TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, October 20, 2012

MCA, TOLONG TUTUP MULUT FASAL HUDUD!

Cukuplah....MCA jangan lagi bercakap soal hudud untuk dapatkan undi kaum Cina. Cakaplah pasal bagaimana nak dapatkan babi murah ke, nak perjuangkan arak murah ke, nak tambah rumah urut ke, nak tambah kedai nombor ekor ke, lantaklah, tapi jangan sentuh hudud. Soal hudud, itu soal orang Islam. Majoriti Cina Malaysia ni bukan Islam, maka apa perlunya MCA nak melalak fasal hudud. Jangan nak buruk-burukkan kepercayaan orang lain hanya untuk memancing undi orang Cina. Ada faham?

Ada banyak perkara lagi yang boleh dicakap dan diperjuangkan untuk dapat undi orang Cina dan mengelakkan mereka dari mengundi parti yang bersekongkol dengan PAS, tapi bukannya memburuk-burukkan hudud, kepercayaan orang Islam.

Walaupun MCA, dari Presidennya, Ketua Pemudanya, Ketua Wanitanya semakin galak memperlekeh hudud, belum ada lagi kenyataan keras dari pemimpin tertinggi UMNO. Apa nak jadi ni???


TAPA ALI SINDIR POK NIK

Ekoran kenyataan Soi Lek tentang hudud yang kononnya akan menjejaskan peluang pekerjaan, Setiausaha Agong PAS, Tapa Ali dengan cepat menyalahkan UMNO kononnya gagal memberikan kefahaman tentang hudud kepada Soi Lek.


Itu ayat yang tersurat. Sebenarnya apa yang tersirat disebalik kenyataan Tapa Ali itu ialah dia menyalahkan Pok Nik dan kepimpinan PAS yang lain kerana gagal memberi kefahaman kepada Karpal Singh untuk memahami hudud sehingga sanggup menjadikan mayatnya sebagai galang ganti untuk dilangkah sekiranya mahu melaksanakan hudud.

Tapa Ali ni misai aje tebal, tapi tak ada keberanian untuk menegur dan menyalahkan kepimpinan PAS atas kegagalan mereka menjelas dan memberi kefahaman tentang hudud kepada Karpal. Kalau kapal sendiri terumbang ambing, jangan sibuk nak betulkan kapal orang!


FIKIR MEMANG PENING!!!


Kalau difikir memang pening. Tapi DS Najib ni tak tau le samada dia pening atau sedang mencari akal. Aku pening bila membaca dua berita lewat hari semalam. Berita tersebut ialah seperti di bawah ini.


Pening memikirkan, kenapa DS Najib tak mahu komen? Orang Melayu, orang Islam, semuanya nak dengar pendirian DS Najib selaku Presiden UMNO. Malah yang mahu mendengar bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR, Melayu atas pagar, semua nak dengar. Komen DS Najib ini akan memberikan impak yang besar terhadap kecenderungan dan pilihan undi orang Melayu dan Islam dalam PRU 13 nanti.


Dan pening juga dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu membentuk Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan ke atas ahlinya yang mensabotaj dan mengkhianati parti. Pening kerana biasanya ahli yang mensabotaj dan mengkhianati parti berlaku kerana ahli merasa diri mereka telah dikhianati oleh pemimpin parti. 

Juga pening memikirkan mengapa Jawatankuasa Khas itu bukannya untuk mengambil tindakan terhadap rakan UMNO yang mensabotaj dan mengkhianati semangat dalam BN? Kebulor sangatkah kita dalam UMNO dengan undi MCA sampai takut untuk bersuara? 

Sudah sampai masanya para pemimpin UMNO perlu sedar bahawa orang Melayu dan Islam samada yang dalam UMNO, yang menyeberang ke PAS dan PKR, yang atas pagar masih sayangkan UMNO. Tapi UMNO dan pemimpinnya perlu berani untuk menunjukkan kuatnya Melayu dan Islam mereka!


Friday, October 19, 2012

SOI LEK...LU BOLEH DIAM TAK?


Ni apek kaki betina ni memang betul-betul menyusahkan BN. Lu baik diam la Soi Lek. UMNO sibuk-sibuk nak menangi undi Melayu dan Islam, lu pulak sibuk nak pecahkan undi. Lu jangan ingat dulu lu menang dan anak lu menang dalam pilihanraya sebab undi MCA. Sendiri mau ingat la!

