan terkontang-kantinglah PAS. Ketika itu tidak mustahil ahli-ahli MCA dan MIC akan bernaung di bawah DAP. 

Apakah apabila dah terantuk sebegitu barulah PAS mahu sedar bahawa UMNOlah yang memiliki Islam dan Melayu yang sewajarnya diajak bekerjasama? Sekiranya dominasi kuasa Islam dan Melayu sudah hilang pada ketika itu, tidak ada gunanya lagi. Ingatlah wahai PAS, pakat mereka ialah pakat-pakat memperkudakan Melayu dan Islam. Sebagaimana gambar di atas, sekuat manapun PAS, kalau dah sentiasa di bawah, akhirnya walaupun besar, PAS jugalah yang cepat mengah dan kepenatan!


MAT SABU MULA KETAR LUTUT


Nampaknya kekal lagi Ustaz Nasha dalam PAS. Mat Sabu and the group gagal menunjukkan taringnya. Malah Hadi Awangpun terpaksa bersilat dengan berkata,
"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama, (Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini)?" -MKini

Pelik juga dengan kenyataan Hadi Awang tu. Walhal sebelum ni bukan main heboh lagi kononnya nasib Ustaz Nasha akan ditentukan oleh Majlis Syura. Ketika itu langsung tak ada kata-kata penafian dari Hadi Awang tetapi bila hari ini langsung tak berbunyi tentang hal Ustaz Nasha dalam mesyuarat Majlis Syura, begitu pulak ayat Hadi Awang. Memang susah nak percaya dengan PAS ni!

Nik Ajis juga kelu lidah dan meninggalkan Pejabat Agung PAS tanpa memberikan sebarang kenyataan. Bila dah macam ni, rasanya Mat Sabu dah mula ketar lutut, longgar semua skru yang ditanam dahulu.


Sunday, September 9, 2012

MALAYSIA MEMANG MAKMUR!

Semalam dah 21 Syawal, Sabtu yang penuh dengan undangan. Undangan Rumah Terbuka Aidilfitri. Dek banyaknya undangan sehinggakan dalam Syawal ini, posting juga berkurangan. Esok sambung lagi dengan acara kunjung mengunjung.

Inilah buktinya bahawa Malaysia yang diterajui oleh kerajaan BN semakin makmur. Rakyat semakin senang, semakin berduit. Yang buat rumah terbuka sudah tidak terhad kepada pemimpin atau tauke sahaja. Orang biasa, rakyat kebanyakan juga dah berkemampuan.

Mencari jadual untuk mengadakan rumah terbuka juga menjadi semakin sukar sekarang ini. Bimbang bertembung dengan rumah terbuka rakan-rakan yang lain. Begitulah makmur dan mewahnya kita sekarang ini. Kalau begitulah kemakmuran dan kemewahan serta kemampuan yang telah kita miliki, apa kurangnya lagi dengan pemerintah yang ada? Perlukah kita menukar pemerintah yang belum tentu dapat menjamin kita kalaupun tidak mendapat yang lebih baik lagi, mampu mempertahankan apa yang kita miliki pada hari ini?


Seingat aku, ditahun 70an dahulu, pada Hari Raya yang ketiga, kalau masih cuti sekolah, dah kena masuk kebun tolong orang tua menoreh! Terima kasih kepada para pemimpin BN yang diterajui oleh UMNO yang semenjak merdeka tidak putus-putus berusaha mengubah nasib kita.


ARTIKEL HANGAT BULAN INI