Ada sesiapa tak yang kenal pelakon ni? Ini adalah pelakon TV terkenal kat Singapura. Pelakon ni kalau kat Malaysia, boleh juga ditawarkan untuk masuk PAS. Tentu kecil tin MILO, tong drum PAS tadahkan. Maklumlah, PAS sekarang tengah kemaruk nak cari artis yang mahu bertaubat. Nak tau apa masalah pelakon ni? Sila baca berita yang diambil dari Cyberita ini;
Lynn Nasir mengaku salah curi
duit rakan, didenda $2,000
PELAKON televisyen terkenal
yang juga penyelia kru kabin sebuah syarikat penerbangan semalam dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan mencuri $1,300 daripada beg duit dua rakan kerjanya dalam
kejadian berasingan.
Fazlynn Ermelda Nasir yang
lebih dikenali sebagai Lynn Nasir (gambar), 39 tahun, dan baru mendirikan rumah
tangga kali keempat Mac lalu, mengaku salah atas kedua-dua tuduhan itu dan
didenda $2,000.
Menurut kertas pertuduhan,
mangsa pertama, seorang pramugari, Cik Liu Jin, 24 tahun, dan Lynn sedang
bertugas di pesawat Tiger Airways, TR 2774 yang berlepas dari Singapura ke
Jakarta pada 6 April lalu.
Selepas menaiki pesawat
sekitar 8.10 pagi, mangsa telah meletakkan beg trolinya di kompartmen dekat
dengan beg Lynn.
Semasa dalam penerbangan, Lynn
telah mencuri $600 daripada beg duit mangsa sebelum membuang beg duit mangsa ke
dalam tong sampah.
Mangsa sedar wangnya hilang
sekitar 1 petang. Sekembalinya ke Singapura petang itu, mangsa telah membuat
laporan di Pejabat Pas Polis Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.
Polis yang menjalankan
pemeriksaan menemui $600 dalam beg Lynn yang kemudian mengaku mengambilnya.
Pemeriksaan polis mendapati
Lynn juga menyembunyikan beg duit mangsa kedua, Cik Salbiah Khalid, 36 tahun,
seorang pengurus.
Beg duit itu diambil Lynn di
dalam teksi apabila beg itu terjatuh semasa mangsa dan Lynn menaiki teksi pada
14 April 2011.
Selepas mangsa kedua keluar
daripada teksi, Lynn telah mengambil $700 daripada beg duit mangsa dan
menyimpan beg duit itu.
Lynn telah memulangkan $700
kepada mangsa kedua.
Pelakon yang popular menerusi
drama Gelora itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau
kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.
Lynn bernikah dengan seorang
bujang berusia 42 tahun Mac lalu.
Tiga bekas suaminya ialah
pemuzik dan penggubah lagu, Encik Iskandar Ismail; mantan ketua stesen
televisyen Suria, Encik Basir Siswo, dan Encik Zubirahmad Nazir, yang ketika
itu merupakan timbalan pengurus bahagian perkhidmatan pelanggan di Lapangan
Terbang Changi.