Lu ada betul faham ka apa itu hudud? Jangan suka-suka cakap. Lu sunat dulu baru cakap pasal hudud. Siapa cakap kalau hukum hudud, tukang urut tak boleh kerja? Boleh ma...tapi amoi urut amoi, kalau apek macam lu, lu kena cari apek juga urut sama lu. 


Aku sokong sangat dengan saranan PERKASA ni. lagipun selama ni, hampir kesemuanya calon MCA yang menang adalah di kawasan majoriti Melayu ataupun atas ikhsan undi Melayu.

Kali ni aku nak dengar pulak, mana satu pemimpin UMNO yang berani untuk tuntut kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA agar diletakkan calon UMNO dalam PRU13 nanti. Aku harap UMNO tak akan jadi macam PAS, yang sanggup berkompromi dengan puak yang menghina Islam semata-mata untuk kuasa. Percayalah, kalau UMNO berani, UMNO akan menang besar! Boleh belah dengan MCA, selagi mereka ada pemimpin seperti ini.


CIKGU MALA NAK KE TENGGARA?

Rupanya berhajat juga Cikgu Mala untuk datang ke Tenggara. Nak cite ape kat Tenggara nanti ye? Ni tentu si Mazlan Aliman yang ajak dan tentu juga Mazlan Aliman beritahu bahawa pengaruhnya di Tenggara cukup kuat. 

Kalau mengikut kain rentang di simpang Felda Bukit Besar, Cikgu Mala akan hadir pada malam 21 Oktober ni, di Felda Sungai Sayong. Jangan lupa, pakai baju biru, tudung biru tau! Kita tunggu...

Aku harap Cikgu Mala tak akan terkejut nanti. Apapun boleh le standby borang keahlian PAS seumur hidup banyak-banyak untuk orang Tenggara ni. Kalau tak ada yang ambil, nanti sedekahkan kat mana-mana warung kat Felda Sungai Sayong, buat bungkus nasi lemak.

Bagaimanapun, masih ada masa untuk Cikgu Mala untuk menolak jemputan si Mazlan tu. Bukannya apa, aku takut nanti Cikgu Mala terkejut, bukannya terkejut sebab ramainya manusia, tapi takut terkejut dek ramainya bunian yang datang mendengar. Bayangkanlah, kalau si Mazlan yang mengaku gah tu, buat kat depan rumah dia lebih dari 3000 bunian yang hadir. Tak caye, tengok gambar di bawah ni.



Thursday, October 18, 2012

HUSAM MUSA BUTA KAYU


Sah Husam Musa memang buta kayu. Hanya kerana Kit Siang seorang yang menentang Akta Darurat 1978 terhadap Kelantan, Husam kata DAP lagi wangi, lagi suci dari UMNO.


Betul ke DAP menentang akta tersebut dengan penuh keikhlasan? Sejak bila DAP pernah menyokong apa-apa jua usul untuk kebaikan rakyat yang dibawa oleh UMNO atau BN? Mentaliti DAP, kalau sesuatu usul itu dibawa oleh pihak kerajaan, pembentang usul baru bangun dari kerusi untuk bercakap sahaja, DAP dah angkat tangan untuk bangkang. Tak perlu tunggu penjelasan.

Mungkin Husam memang tahu bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Mungkin "teh O" DAP lebih kaw dari teh O UMNO, mungkin amoi DAP lebih wangi dari mek UMNO. Ingat....jangan terjerat, sudah le. Dulu Lee Kuan Yew sanggup pakai baju melayu dan bersongkok. Ramai yang terkesima hingga terlupa cuma baju dan songkok saja ikut Melayu tetapi tetap tak sunat!


YOOO....GHANI OTHMAN GEMBIRA

Mungkin hari ni, MB Johor Dato' Ghani Othman adalah orang yang paling gembira sekali. Apa taknya, laporan audit berkaitan kejayaan Ghani mentadbir sekolah agama kerajaan Johor (SAKNJ) mendapat liputan oleh Malaysia Kini. Hebat tuuu.

Itulah dalam beberapa post aku sebelum ini ada mengatakan bahawa cukuplah Ghani menerajui Johor. Selagi Ghani sebagai MB dan selagi yang duduk sebagai EXCO cuma yang pandai mengangguk untuk Ghani, maka selama itulah Johor akan ditakuk lama.


