Seramai yang berkumpul kat atas tu aje yang kurang ajar. Aku ingatkan ramai mana. Kalau setakat tiga empat ratus orang le, nak tunjuk handal berbanding lebih dari sejuta setengah yang belajar di merata pusat pengajian tinggi di Malaysia ni dari peringkat sijil hingga ke PHD, rasanya bebudak ni memang pendek akal dan menempah susah. Memang sah, gelap masa depan.
Dengan gambar yang terpampang di merata tempat dan media, aku rasa wajar bagi pemilik perusahaan dan perniagaan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengambil pekerja. Pelajar-pelajar yang kurang ajar ini tidak wajar diberikan peluang pekerjaan. Mereka inilah golongan pemberontak yang sekiranya bekerja nanti akan menjadi penghasut yang mungkin akan mencetuskan pula bantahan-bantahan dan mogok yang menyekat produktiviti dan mendatangkan kerugian.
Kalaupun mereka ini nanti berijazah, ia bukanlah bermakna mereka cerdik. Golongan ini adalah mereka yang akan menggigit semula tangan yang memberi mereka makan. Mereka memang tak boleh ditolong dan tak boleh dibantu.
Sekiranya antara mereka ini adalah penerima pinjaman PTPTN, maka wajarlah ianya ditarik balik kerana dari tingkah laku mereka, jelas, inilah golongan yang tidak akan membayar semula pinjaman tersebut.
Kalau anda selaku majikan, mahukan anda mengambil bebudak yang kurang ajar sebagai pekerja anda? Tapi apa yang kesiannya, kalau dilihat pada gambar-gambar, hampir kesemuanya bermukakan Melayu. Mana bangsa lain? Kenapa bodohnya budak Melayu mudah dihasut ketika bangsa-bangsa lain bertungkus lumus untuk mengejar keputusan secemerlang mungkin agar pinjaman mereka ditukar kepada biasiswa?
Gambar dari MalaysiaKini




























.jpg)