Kalau nak bercerita bab SAKNJ ni, bukan sahaja masalah sekolahnya yang tak selesai-selesai, malah masalah perjawatannya juga tak selesai-selesai dan mungkin dah ramai guru-gurunya yang dah jemu mendengar pelbagai janji, malah ramai juga yang sanggup berpindah kerana janji-janji yang entah bila Ghani mampu tunaikan.

Cerita lebihpun tak guna. Cuma sebagaimana yang pernah juga aku tulis diblog ini, kalau Johor masih mahu menjadi kubu kuat UMNO dan BN, cuma satu sahaja syaratnya, Asal Bukan Ghani yang bakal menerajui Johor selepas PRU 13 ini dan perlu dinyatakan dengan jelas sebelum hari mengundi. Kalau dah hilang beberapa kerusi baru nak tukar, tak ada maknanya lagi.


AES MURNI???

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata pemasangan AES adalah sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Aduhhh....aku bila baca perkataan "hasrat murni" tu, termenung sekejap. Murni ke hasrat memasang AES tu? Aku lontarkan pertanyaan sebegitu kerana aku tak nampak kemurniannya dan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan kemalangan jalanraya melalui pemasangan kamera AES tu. Bagi aku, menghukum dengan mengenakan denda dan denda dan denda lagi, belum tentu dapat mengurangkan kadar kemalangan. Lebih-lebih lagi yang kurang ajar kat jalanraya, yang suka pandu laju, yang suka langgar lampu merah, yang suka memotong di garisan berkembar, adalah dari kalangan orang berduit yang tak heran dengan saman. Tetapi selalunya kerana sikap mereka ini, orang yang berhemah di jalanraya yang menerima akibat, kerana bila berlaku kemalangan, orang yang berduit ini tak le separah mana sebab kenderaan mereka canggih.

Kalau betul hasrat tu murni, kenapa mesti pakai kamera? Kenapa tidak di setiap lampu isyarat dipasang bonggol jalan tinggi ataupun palang lintasan sebagaimana di lintasan jalan keretapi? Mengapa tidak, kalau dah tahu sesuatu tempat itu tak boleh dipandu laju, juga dipasang dengan beberapa bonggol jalan untuk sesuatu jarak sehingga melepasi kawasan yang dikatakan merbahaya untuk dipandu laju?

Begitu juga dengan garisan berkembar. mengapa tidak garisan berkembar tu ditukar dengan pasu bunga ataupun pembahagi jalan seperti kon atau sebagainya. Sekiranya telah ada penghadang yang kekal, pasti mereka tidak boleh memotong. 

Kamera tidak memastikan pemandu mematuhi kehendak undang-undang jalanraya. Yang berduit, mereka tak kisah. Bagaimanapun kalau betul hasrat untuk mengurangkan kemalangan jalanraya itu murni melalui pematuhan undang-undang, rasanya dengan meletakkan perabut jalan serta objek-objek tertentu, pasti hasrat kerajaan itu akan dipandang lebih murni lagi kerana pemandu tiada pilihan untuk melanggar undang-undang dan menebusnya dengan saman.


Wednesday, October 17, 2012

WARGA FELDA, TOLONG JAWAB BUDAK TAK TAU MALU NI

Kali ini aku sangat-sangatlah berharap agar ada warga Felda, tak kira le samada peneroka, anak, cucu, cicit, menantu dan sebagainya dan juga NGO-NGO dalam Felda dapat bersuara dan menunjal si Mazlan yang tak tahu malu ni.

Kalau mengikut jawapan Mazlan ketika ditanya oleh Sinar Harian Online, ANAk hanya ditubuhkan pada 4 November 2007 dengan keahliannya pada hari ini cuma sekitar 8000 orang sahaja. Itupun termasuk menantu dan anak hantu yang jadi ahli.


Punya tak tahu malunya, dengan selamba dia mengaku bahawa perjuangannya telah membawa projek bernilai RM1.5 bilion untuk anak peneroka! Hebat tu Lan. Tentu nanti anak-anak peneroka akan bagi komisyen sikit kat ko dan kalau masuk berceramah kat Felda lepas ni, jangan bawak tin Milo lagi, ko dah boleh bawak tin biskut atau tin minyak tanah.

Korang yang warga Felda tak bengang ke dengan dakwaan Mazlan ni? Matematik pun fail. Kata ANAK tubuh tahun 2007. Ni baru tahun 2012. 2012 - 2007 = 20. Ha...ha...ha...20 tahun berjuang. Pandai Mazlan kira. Cuba bila korang terserempak dengan Mazlan, ko sergah dia tanya 1.5 bilion tu ada berapa kosong?


NUAR BUAT JUI MENG TERKEDU -MALU

Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sewaktu berucap mewakili Nuar Berahim di Himpunan Hijau Lestari di Pengerang pada 30 September lalu berkata PR akan menghentikan projek RAPID sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.

Bila berkata dia mewakili Nuar, bermaksud apa yang diucapkan adalah atas pesanan Nuar.

Tetapi semalam, Nuar Berahim telah tampil membuat penjelasan bahawa Pakatan menerima projek RAPID. Mana yang betul ni? Kalau Nuar yang betul, maknanya Jui Meng temberang. Kalau Jui Meng betul, maknanya Nuar putar belit!

Pakatan? Pakat macam mana ni? Itu kisah Nuar dan Jui Meng. Bab Din Pudu pulak, dia kata dia terima projek RAPID ni di Pengerang, tapi si Wong Chen, Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR pulak mencadangkan agar projek tersebut dipindahkan ke Kerteh.....ha...ha...ha...korang semua duduk pakat-pakat lagi. Pakat elok-elok tau, jangan kelirukan rakyat!


Tuesday, October 16, 2012

SONGKOK KHALID SENGET -JENAYAH SYARIAH MENINGKAT DI SELANGOR

Baru berkerut muka Khalid, sampai senget songkoknya. Dalam sibuk mencanang kononnya berjaya mentadbir Negeri Selangor, rupanya ada perkara yang lebih besar lagi dari nilai wang ringgit yang dia gagal. Gagal mentadbir rakyat terutamanya yang beragama Islam untuk menjadi insan yang menurut perintah Allah. 


Agak-agak korang le, selama berpakat dalam Pakatan ni, isu-isu yang melibatkan hal ehwal orang-orang Islam, Khalid dapatkan nasihat dari siapa, PAS ke DAP?  


KENAPA MUSA TARIK BALIK SAMAN KE ATAS NUAR?

TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara yang terkenal dengan muka bengisnya dan tegas, tiba-tiba pada hari ini menarik semula samannya ke atas Anwar Ibrahim. Kenapa ya?

Kalau mengikut apa yang dinyatakan, saman tersebut dibuat keatas Nuar atas alasan bahawa dakwaan Nuar bahawa Musa dan Abdul Gani telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadap Nuar oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.

TS Musa juga dalam samannya menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah namun tidak dinyatakan secara tepat jumlahnya.

Nuar pula dengan cepat mengatakan bahawa tindakan menarik balik saman ini telah mengesahkan pertuduhannya tidak dijawab serta  ada konspirasi untuk mereka berhubung kes mata lebam dan dakwaan liwat yang pertama.

Menurut TS Musa, tindakan menarik semula saman tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak berbincang. Apakah dalam perbincangan tersebut TS Musa menerima hakikat bahawa tindakan Nuar itu adalah benar dan telah tidak mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya?

Atau apakah TS Musa telah mencapai persetujuan dengan sejumlah gantirugi ke atas maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya yang sepatutnya diperolehi dari Nuar?

Sebenarnya ramai yang berharap agar kes ini akan membuka jalan untuk suatu penilaian samada pihak PDRM yang betul atau Nuar yang betul. Tiba-tiba ianya tergantung semula!


MUJAHID, BELAJARLAH DARI SEJARAH

Sekadar ingatan buat AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa, jangan seronok dan bernafsu sangat untuk berkuasa hingga demi kuasa, segala kecurigaan yang perlu ada demi Islam dan Melayu semua diketepikan. Cubalah belajar dari sejarah.

Mujahid berkata; "Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat". Mujahid memandang remeh tentang perkara ini dan seolah-olah macam sesuatu yang kelakar yang mustahil untuk berlaku.


Diharapkan agar beliau merenung apa yang aku kutip dari WIKI ini.
According to Alexander Scholch, the population of Palestine in 1850 had about 350,000 inhabitants, 30% of whom lived in 13 towns; roughly 85% were Muslims, 11% were Christians and 4% Jews.

According to Ottoman statistics studied by Justin McCarthy, the population of Palestine in the early 19th century was 350,000, in 1860 it was 411,000 and in 1900 about 600,000 of which 94% were Arabs. In 1914 Palestine had a population of 657,000 Muslim Arabs, 81,000 Christian Arabs, and 59,000 Jews. McCarthy estimates the non-Jewish population of Palestine at 452,789 in 1882, 737,389 in 1914, 725,507 in 1922, 880,746 in 1931 and 1,339,763 in 1946. 

In 1920, the League of Nations' Interim Report on the Civil Administration of Palestine stated that there were 700,000 people living in Palestine: 

Of these 235,000 live in the larger towns, 465,000 in the smaller towns and villages. Four-fifths of the whole population are Moslems. A small proportion of these are Bedouin Arabs; the remainder, although they speak Arabic and are termed Arabs, are largely of mixed race. Some 77,000 of the population are Christians, in large majority belonging to the Orthodox Church, and speaking Arabic. The minority are members of the Latin or of the Uniate Greek Catholic Church, or—a small number—are Protestants. The Jewish element of the population numbers 76,000. Almost all have entered Palestine during the last 40 years.

Apakah ianya mustahil? Dimanakah Palestine sekarang? Fikir-fikirkanlah.


Monday, October 15, 2012

INI HADI AWANG KATA TAU

Bila terbaca kata-kata Hadi Awang di FMT, heran pulak aku dengan juak-juak PAS ni tentang bagaimana mereka boleh menjual janji dengan mengatakan 'undi PAS dapat pahala'.

Nak tahu apa kata Hadi Awang? Katanya; PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang -undang tubuhnya (Perlembagaan).


Laaa...ingatkan PAS berpaksi dan berpandukan Al Quran dan Sunnah. Rupanya hukum tertingginya cuma perlembagaan parti aje. Kalau macam ni nak kata parti Islam ke parti Politik? ...kalau tanya aku, PAS hanya setakat parti kutip derma aje!


CIKGU MALA HAMPA DI KOTA TINGGI


Kelmarin Cikgu Mala dan rakan-rakannya ada ke Kota Tinggi. Malamnya berceramah dan siangnya "konon" menyampaikan bantuan kepada orang susah.

Kesian Cikgu Mala dan rakan-rakannya. Di Kota Tinggi terpaksa beri bantuan kepada kaum Tionghua. Maka susah le sikit PAS nak masuk jarum kat orang Melayu di Kota Tinggi ni. Maklumlah, di Kota Tinggi ni tak ada orang Melayu yang betul-betul susah. Majoritinya adalah warga Felda yang dah mewah, dah hidup senang, makmur serta sejahtera hasil wawasan pemimpin UMNO terdahulu.

Sewaktu Felda mula bukak dulu, ramai juga yang dapat jadi peneroka balik semula ke kampong kerana tak yakin dengan wawasan pemimpin UMNO terdahulu. Kini bila melihat rakan-rakan yang dah berjaya, baru rasa menyesal.

Begitu juga dengan wawasan transformasi Felda pada hari ini. Hasilnya bukan esok lusa dapat dilihat, tetapi dalam suatu jangka masa nanti, mereka yang menentang pasti akan menyesal. Percayalah...akal pemimpin BN dan UMNO lebih panjang untuk memakmur dan mensejahterakan rakyat dari akal pemimpin PAS dan Pakatan yang sinting!


Sunday, October 14, 2012

KERAJAAN BERKEBAJIKAN KELANTAN DAPAT LIPUTAN PORTAL SINGAPURA

Portal berita berbahasa Melayu (Cyberita) di Singapura hari ini telah memberi satu liputan tentang rakyat di negeri berkebajikan di Kelantan. Hebat, jangan ingat orang Singapura hanya berminat dengan berita Johor sahaja, dengan Kelantanpun mereka minat. Mungkin terdapat sesuatu pengajaran yang boleh mereka ambil dan renungkan, agaknya?

Inilah berita yang dimaksudkan. Untuk besarkan gambar, sila klik gambar dan untuk membaca terus di portal tersebut, sila klik Cyberita.



PUDIN MENGAKU BERILMU DAN BIJAKSANA

Timbalan menteri UMNO yang selalu mengeluarkan kenyataan 'songsang' yang kerap merisaukan ahli-ahli UMNO mengaku dia adalah orang berilmu dan bijaksana. Ketika menafikan dakwaan yang dia menyokong Soros dan Suaram, Pudin berkata;
"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."

Memang sahlah Pudin, kamu memang berilmu dan bijak. Berilmu dan bijak bermain dengan kata-kata. Mungkin disebalik satu hurufpun kamu boleh berdiri untuk menjadi popular. Tapi ingat, jangan pula kamu beranggapan ahli-ahli UMNO yang lain buta, pekak dan tuli, tidak berilmu dan bijaksana sebagaimana kamu!

Orang berilmu dan bijaksana tahu di mana dia berpijak, di mana dia berkokok. Orang berilmu dan bijaksana, kenal mana kawan, mana lawan.


NUAR MERAYU-RAYU KEPADA ORANG JOHOR

Bunyinya merayu benar 'flyer' Nuar Berahim ni. "Ceramah Terakhir" sebelum PRU. Diberitakan, 80,000 'flyer' telah diedarkan untuk menarik hadirin mendengar ceramah terakhir Nuar ni. Ada 'flyer" bahasa Melayu, Cina dan India!

Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Wan Jijah, Nuar ni "Anu gerah Tuhan". Maka mungkin bersempena dengan musim Haji ini, maka ceramah terakhir Nuar ni akan jadi Ceramah Wida. Ceramah perpisahan....perpisahan selama-lamanya Nuar. Maka eloklah totok-totok Pakatan pakat datang ramai-ramai dengar pesanan Nuar dan kalau nak meratap, meratap dan menangis le sepuas-puasnya.

Mungkin lepas ceramah perpisahan ini, kalau Nuar tak mampus mungkin dia akan lari bersembunyi akibat kalah PRU. Bila kalah, Nuar kali ni tak akan berani nak tayang muka sebab nanti ramai yang akan menuntut hutang. Kalau tak berhutang sekarang ni dengan janji mampu jadi PM Malaysia ke 7, mana mungkin Nuar mampu bermewah-mewah dengan hanya bergaji RM1 sebagai penasihat ekonomi Selangor?

"Kali ini pasti tukar"? Ya kali ini Nuar pasti tukar tempat tinggalnya, bersembunyi.


BN GERENTI MENANG DI TENGGARA, PEMUDA UMNO SENANG HATI

Calon BN akan gerenti menang di Tenggara. Malahan kalau MB, Dato' Ghani Othman mahu menang bergaya, boleh cuba mana-mana kerusi di Tenggara. 

Aku kata gerenti sebab pentol-pentol Pemuda UMNOnya senang hati. Walau dalam sibuk-sibuk nak menghadapi PRU ke 13, khabarnya Ketua Pemuda bawak rombongan anak-anak buahnya makan angin ke Indonesia! Biasanya orang bersantai dan makan angin ni bila kerja dah selesai, dah berjaya. Khabarnya 5 hari! Banyak belanja tuuuu. Mungkin Pemuda UMNO Tenggara dah selesai kerja kot?

Tak tahulah samada ke Indonesia tu bakal menaikkan semangat Pemuda untuk bekerja dengan lebih kuat lagi pada PRU 13 nanti. Siapa tahu, lepas banyak makan jamu kat Indon, semangat lagi kuat. Ya tak ya juga, kalau mahu kuat, kena makan dulu, baru kerja.

Alangkah baiknya, menjelang PRU ni, daripada beli tiket kapalterbang ke Indon dan berbelanja di Indon, duit tu dikumpul-kumpul dan buat program di peringkat akar umbi. Kalaupun tak buat program, duit yang banyak tu, kalau dibuat ngeteh dengan pemuda-pemuda akar umbi, rasanya sehingga tarikh PRU nanti hampir kesemua pemuda di akar umbi dapat sentuhan pemimpin mereka.

Tapi, mungkin juga BN terlalu kuat di Tenggara ni, itu sebab Mazlan Alimanpun tak minat untuk bertanding di Tenggara walaupun Tenggara ni adalah kampung halamannya.


ARTIKEL HANGAT BULAN INI